《003》Asrama Sekolah

28 1 0
                                    

Lokasi:Asrama sebelah sekolah
Masa:8:00 pagi (2/9/2017)

Ke semua pelajar kembali ke sekolah semula tetapi lokasi mereka di asrama bersebelahan dengan sekolah Royal Prince's High School. Nampaknya hari ini para pelajar akan tinggal di asrama tersebut dan beberapa orang guru akan menguruskan pelajar untuk membahagikan bilik mereka.

"Para pelajar, pada hari ini akan ada 3 orang guru akan aturkan bilik kamu semua. Cikgu yang pengang senarai nama tu, Cikgu Joshua. Cikgu bunian mata hijau tu, Cikgu Valther dan saya Cikgu Stuart." Ujar Cikgu bernama Stuart sambil memberikan mikrofon kepada Cikgu Joshua. Pelajar ramai sangat so gunalah mikrofon kadang-kadang telinga pelajar bukannya mahu dengar apa yang cikgu katakan.

"Saya akan terangkan tentang asrama ini jadi sila ambil perhatian!" Terkejut ke semua pelajar mendengar Cikgu Joshua berucap. Muka handsome nampak baik tapi garang macam raksasa sahaja!

"Kat sini ada tiga blok asrama. Blok di sana adalah blok pelajar tahun kedua, blok bersebelahan dengan blok tahun kedua adalah blok untuk pelajar tahun ketiga dan blok di depan mata kamu ni adalah tahun pertama iaitu blok untuk kamu semua." Ujar Cikgu Joshua lagi. Asramanya kelihatan seperti hotel bertaraf lima bintang tapi rasanya bukannya lima bintang tapi sepuluh bintang! Mesti biliknya luas dan cantik. Biasalah ada anak raja,bangsawan,pelajar elit dan pelajar atlet yang akan tinggal di asrama ini.

"Satu blok ada 20 tingkat dan satu tingkat jumlah biliknya berbeza." Sambung Cikgu Joshua. Penuh tanda soal di fikiran para pelajar. Apa yang dimaksudkan oleh Cikgu Joshua yang setiap tingkat mempunyai jumlah bilik yang berbeza?

"Contohnya, tingkat satu mempunyai 10 bilik manakala tingkat dua mempunyai 15 bilik. Agak-agak kenapa tingkat satu mempunyai jumlah bilik yang sedikit berbanding tingkat dua? Siapa dapat jawab dia akan dapat bilik paling istimewa kat blok tahun pertama ini. Abang-abang tahun lepas pun tiada siapa dapat jawab dengan betul." Tidak dijangka bahawa Cikgu Joshua akan membuat soalan dan memberikan tawaran yang lumayan itu. Siapa tak nak dapat bilik paling istimewa? Anak raja pun belum tentu boleh dapat melainkan dia memang dah tempah siap-siap. Nampaknya semua pelajar sudah berfikir.

"Cepat. Cuma ada satu bilik sahaja bilik semewah itu." Cikgu Joshua siap tayangkan kad untuk bilik itu. Kad itu adalah kunci untuk bilik itu. See,memang asrama tu macam hotel sepuluh bintang.

"Hmm...sebab kontraktornya bina asrama ni salah?" Kyle cuba mengagak.

"No." Jawab Cikgu Joshua.

"Sebab tak cukup simen." Jawab Kyle lagi. Okey jawapan Kyle kali ini memang buatkan semua pelajar tergelak.

"No." Jawab Cikgu Joshua dengan selamba.

"Oh ye,sebab pengetua yang minta bina macam tu." Kyle yakin dengan jawapannya. Asyik-asyik Kyle sahaja yang jawab bagilah pelajar lain pula untuk cuba menjawab.

"Hmmm...no." Jawab Cikgu Joshua.

"Semuanya salah habis tu apa cikgu." Penat Kyle nak jawab. Dia mengalah sahajalah.

"Tekalah sendiri. Kamu semua mengalah sajalah. Nampaknya tiada siapa yang boleh dapat bilik tu" Cikgu Joshua rasa tiada seorang pelajar boleh dapat jawab soalan itu.

"Sebab tingkat satu tu ada hantu so cikgu terpaksa tutup lima bilik tu." Jawab Agness tak teragak-agak. Hantu pula jawapan dia.

ROYAL PRINCE'S HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now