TEMPAT : BANGUNAN AKADEMIK
KAWASAN : KELAS
MASA : WAKTU REHATSaat itu Alya, Iman dan Faezah sibuk mempersiapkan slide show untuk presentation mereka untuk subjek seterusnya. Jadi mereka menggunakan peluang waktu rehat dengan sebaiknya.
Ralit menyiapkan tugasan, tiba-tiba pintu kelas diketuk sebanyak 3 kali. Mereka mengendahkan sahaja kerana siapa sahaja yang mahu masuk sudah besar untuk membuka pintu sendiri.
TOK! TOK! TOK!
Sekali lagi pintu diketuk.
"Masuk je lahh" Jerit Alya yang mula rimas.
Tapi tiada juga orang yang membuka pintu untuk masuk.
TOK! TOK! TOK!
Ya sekali lagi pintu diketuk, dan Alya mula geram lalu pergi ke pintu dan membukanya.Tiada siapa, ya, dia tahu mesti ada yang mahu mengenakan mereka.
Jadi Alya plan untuk menunggu di sebelah pintu untuk menanti ketukan. Dan bila ada saja ketukan, dia mahu terus buka pintu untuk tahu siapa yang mahu mengenakan mereka.
Lalu..
Tok! Tok!
Laju Alya membuka pintu saat pintu baru diketuk,
Tapi, tiada siapa di depan pintu. Dia juga sempat melihat kiri dan kanan koridor untuk melihat siapa yang cuba sembunyi namun tiada. Dia yakin siapapun tak dapat lari begitu cepat saat dia membuka pintu begitu laju.
Masing-masing mula rasa semacam. Alya kembali mendekati Faezah dan Iman.
Tiba-tiba pintu belakang diketuk lalu pintu depan juga diketuk. Berulang kali pintu belakang dan depan diketuk mengikut giliran.
Kesemua mereka menjerit, dan tiba-tiba seorang makcik cleaner membuka pintu dengan cemas.
Jeritan berhenti, dan mereka menceritakan hal tadi kepada makcik tersebut. Makcik itu kata, tak pelik perkara macam tu berlaku, kerana kelas itu sudah lama tak digunakan atas sebab membaik pulih kerosakan, jadi mesti ada penghuni sepanjang masa tak dipakai.
![](https://img.wattpad.com/cover/141819774-288-k996787.jpg)
YOU ARE READING
Mis3 (Misteri)
HorrorKisah-kisah misteri dari sebuah kolej yang terletak di Johor. Asrama yang berbelakangkan hutan berdahan tinggi yang berdaun lebat dan sentiasa kelam. Misteri yang mengganggu kehidupan manusia-manusia yang ada di kolej tersebut. Bual mulut dari teli...