"Apa? Kau jadi pembantu peribadi Jungkook? Tak mungkin la. Kau ni kuat berangan la" kata Kim Taehyung, rakan sekerja Yora. Dia menjentik dahi Yora kerana geram dengan sikap Yora yang kuat berangan itu.
"Iya la kan. Tak mungkin la benda macam tu boleh jadi. Ish, teruk sangat dah aku ni" Yora tersenyum kambing sambil mengetuk kepalanya.
***
Flashback"Ah?" Yora terkejut mendengarkan pertanyaan daripada lelaki terkenal dihadapannya itu.
Tidak sempat untuk menjawab, Jungkook ditegur oleh seseorang yang berbaju kot dan disuruh cepat kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
Jungkook memandang Yora sekilas lalu mengangkat tangan tanda OKEY.
"Apa maksud dia tu" Yora bertanya sendiri sambil memandang Jungkook yang berlalu pergi.
Oleh itu, semuanya tergantung.
Yora akhirnya pulang dengan perasaan yang gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan idolanya.
Bukan setakat berjumpa, malahan idolanya memandang dan menegurnya.
End Flashback
***
"Dah dah, sambung kerja. Ramai pelanggan tu" kata Jin, selaku bos di cafe itu.
Yora dan yang lain mengangguk lalu menjalankan tugas mereka.
Yora tekun mengambil pesanan dengan senyuman yang terukir dibibir.
Yora merasa sedikit hampa kerana berharap apa yang terjadi semalam adalah benar.
'Betul juga kan. Tak masuk akal. Nampaknya aku terlebih teruja sampai boleh berangan macam ni' Yora merenung mesin duit dihadapnnya itu.
Tiba-tiba, kedengaran jeritan kuat daripada luar cafe.
"Ada histeria ke tuuu??" Taehyung bersuara sambil memandang keluar untuk melihat apa yang terjadi.
****
Kim Yora povAku menjenguk keluar cafe yang sedang riuh dengan jeritan manusia. Suasana di luar cafe yang sangat bising telah menarik perhatian semua pelanggan cafe itu.
"Ada apa pula kat luar tu?" Soalku dengan mata yang masih tertancap pada pintu cafe.
Tiba-tiba bunyi loceng menandakan pintu cafe dibuka.
"Haih mana pembantu peribadi ni?" kata seorang jejaka tampan. Semua orang di dalam cafe menjerit kerana jejaka itu adalah pemuzik terkenal, Jungkook.
Aku terkesima. Dia memandang tepat kearah aku. Dia berjalan menuju ke arahku dengan senyuman dibibirnya.
"Hai Yora. Cepat jum, sy ada meeting ni. Awak pembantu peribadi saya kan, so tunggu apa lagi." Jungkook memandang tepat kedalam mata Yora.
Aku bermimpi ke?
Jungkook depan mata aku???
Dia tahu nama aku ?
Adakah aku perlu menampar pipiku dengan kuat?
Aku terkesima. Tersangat lah terkesima.
Aku rasa jantung aku berdegup kencang.
Aku dapat dengar pelanggan berbisik sesaam sendiri.
Para pekerja juga turut bercakap sesama sendiri. Aku dapat dengar suara V yang berkata "jadi betullah apa yang Yora cerita tadi"
"Heii tunggu apa lagi? Jum cepat" Jungkook melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Yora.
Aku tersedar dari lamunan. Aku gelabah membaiki diri ku.
"Sa-saya ke yang awak maksudkan? Aku menuding jari kearah diriku sendiri.
Jungkook memandang ku dengan pandang yang mesra lalu menganggukkan kepalanya.
"Semalam kan saya dh tawarkan dekat awak. Awak tak ingat? Or awak tak nak terima perlawaan saya ini?" soal Jungkook yang telah menaikkan sebelah keningnya.
Aku terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Terlampau terkejut.
"Okay kalau tak nak takpa lah. Saya cari orang lain." Jungkook memusingkan badannya.
Aku cepat-cepat berkata "Saya mahu".
Aku melihat dia memusingkan badannya kembali memandang ku dengan senyuman dibibirnya.Aku membalas senyumannya dengan senyuman yang tersangatlah bahagia.
'Yeahhhh impian aku untuk berjumpa bukan sahaja telah termakbul, malah lebih daripada apa yang aku impikan.'

YOU ARE READING
Rahsiaku, Suaramu •JJK [✔️]
Random[COMPLETED] Secara tiba-tiba, menjadi pembantu peribadi kepada pemuzik yang popular ? Nak tahu selanjutnya? . . . Ayuh laa baca bersama ♥️♥️ Please support and vote, tq ♥️♥️