Pelajar-pelajar di tingkat 18 sibuk mengemas bilik mereka mengikut citarasa sendiri. Begitu juga pelajar di tingkat lain. Tidak sangka pula rakan-rakan Alan satu tingkat dengan Alan. Cikgu ni macam tahu-tahu pula yang Alan,Henry,Steve,Edwin dan Kyle ialah Best Friend Forever Ever. Berkawan dari kecil tak pernah berpisah walaupun gaduh sikit-sikit.
Selepas sahaja mereka berkemas. Mereka lepak di ruang tamu yang berada di depan lif mereka. Ada juga beberapa pelajar duduk bersama dengan mereka berlima.
"Penatnya! Rasa tulang belakang aku ni nak patah." Kyle mengeliat. Seluruh tulangnya berbunyi. Lega rasa. Mengalahkan orang tua sahaja Kyle ni.
"Kalau muda-muda kau dah sakit belakang agak-agaknya kalau kau sudah tua nanti macam manalah." Ujar Edwin.
"Mungkin Kyle sudah bongkok lima." Sakat Alan. Mereka semua mengelakkan Kyle itu.
"Sampai hati korang. Tak pe,elok-elok aku baru je nak belanja korang. Terus batal niat aku tu." Rajuk Kyle.
"Apa?! Kau nak belanja kitaorang? Kalau macam tu aku tarik balik kata-kata kau." Amboi amboi amboi Edwin ni. Bila dengar orang nak belanja dia baru nak tarik kata-katanya.
"Pantang aku sebut nak belanja. Bab makan kau laju je tapi bab bila aku minta tolong liat nak mampus." Perli Kyle.
"Hihi. Aku bukan apa cuma sekarang ni aku lapar. Kalau boleh aku nak minum darah je." Ujar Edwin sambil baring pada sofa.
"Euww! Kau biar betul Edwin. Orang lapar makan nasi tapi kau lapar minum darah. Dasar vampire yang gilakan darah." Perli Kyle lagi sambil campak kusyen lembut di muka Edwin.
"Nak buat macam mana. Dah aku ni Putera Vampire so jumlah kuantiti darah kerabat diraja kena lebih berbanding rakyat lain. Lagipun isteri kau tu pun minum darah juga tapi dia tak suka minum darah depan orang." Terang Edwin. Semasa si Edwin dan Kyle bergaduh sesama sendiri. Henry terpandang dua orang pelajar yang sedang sibuk membuat hal mereka sendiri.
"Kamu semua,nak tak kita berkenalan dengan budak tu." Ujar Henry dengan sopan. Antara dia dan kawan-kawan dia selain Steve, dia dan Steve sahaja lebih sopan berbanding rakan-rakannya.
"Betul juga. Jomlah." Tanpa membuang masa mereka berlima berjalan ke arah dua orang pelajar seorang sedang main i-phone manakala seorang lagi syok tidur.
"Ehem,err..hai. Siapa nama awak?" Tanya Kyle.
"Hai, saya Sunmerk Kryn dan saya putera dari Kerajaan Cahaya Matahari. Macam awak semua tahu kerajaan saya adalah kerajaan yang pertama akan dilimpahi cahaya matahari dulu." Budak itu memperkenalkan dirinya.
"Yang kat sebelah awak tu siapa?" Tanya Edwin sambil melihat budak lelaki yang sedap diulit mimpi.
"Ouh ini kawan saya Nightmareles Dream tapi awak boleh panggil dia Nighmare. Dia dari Kerajaan Mimpi lagipun dialah yang kawal ke semua mimpi-mimpi kita." Sunmerk memperkenalkan kawannya yang sedang tidur itu.
"Kenapa nama dia Nightmare? Sanggup pula ayahanda dan bondanya berikan nama yang bermaksud mimpi ngeri?" Tanya Kyle. Ada juga mahluk yang mempunyai nama bermaksud mimpi ngeri.
"Family dia cerita yang bondanya sering bermimpi ngeri semasa mengandungkan dia so secara automatiknya ayahandanya namakan dia Nightmareles. Lagipun kaum dia jika mahu namakan anak mengikut daripada mimpi bonda mereka." Terang Sunmerk.
YOU ARE READING
ROYAL PRINCE'S HIGH SCHOOL
Novela JuvenilROYAL PRINCE'S HIGH SCHOOL Iaitu sebuah sekolah yang dibina khas untuk pelajar-pelajar yang telah terpilih daripada seluruh sekolah di Dunia Lavernikland. Pelajar-pelajar yang terpilih ialah daripada golongan kerabat diraja,bangsawan,elit dan atlet...