Tempat : Asrama Blok A
Kawasan : Asrama Perempuan
Waktu : 8 malam" Kau nak tau tak kat blok aku ada student dengar bunyi gong dari arah hutan." Beritahu Yaya pada Iman.
"Kau ingat kelako?" Iman tak percaya.
"Serious lah! Senior aras aku yang dengar!" Yakin Yaya.
"Bunyi nya macam mana?" Tanya Iman pula.
"Bunyi dia macam orang ketuk gong lah. Dia ketuk 3 kali." Jawab Yaya.
"Hah ye la."
Petangnya, Iman tidur awal pada petang itu sekitar jam 4 petang. Dia bangun selepas maghrib. 1 jam selepas bangun dan dah tak mamai, Iman dengar bunyi pelik. Dia pon tanya roommate dia,
"Korang dengar tak?" Tanya Iman.
"Dengar apa? Huda ketawa ke?" Tanya Donut pula.
"A'ah kita ketawa tadi tengok video kelakar pasal burung dalam phone kita. Kenapa awak?" Jawab Huda pula.
"Tak ada apa lah." Iman diam.
Ya, dia diam sebab bukan bunyi ketawa atau bunyi burung yang dia dengar. Bunyi pukulan. Dia teringat cerita Yaya pagi tadi di class. Tapi pukulan tadi tak sekuat gong. Pukulan itu seperti beduk zaman dahulu yang fungsinya memanggil penduduk kampong untuk berkumpul. Ketukan sebanyak 3 kali itu didengarnya tidak jauh dari bilik. Memandang kan bilik asramanya berada di aras 3 dan sliding door yang menghadap ke arah hutan, jelas dengar bunyinya dari hutan tersebut.
Keesokkannya,
"Huda, Donut. Awak ingat tak semalam kita tanya pasal bunyi yang kita dengar?" Tanya Iman.
"A'ah ingat awak. Kenapa sebenarnya?" Tanya Huda pula.
"Sebenarnya kita dengar bunyi macam orang ketuk beduk tak pon gong. 3 kali pulak tu dia ketuk." Jawab Iman.
"Kita dah agak dah sebenarnya. Sebab semalam lepas awak tanya pastu donut jawab pasal kita gelak tu awak terdiam. Mesti ada apa-apa ni dalam hati kita." Balas Huda.
"Hurm tu la. Kita diam sebab nak bagitahu harini." Jawab Iman kembali.
"Hurm kita rasa awak terdengar macam tu sebab awak terlajak tidur sampai lepas maghri kot Iman." Tebak Huda.
"Kita pon rasa la kan. Sebab ikutkan memang tak elok pon." Jawab Iman.

YOU ARE READING
Mis3 (Misteri)
TerrorKisah-kisah misteri dari sebuah kolej yang terletak di Johor. Asrama yang berbelakangkan hutan berdahan tinggi yang berdaun lebat dan sentiasa kelam. Misteri yang mengganggu kehidupan manusia-manusia yang ada di kolej tersebut. Bual mulut dari teli...