《001》Surat Jemputan

107 4 0
                                    

Pada pagi yang indah dan di temani kicauan burung-burung memang mengahkan lagi pada pagi yang nyaman itu.

Susuk tubuh lelaki yang sedang berjalan keluar daripada kediaman rumahnya lalu pergi ke sebuah peti surat miliknya.

Di dalam peti surat tersebut seperti ada sesuatu di dalamnya iaitu sebuah surat. Tanpa berlengah, lelaki itu mengambil surat tersebut lalu membuka sampul surat tersebut.

Kehadapan Tuanku Yang Mulia,
Putera Alan Send,

_______________________________

Tuanku telah terpilih untuk memasuki ke sekolah ROYAL PRINCE'S HIGH SCHOOL di Daerah Reidęn. Kedatangan tuanku amat kami alu-alukan dan tarikh dan tempat pendaftaran pada:

Tarikh: 1/9/2017
Hari:Jumaat
Tempat: Dewan Utama Royal
Masa:8:00 a.m-5:00 p.m
Pakaian:Bebas

______________________________

Daripada,
Freyend Wiend
(PENGETUA SEKOLAH ROYAL PRINCE'S HIGH SCHOOL)

Lelaki itu membaca surat seterusnya. Kenapalah tak nak tulis terus je kat surat pertama tadi ke takut dakwat hitam habis? Lagipun surat pertama tadi ialah surat tawaran ke sekolah yang terbaik di Dunia Lavernikland iaitu Royal Prince's High School. Surat pertama itu kelihatan sungguh elegan kerana tulisannya ditulis menggunakan dakwat hitam dan suratnya berwarna emas asli. Malah surat itu juga berbau harum memang boleh mengalah surat sepasang kekasih! Bukan calang-calang pelajar boleh bersekolah di sekolah tersebut. Mungkin surat kedua ialah surat aturan majlis.

Aturcara Majlis:

Pada 1/9/2017,hari Jumaat ialah hari pendaftaran buat ke semua pelajar.

Pada 2/9/2017,hari Sabtu pembahagian bilik di Asrama Royal Prince's bersebelahan Sekolah Royal Prince's High School.

Pada 3/9/2017,hari Ahad ialah Majlis Santapan Alu-Aluan kepada ke semua pelajar.

Pada 4/9/2017,hari Isnin permulaan persekolah dan pembahagian kelas.

_______________________________

"Sejak bilalah aku mohon ke sekolah itu. Nak masuk ke? Kalau masuk siapa nak jaga Alice dan Alvin?" Lelaki itu ialah Putera Alan iaitu putera yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dan baru sahaja mendapat gelaran seorang bapa.

Kepala Alan pening,fikirannya rungsing. Jikalau dia pergi siapa mahu jaga isteri dan anaknya? Kalau tidak pergi dia ibarat menolak rezeki lagipun itu peluang keemasan kerana sekolah itu adalah sekolah nombor satu terbaik di Dunia Lavernikland.

Nampaknya Alan dengan isterinya mendirikan rumah tangganya dengan membeli sebuah rumah banglo di sebuah taman perumahan dan penduduk di kediaman taman itu langsung tidak tahu bahawa Alan dan Alice itu ialah golongan kerabat diraja kerana semua jiran hanya membuat hal mereka sendiri.

Semasa Alan memikirkan perkara yang mengrungsingkan tiba-tiba seorang gadis memeluk Alan daripada belakang hampir terkejut dibuatnya Alan.

"Kanda~" Ujar Puteri Alice dengan manjanya sambil memeluk tubuh sasa Alan dari arah belakang.

"Ehh! Mak kau setan!" Alan melatah. Harap muka handsome badan sado tapi kuat melatah.

ROYAL PRINCE'S HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now