Lalu di kaki katil..

7 0 0
                                    

Kawasan : Asrama perempuan
Tempat : Blok B
Waktu : Malam Johor Cuti Keputeraan

Alya seorang yang bertubuh tinggi, jadi selalunya kaki dia akan terlunjur keluar dari kaki katil bila tidur.

Satu malam, seperti kebiasaannya, dia akan tidur jam 2 atau 3 pagi. Alya melihat semua roommatenya sudah lena tidur, jadi dia yang mula mengantuk juga mahu tidur.

Alya membetulkan baringnya dan menarik selimut menutupi tubuh. Sambil mahu tidur, dia sumbatkan earphone ke telinga dan membuka lagu heavymental kesukaannya.

Baru hendak tidur dia seperti mendengar bunyi gerakan atau lebih tepat, geseran di lantai. Dia mengendahkan saja.

Tiba-tiba dia merasa ada sesuatu yang melintasi kaki katilnya, dan sesuatu itu mengena kakinya yang terlunjur itu. Seperti berbulu, juga rasanya seperti rambut kerana helaianya mengena setiap jari kakinya.

Rasanya sesuatu itu pergi ke arah sliding door balkoni kerana dalam pejam matanya, dia dapat mendengar bunyi langsir sliding door di tarik.

Dia membisu. Dia takut untuk bergerak, kerana padanya, jika dia bergerak, risau jika sesuatu itu tahu dia belom tidur. Alya focuskan pendengarannya cuma pada lagunya dan akhirnya tertidur.

Esoknya amat mengejutkan kerana semua tertanya-tanya kerana pintu sliding door terbuka dan jelas langsir juga ditarik ke tepi. Dan ada helaian rambut kusut terselit di jari kaki Alya.

Jadi semalam, jelas ia bukan kucing atau haiwan lain. Jadi rambut apakah itu?

Mis3 (Misteri)Where stories live. Discover now