Part 2: Where the story begin..

650 64 7
                                    

Hari pertama, pukul 7 mlm..

Mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk melihat cerita hantu di TV yang disediakan di rumah tersebut.

Daehwi: Hmm.. Takde cerita lain ke?

Kuanlin: Takut la tu.. *ketawa*

Daehwi: Ye, aku takut so please tengok cerita lain? Aku merayu ni...

Seongwoo: Tengok je la.. Manatau cerita hantu tapi lawak?

Daehwi: Lawak apanya? Annabelle kot!!

Sungwoon: Ish! Bisinglah!!

Semua orang terus senyap termasuklah Daehwi apabila Sungwoon mula naik angin. Akhirnya, Daehwi terpaksa melihat cerita tersebut sambil menutup sebelah matanya menggunakan tangan Jihoon.

Woojin: *tengok Daehwi* Wei, tolong ambilkan Super Ring kat dapur.

Jaehwan: Ambikkan coke skali, terima kasih.

Daehwi: Alaa... Kenapa mesti aku?

Woojin & Jaehwan: *renung Daehwi dengan tajam*

Daehwi: *mengeluh* Yelah...

Daehwi berdiri dengan malas lalu pergi ke dapur. Suasana di dapur pada waktu itu gelap tambahan pula hujan turun dengan lebat skali dengan kilat menambahkan lagi keseraman di sana. Bulu roma Daehwi terus meremang.

Daehwi: B-Baik aku ambik cepat.

Semasa Daehwi mengambil makanan dan minuman tersebut, tiba2 kedengaran sesuatu terjatuh.

Daehwi: *lihat sekeliling* 누구세요?(N-Nuguseyo/who's that)

???: Daehwi...

Makanan dan minuman yang berada di tangan Daehwi terjatuh apabila mendengar suara tersebut.

???: Lee Daehwi...

Suara itu kedengaran semakin jelas dan kedengaran tapak kaki seperti pemilik suara itu menghampirinya. Peluh dingin telah membasahi dahinya. Dia ingin pergi dari situ dengan segera tetapi kakinya seperti digam, tidak mahu bergerak.

Daehwi: H-Hyung.. Janganlah main2.. Tak lawak okay..

Tiba2 bahunya disentuh dari belakang.

Daehwi: AAAA..!!! EOMMA!!! *menangis dengan teresak-esak*

Jihoon: Yah, Daehwi! Ni Jihoon la.!

Daehwi: *buka mata* Hyung! *peluk Jihoon* Hyung, t-tadi ada orang panggil Daehwi tapi Daehwi tak nampak muka dia sebab gelap. Pastu Daehwi dengar-

Jihoon: Shh.. Relaks la.. Kau penat sangat kot harini. Meh aku temankan kau ke bilik. Aku tengok kau ni cam perlukan rehat je.

Daehwi: *angguk*

Mereka berdua naik ke bilik. Dari jauh, terdapat sepasang mata sedang memerhatikan mereka.

???: Hmm.. Tunggula pukul 3 pagi nanti.. Hehehe..

Selepas memastikan Daehwi tidur dengan nyenyak, Jihoon turun ke ruang tamu untuk menyambung melihat movie hantu tersebut.

Woojin: *tengok Jihoon* Hyung, nape Daehwi tadi?

Kuanlin: Ha'a. Pahal dia jerit tadi? Terkejut kita orang tadi.

Jihoon: Dia letih sangat tadi. Dah la. Meh sambung tengok.

Mereka melihat cerita hantu tersebut sehingga tamat. Semua ahli mengemaskan ruang tamu tersebut sebelum masuk ke bilik masing2.

Jinyoung: Hyung, bila hyung beli CD cerita Annabelle tu?

Sungwoon: Aku tak beli pun. Memang ada kat sini. *tunjuk kat sebelah speaker*

Jinyoung: Ada cerita apa lagi?

Sungwoon: Ermm.. Cerita hantu and cerita... Aa... Camne nak cakap eh?

Seongwoo: *tengok bekas CD* Ouh. Cerita memuaskan nafsu. *senyum kambing sambil tengok Sungwoon*

Jinyoung: Ouh.. Err... Aku.. Naik tidur dulu eh? *lari masuk bilik* Huih.. Seram giler..

