Part 9: Rahsia terbongkar

439 42 9
                                    

Staf 1: Tuan! Mereka ada kat dalam.!!

Pergerakan Jihoon berhenti serta-merta setelah mendengar suara tersebut. Jihoon terjatuh apabila hantu tersebut telah lenyap dari ruang tamu tersebut. Dia melihat kearah rakan-rakannya yang sedang menggeliat di atas lantai selepas terlepas dari ikatan hantu tersebut.

Pengurus: Helo?!! Ada sesiapa kat dalam?!!

Jihoon: Tuan! Tolong pecahkan pintu tu tuan!! CEPATT!!

Pengurus mendengar akan kata2 nya lalu menyuruh beberapa orang polis dan pekerjanya memecahkan pintu tersebut menggunakan kayu balak yang terdapat di kawasan hutan itu. Setelah beberapa hentakan, pintu tersebut akhirnya pecah. Beberapa orang polis dan pengurusnya meluru kearah mereka.

Pengurus: *pergi kearah Jihoon* Jihoon! Kamu okay?

Jihoon: Saya okay.. tapi yang lain..

Pengurus: Minhyun, Jisung, Sungwoon, Jinyoung, Jaehwan.. Mana yang lain?

Minhyun: Tuan, yang lain dah..

???: Dah jadi pengikut aku! MUAHAHAHA

Mereka semua terkejut apabila melihat dibelakang hantu tersebut  roh rakan-rakan mereka yang dah mati telah menjadi pengikut setia hantu tersebut. Wajah2 mereka dipenuhi dengan darah dan kesan2 luka serta cakaran. Mata mereka juga berwarna putih dan kulit mereka teramat pucat.

???: Kerjakan mereka semua! Jadikan mereka sebagai makan malam kamu.!!

Dalam sekelip mata, seorang polis telah hilang kepalanya dan seorang staf telah hilang dari situ. Jihoon bingkas bangun dan keluarkan salibnya. Baru sahaja ingin mendekati hantu tersebut, tangannya digenggam kuat oleh roh Daniel.

Jihoon: *tahan sakit* D-Daniel-ah.. Ni aku la.! Park Jihoon!! Kawan kau.!

Daniel tidak menjawab sebaliknya merampas salib tersebut dan meletakkannya di dadanya. Kelihatan kepulan asap2 kecil keluar dari dadanya.

Jihoon: Apa.. Apa kau buat ni?!

Jihoon cuba mengambil salib tersebut namun hasratnya terbantut apabila roh Daniel mula meraung kesakitan dan air mata darah keluar mula dari matanya yang putih.

???: HAHAHAHA!! Kau ingat aku akan biarkan kau bunuh aku? Tidak sebegitu mudah, Park Jihoon!!

Jihoon: Kau.. Kau gunakan Daniel untuk selamatkan diri kau sendiri?!

Jihoon berlari kearah hantu itu lalu menumbuknya namun ia hanya kelihatan seperti Jihoon menumbuk awan.  Hantu tersebut hanya ketawa apabila melihat aksi Jihoon.

???: Kau ni bodoh ke apa? Aku hantu! You can't touch me!! *ketawa*

Jihoon: Kau PENGECUT!!

Tawa hantu tersebut berhenti dengan serta-merta. Dia merenung Jihoon dengan mata yang tajam.

???: Apa kau cakap tadi?

Jihoon: Aku kata kau ni pengecut! Kau gunakan kawan aku untuk selamatkan diri kau sendiri!

???: Dia pengikut aku! Dia akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan tuan mereka!

Pengurus: Jadi mereka sepatutnya lindungi aku sebab aku tuan mereka!

Hantu tersebut lihat kearah pengurus dengan riak yang agak terkejut.

???: Kau.. Heechul?













The Mansion (Wanna-One) Where stories live. Discover now