Six 🌼

240 20 0
                                    

Taejoon berjalan ke rumah Yoona. Setelah dia tiba di hadapan rumah Yoona, dia menekan loceng rumah dan eomma Yoona yang keluar.

"Annyeonghaseyo, Kang Taejoon imnida. Saya kawan Yoona." Taejoon memperkenalkan dirinya kepada eomma Yoona.

"Oh. . Masuklah. Kenapa dengan Yoona ni?" sapa eommanya dengan mesra.

"Dia pengsan tadi masa tengah practice menari. Kebetulan saya dengan kawan-kawan saya lalu sana, jadi saya nampak dia terbaring kat atas lantai. Jadi, saya angkatlah dia bawa pulang ke rumah." tipu Taejoon.

"Oh. . Kamu boleh letak dia kat bilik dia kat atas. Pintu bilik dia warna grey dengan ada gambar BTS dia lekat kat pintu tu." kata eommanya.

"Nae, aunt." balas Taejoon dengan sopan.

"Panggil je eomma" kata eomma Yoona.

"Err. . Nae. . Eomma." katanya lalu menuju ke bilik Yoona yang berada di tingkat atas.

Apabila Taejoon masuk ke dalam bilik Yoona, dia terkejut kerana biliknya penuh dengan poster-poster BTS dan barang-barang BTS.

Di satu sudut di dalam bilik tersebut terdapat satu ruang khas di mana semua album-album BTS ditempatkan.

"Wahhh! Rupanya dia fan aku." kata Taejoon sendirian kerana kebanyakkan poster yg dilekatnya adalah poster Jimin iaitu Taejoon sendiri.

Dia meletakkan Yoona di atas katilnya dengan berhati-hati.

"Comel jugak dia tidur." Taejoon menatap wajah Yoona yang sedang tidur.

Selepas dia menyarungkan selimut di atas badan Yoona, dia segera beredar dari situ kerana dia telah lambat untuk ke bilik latihan.

Seminggu kemudian,

Yoona masih lagi trauma dengan kejadian seminggu yang lalu. Bagi memastikan keselamatan Yoona, mereka semua sentiasa bersamanya di mana sahaja dia berada.

Yoona merenung ke luar tingkap sambil meneguk strawberry milk yang dibeli oleh Irene tadi.

"Kwaenchanha?" soal Taejoon lalu menarik kerusinya dan duduk di sebelah Yoona.

Yoona menyedut habis strawberry milknya.

"Ermm . . Okay je." jawab Yoona.

"Yoona. . Rehat nanti nak tak kau teman aku pergi taman?" tanya Taejoon.

"Hmm. . Boleh jugak." balas Yoona.

.
.
.
.
.

B E R S A M B U N G

.
.
.
.
.

huhuhuhu siap pun part ni.
author busy sikit hari ni hehe
btw jangan lupa vote ehh. jgn kedekut sgt nak vote tu 🌚

[C] My Idol, My Classmate, My Love || P.J.MWhere stories live. Discover now