《005》Sahabat Baru II

18 1 0
                                    

Gedebuuuukkk!!!

"Bunyi apa tu?" Tanya Steve. Tanpa berlengah mereka semua pergi ke tempat itu. Bunyi itu dari arah bilik seseorang.

"Kyle kau pergi tengok apa yang jadi kat bilik ni." Arah Edwin.

"Kenapa aku?!" Tanya Kyle. Senang hidup Edwin sahaja mahu mengarahkan Kyle.

"Kau kan penyihir kalau apa-apa yang terjadi kau boleh gunakan sihir kau. Kalau aku ni sekadar vampire sahaja." Terang Edwin.

"Yelah-yelah." Tanpa membuang masa Kyle bergerak masuk ke dalam bilik itu sambil memengang kayu besbol. Entah mana dia dapat pun tak tahulah. Dengan langkah berjaga-jaga, Kyle masuk ke dalam bilik tersebut agak bersepah jugalah. Tiba-tiba sahaja Kyle menjerit!

"Aaaahhhh!!! Ada bayi!" Jerit Kyle apabila dia melihat seseorang di sebalik kotak-kotak yang terjatuh.

"Mana?! Ehh? Kyle ini bukan bayi tapi ini bapak bayi." Edwin melihat apa yang Kyle lihat itu. Bukannya seorang bayi tapi seorang pelajar lelaki yang bertubuh kecil.

"Aduh! Tak guna punya kotak! Nasib badan aku tak penyek." Marah lelaki itu sambil mengadu kesakitan.

"Mati-mati aku fikir bayi tapi budak je. Ke mata kau dah rosak Kyle sampaikan tak boleh bezakan bayi dengan budak." Perli Alan.

"Siapa yang awak panggil budak hah?!" Tanya lelaki kecil itu.

"Adik sini asrama sekolah menengah kalau nak cari asrama sekolah rendah bukannya kat sini." Ujar Henry sambil membongkokkan badannya manakala tangannya mengusap kepala budak itu.

"Hey! Saya pelajar sekolah sinilah! Lagipun saya sebaya awak semua tau!" Marah budak itu.

"Tapi awak macam pelajar sekolah rendah tak pun pelajar sekolah menengah rendah jadi saya panggillah awak adik." Henry rasa bersalah pula panggil pelajar itu budak. (Tapi kenyataan memang macam budak -_-)

"Saya ni kaum Little Tiny so memanglah badan saya kecil lagipun itu kerajaan saya." Jawab pelajar kecil itu.

"Tapi itu bukannya kerajaan kau tapi kerajaan ayahanda kaulah Tyner." Tiba-tiba ada orang menyampuk perbualan mereka iaitu seorang lelaki yang bertubuh besar.

"Kacaulah kau ni Am." Marah pelajar yang bernama Tyner itu.

"Ehh? Awak ni siapa? Abang dia ke?" Tanya Kyle sambil melihat lelaki besar itu manakala yang lain terkedu melihat tubuh lelaki itu besar,sasa,tegap dan tinggi lebih kurang sama tinggi dengan Alan.

"Dia ni adik saya? Memang jauh sekalilah. Jikalau dia adik saya memang saya takkan mengaku saya ni abang dia." Ujar lelaki besar itu.

"Aku pun tak ingin ada abang sebesar bapak gajah macam kau." Perli Tyner. Mereka semua hanya melihat pergaduhan antara dua pelajar itu.

"Kau panggil aku bapak gajah. Ambik ni!" Lelaki itu mengepitkan kepala Tyner di bawah lengannya. Habislah bau Tyner nanti jadi masam.

"Sakitlah Am!!!" Thiner mengeran kesakitan.

"Tahu sakit." Akhirnya Am melepaskan kepala Tyner itu. Apabila kepala Tyner sudah dilepaskan Tyner naik dibelakang Am dan balas balik dengan cekik tengkuk Am

ROYAL PRINCE'S HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now