《002》Hari Pendaftaran

44 4 0
                                    

Ke semua kelengkapan sudah disiapkan awal. Hanya perlu masukkan barang-barang keperluan ke dalam kereta. Nampaknya Alan berpakaian segak walaupun hanya memakai pakaian formal. Tak sanggup pula mahu tinggalkan rumah dan sekolah lama. Kini dia dan rakan-rakannya akan tinggal di asrama dan belajar di sekolah baharu.

Dia dan rakan-rakannya akan pergi ke sekolah Royal Prince's High School bersama-sama dan ditemani oleh ahli keluarga lain.

Tiba di Sekolah Royal Prince's High School...

Kereta milik Raja Send sudah pun masuk ke perkarangan sekolah tersebut. Memang boleh ternganga jika kita melihat sekolah itu. Bangunan sekolah sudah macam sebuah istana, kawasannya memang bersih dan cantik. Memang bertuahlah jikalau dapat belajar disekolah itu.

"Wow! Aku tengok gambar kat google tu nampak biasa je tapi bila tengok kat depan mata besarnya dah macam istana aku je." Ujar Putera Edwin dengan terpesonanya. Putera Edwin ialah sahabat kepada Putera Alan,Putera Henry,Putera Steve dan adik/abang ipar kepada Putera Kyle.

"Lagipun saya lihat maklumat kat google halaman sekolah ni jaraknya sampai gunung Daerah Reidęn." Sambung Putera Steve. Manakala mereka berempat kagum apabila mendengarnya.

"Jauhnya! Kalah halaman istana ayahanda saya." Ujar Putera Henry.

"Tuanku semua kita sudah tiba." Ujar driver Alan sambil memarking kereta milik ayahandanya. Isteri,anakanda,bonda dan ayahanda mereka menaiki kenderaan lain.

"Wah! Ramainya pelajar!" Ujar Putera Henry dengan teruja.

"Sekejap. Kalau hari ini pendaftaran dan esok pembahagian tingkat asrama habis tu hari ini kita pulang ke atau tidur kat sekolah?" Tanya Putera Edwin. Betul juga kata si Edwin tu takkanlah mereka perlu mempacak khemah kat depan sekolah pula.

"Kita pulanglah bonggok. Kalau kau nak pacak khemah kat sini dipersilakan aku tak halang." Perli Kyle.

"Eleh kita tanya je tak payahlah nak kutuk kita pula. Kalau aku tahu kau cakap macam tu dekat aku sudah lama aku tak restui kau untuk mengahwini adik kembar aku tu." Ujar Edwin sambil menjeling tajam pada Kyle.

"Eleh,tak restui konon. Sedangkan keluarga dia yang restukan aku untuk mengahwini adik kau." Balas Kyle. Dia dan Edwin memang tak boleh sorang mengalah dua-dua nak menang.

"Apa ni mention nama saya." Ujar Puteri Neilysha iaitu isteri kepada Kyle dan adik kembar kepada Edwin.

"Neilysha,boleh tak tegur suami tercinta kamu itu jangan nak kutuk abang ipar dia ni." Ujar Edwin. Nampaknya Edwin mengunakan kuasanya sebagai seorang abang.

"Hey hey hey! Siapa kata kau abang ipar aku, akulah abang ipar kau." Ujar Kyle yang tidak mahu mengalah.

"Hey,akulah abang ipar kau so kau kena hormat aku." Ujar Edwin pula.

"Hey,akulah abang ipar kau." Ujar Kyle dengan tidak kenal erti mengalah.

"Woi, bila nak habis ni. Tak de beza pun dua-dua abang ipar dua-dua adik ipar sama je." Alan meleraikan pertengkahan antara dua keluarga itu. Malas nak dengar pastu kalau pelajar lain tengok buat malu sahaja.

"Marilah kita pergi mendaftar. Lagipun saya dengar jumlah pelajar baru terlalu ramai hampir dekat 300 pelajar yang masuk pada tahun ini. Jadi nak elakkan daripada beratur panjang baik kita pergi masuk ke dalam dewan dahulu." Ujar Steve. Buat apa mereka perlu berdiri lama-lama di depan sekolah itu sedangkan pelajar lain sudah masuk ke dewan untuk pendaftaran.

ROYAL PRINCE'S HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now