《006》Hari Pertama Di Sekolah

28 2 1
                                    

Kini,tibanya hari permulaan persekolahan bagi pelajar baru. Semua pelajar berpusu-pusu masuk ke kawasan sekolah. Terdapat beberapa pengawas sekolah sedang menjalankan tugas mereka.

Terdapat sekumpulan pelajar sedang berjalan ke sekolah. Tinggal 20 minit lagi pagar sekolah akan di tutup. Selalunya abang-abang pengawas suka dengki pelajar baru. Kadang-kadang sengaja tutup pagar awal. Sabar dan tabah jelah wahai pelajar baru.

"Korang ni cepatlah jalan! Aku tak nak kita ni di label pelajar paling lewat kat Royal Prince's High School! So jalanlah cepat sikit tak payah nak catwalk sangat." Bebel Kyle.

"Relaxlah Kyle lagi 20 minit kot perhimpunan akan bermula." Ujar Alan.

"Nak relax apa benda! Koranglah bangun lambat. Tulah semalam punyalah seronok dengan majlis santapan aluan kan dah terlajak tidur." Bebel Kyle lagi. Majlis santapan aluan itu diadakan sehingga larut malam sebab tulah ramai lagi pelajar datang lambat. Silap-silap ada pelajar yang masih diulit mimpi di atas katil.

"Alah cakap orang je lebih padahal dia pun sama bangun lambat." Sampuk Edwin. Malas betul dia nak dengar bebelan di waktu pagi terutamanya bebelan yang keluar daripada mulut Kyle.

"Hey! Aku bangun pukul 6:20 pagi tau taklah teruk mana pun. Itupun nasib malam semalam aku dah gosok baju sekolah." Ujar Kyle.

"Nasiblah sekolah ni tutup pagar pukul 7:30." Ujar Alan. Manakala kawan-kawan lain hanya diam membatu malas nak buka mulut di waktu pagi. Telinga hanya menadah je bebelan Kyle. Semasa mereka semua berjalan menuju ke sekolah seseorang memanggil mereka semua daripada belakang.

"Oii! Korang tunggulah!" Jerit Agness manakala Aquel mengejar daripada belakang.

"Ehh? Ingat korang dah sampai dulu. Rupanya lagi lambat daripada kitaorang." Mata mereka semua hanya memandang Agness dan Aquel yang hampir semput kerana berlari mengejar mereka semua.

"Kenapa tak kejutkan kitaorang? Kata rakan seasrama?" Ujar Agness yang masih tercungap-cungap.

"Saya ingatkan awak dah pergi dulu sebab bilik awak gelap je sebab tu saya tak kejutkan awak." Ujar Alan. Dengan geng sendiri berkau-aku tapi dengan orang lain saya awak.

*"Aku lagi tak ingin kalau kau kejutkan aku Alan." Agness berkata dalam hatinya.

"Sorry ye kami semua tak perasan pula tadi." Ujar mereka sambil buat muka tak bersalah.

"Marilah kita semua pergi ke dewan segera lagipun nanti pembahagian kelas-kelas." Ujar Henry. Nampaknya Henry,Steve,Sunmark dan Nightmare sudah kedepan.

"Hey korang berempat tunggulah kami!" Jerit Kyle. Mereka berempat lebih 7 langkah ke hadapan daripada mereka bertujuh iaitu Alan,Kyle,Edwin,Am,Tyner,Agness dan Aquel.

Di Dewan Utama Royal...

Semua pelajar sudah berkumpul di Dewan Utama Royal dan perhimpunan dimulakan.

Selepas perhimpunan,tahun kedua dan tahun ketiga pergi masuk ke kelas masing-masing kini hanya tinggal pelajar-pelajar baru di dewan bersertakan guru-guru.

"Sekarang saya akan membuat pembahagian kelas-kelas untuk kamu semua dengan mengikut berdasarkan pencapaian akademik kamu semua." Seorang guru bertugas memulakan bicara sebelum membahagikan kelas-kelas untuk pelajar baru.

ROYAL PRINCE'S HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now