Semua orang masuk ke bilik masing2 dan tidur.

Manakala di YMC Entertainment..

Pengurus: Halo.!

Staf 1: Eh, bos! Bukan bos dah balik ke tadi?

Staf 2: Ha'a. Bos ada tertinggal barang ke?

Pengurus: Bila masa pulak aku balik? Aku kan pergi oversea minggu lepas. Ni aku dari airport tahu?

Semua staf di sana terkejut. Ada juga yang berubah menjadi pucat.

Pengurus: Aik?? Kau orang ni dah kenapa?

Staf 3: K-Kalau bos takde minggu lepas.. Habistu siapa yang slalu duduk dalam bilik bos?

Pengurus: Eh, ada orang duduk dalam bilik aku?

Staf 2: Ha'a! Muka dia sama gila cam bos!

Staf 1: Entah2 hantu kot..

Staf 4: Ish! Mengarut je la kau ni.!

Pengurus: Hmm.. Mana budak 11 orang tu? Wanna-One?

Semua staf: Alamak..

Pengurus: Kenapa?

Staf 1: HANTU TU BAGI DIA ORANG BERCUTI!

Pengurus: HAH?! Cepat jejak van mana mereka guna dan terus lapor pada pihak polis! Skarang!!

Semua staf: Baik!!

Mereka semua terus menjalankan tugas mereka untuk mencari Wanna-One.

Back to Wanna-One, pukul 3 pagi..

Jihoon terbangun dari tidurnya. Dia ingin ke tandas. Kebetulan di dalam biliknya ada tandas kerana bilik yang dipilihnya adalah master room. Tetapi malangnya tandas itu berkunci. Terdapat satu tandas di hujung koridor dan koridor itu hanya diterangi dengan lampu yang telah malap. Dia pergi kearah Daehwi. Katil di dalam bilik itu besar dan dia berkongsi bilik dengan Daehwi dan Kuanlin.

Jihoon: Daehwi.. *goyangkan bahu Daehwi*

Daehwi: Hmm... *gosok mata* Apa dia.?

Jihoon: Hehe.. Teman aku pergi tandas jap, boleh?

Daehwi: Alaa.. Daehwi ngantuk la, hyung..

Jihoon: Pwease... Nae maeum soge jeojang!! *buat aegyo*

Daehwi: Fine... *bangun dari katil*

Mereka pergi ke tandas di koridor tersebut.

Jihoon: Tunggu eh? Jangan lari tau!

Daehwi: *menguap* Yela2.. Buang banyak2 terus. Takyah nak bangunkan aku lagi nanti.

Jihoon: *mencebik* Yelaa..

Jihoon pun masuk kedalam tandas. Daehwi menunggu dia dengan sabar sambil ditemani dengan bunyi air hujan.

Daehwi: Huu.. Patutla sejuk semacam. Hujan rupanya.. *peluk tubuh*

Tiba2 kaki Daehwi ditarik dari bawah dan dia terus lenyap dalam sekelip mata.

Jihoon: *keluar dari tandas* Okay aku dah- Ish, Daehwi ni. Kata nak tunggu. Jahat!

Daehwi: Hyung! 도와주세요!! (Dowajuseyo/help me)

Jihoon: *berhenti berjalan dan pandang ke belakang* Daehwi? Mana kau?

Jihoon mula berasa takut. Dia terus berlari ke bilik sambil menyumpah Daehwi kerana meninggalkannya dan cuba untuk menakutkannya. Selepas menutup pintu, dia ternampak Daehwi sedang tidur sambil memeluk Kuanlin dari belakang. Dia mula berasa tidak sedap hati. Peluh tidak habis membasahi dahinya walaupun dia sendiri sedang menggigil kesejukkan. Perlahan-lahan, dia pergi ke arah Daehwi. Dia mengintai mukanya. Kemudian, dengan rasa takut dia berbaring di atas sofa yang berbentuk L lalu tidur.












The Mansion (Wanna-One) Where stories live. Discover now