Part 6: Throwback

455 49 8
                                    

???: Aku telah dibunuh oleh pengurus korang yang skarang.

10 tahun yang lalu...

Semua staff berkumpul di bilik mesyuarat pada pukul 8 pagi seperti yang dirancang. Selepas beberapa minit, pengurus telah pun masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. Semua orang menunduk hormat terhadapnya. Kemudian, mereka memulakan perbincangan mereka.

Pengurus: Terima kasih kerana hadir pada hari ini. Tujuan saya mengadakan mesyuarat adalah untuk memaklumkan bahawa saya akan meletakkan jawatan saya pada hujung bulan ni.

Kesemua staff terkejut apabila mendengar kata2 pengurus tersebut.

Staff 1: Kenapa tiba2 nak berhenti ni, tuan?

Pengurus: Haihhh... Actually saya terpaksa berpindah ke luar negara kerana ada sesuatu masalah.

Staff 2: Tapi tuan, siapa yang nak jadi pengurus kepada syarikat ni?

Pengurus: Saya dah pilih orang yang sememangnya layak untuk menjadi pengganti saya.

Keadaan di dalam bilik mesyuarat riuh-rendah apabila mendengar kata2 tersebut. Ada juga yang sempat bergosip tentang siapakah yang menjadi pengurus baru mereka itu.

Pengurus: Baiklah, semua bertenang! Dengan ini, saya meminta Encik Lee Hyung Ki untuk ke hadapan bersebelahan saya.

Semua orang memandang kearah Lee Hyung Ki a.k.a Hyungki. Hyungki terkejut apabila semua orang memandangnya sambil menepuk tangan dan juga bersorak. Hyungki dengan teragak-agak pergi ke hadapan.

Pengurus: *pegang bahu Hyungki* Tahniah. Saya berharap yang kamu tak akan kecewakan saya dan akan memajukan lagi syarikat kita.

Hyungki: T-Tapi tuan, kenapa pilih saya sebagai pengganti tuan?

Pengurus: Kenapa saya pilih kamu? Sudah tentulah sebab kamu ni kan pekerja yang amat bertauliah dan juga rajin di syarikat kita ni! Takkan la saya nak pilih orang yang just tahu tidooo je.

Hyungki: *senyum+terharu* Terima kasih banyak2 tuan! *peluk pengurus*

Mereka semua terharu melihat mereka kecuali seorang pekerja ini. Dia keluar dari bilik mesyuarat dengan hati yang membara dan darah yang mendidih. Orang itu bernama Kim Heechul a.k.a Heechul a.k.a setiausaha pengurus syarikat itu. Suatu hari, dia, Hyungki dan beberapa lagi orang staff telah mengikuti lawatan ke Jepun atas dua sebab, iaitu kerja dan juga untuk relaks. Semua itu ditanggung oleh Hyungki, pengurus baru mereka. Pada waktu itu, selepas bermesyuarat dengan setiausaha sebuah syarikat muzik yang terkenal di Jepun, mereka pon pergi ke sebuah bukit untuk mendaki.

Hyungki: So harini, mari kita daki bukit! Siapa sampai atas dulu, saya naikkan gajinya 20%!

Sesudah itu, semua orang terus berlari ke tangga untuk sampai ke puncak bukit tersebut. Jadi tinggal lah Hyunki dan Heechul yang sedang menaiki tangga dengan tenang sambil menghirup udara segar Jepun.

Hyungki: *tengok Heechul* Eh, Heechul! Tak nak 20% up ke?

Heechul: Takpela. Btw, tahniah sebab dapat jadi pengurus. *senyum*

Hyungki: Hehe.. 고마워..(gomawo/thanks) Saya pun terkejut bila tuan tiba2 pilih saya sebagai pengganti dia sedangkan pangkat awak lebih besar saya. Saya ni just budak office jer..

Heechul: *sakit hati* *senyum tak ikhlas* Eh, macam kenal je orang kat belakang tuan tu.

Hyungki: Siapa?

Hyungki memandang ke belakang. Tanpa ragu-ragu, Heechul terus menolak Hyungki. Hyungki terjatuh dari tangga tersebut dan kepalanya terhantuk pada salah satu tangga itu lalu berdarah. Heechul terus menjerit meminta pertolongan. Namun dalam hatinya dia amat gembira kerana dia boleh menjadi pengurus syarikat tersebut kerana kononnya dia telah menyelamatkan Hyungki. Selepas lawatan itu tamat, mereka pulang ke Korea dengan membawa pulang mayat Hyungki yang telah diletakkan dalam keranda. Sampai sahaja di Korea, Heechul membawa mayat tersebut ke dalam sebuah hutan. Di sana, terdapat sebuah rumah agam terbiar. Dia menanam mayat tersebut di sana.

Heechul: *baling cangkul ke tempat lain* Hahahahahaha!! Akhirnya, dapat jugak aku jadi pengurus syarikat tu! Syarikat tu dah jadi milik aku!! Takde sape2 yang boleh halang aku..!

???: Heechul..

Heechul: S-Siapa?!

???: Sampai hati kau Heechul...

Heechul terus lari jauh dari rumah dan hutan tersebut.

???: Aku bersumpah yang aku akan bunuh budak2 penyanyi kau! Sampaila kau mengaku perkara yang sebenar! Kau tunggu la, Kim Heechul! KAU TUNGGU!!

End throwback..



The Mansion (Wanna-One) Where stories live. Discover now