6

127 8 0
                                    

Jungkook p.o.v

Aku merenung gambar yang terpapar didalam telefonku. Gambar aku dan Hyeri yang sedar bercuti bersama aku pandang dengan perasaan yang bercampur baur.

Rindu...

Ya itulah.

Saya sangat rindukan awak...

Hyeri....

Air mataku setitik jatuh diatas skrin telefon.

Tiba-tiba pintu diketuk.

Aku mengesat air mataku. Telefon aku matikan lalu meletakkannya didalam poket seluar.

Yora muncul dibalik pintu. "Pengurus panggil awak" katanya.

"Ha okay, sekejap lagi saya turun."aku mengangguk lalu berkata.

"Hmm awak menangis eh?" aku yang sedang mengemas sedikit mejaku terhenti.

"Ehh takda la. Dah dah, turun dulu. Nanti sy turun. Nak kemas meja ni sikit, bersepah." kata ku. Aku pura-pura sibuk mengemas.

Aku mendengar pintu bilik ditutup. Aku memberhentikan tingkah ku lalu menghelakan nafas berat.

••••

Yora pov

Aku menutup pintu biliknya kembali. Aku melangkah menuruni tangga sambil memikirkan tentang Jungkook. Wajahnya jelas kelihatan sedih. Matanya merah dan jelas sekali seperti baru sudah menangis.

"Kenapa ya?" soal ku sendirian. Aku berjalan menuju kearah dapur.

Aku duduk di kerusi. Aku meneguk segelas air sejuk. "Ahh lega".

Aku termenung memikirkan hidup aku yang telah banyak berubah sejak menjadi pembantu peribadi Jungkook. Masa penuh dengan jadual yang padat. Ya, tidak dapat dinafikan, kerjaku sangat memenatkan.

Tetapi, dalam masa yang sama aku happy dapat dekat dengan Jungkook. Dalam masa sebulan ni, aku nampak sifat lain dalam diri Jungkook. Terasa beruntung juga la, kerana aku menjadi salah seorang yang kenal rapat dengan pemuzik terkenal yang menjadi kegilaan ramai ini.

Tiba-tiba lamunanku tersentak apabila Abang Kim a.k.a staff syarikat Jungkook memanggilku. Aku bergegas bangun menuju ke sinki untuk membasuh gelas. Selesai membasuh, aku berlari anak menuju kearah suara yang memanggil ku.

"Okay Yora, jum kerja! "aku berkata sendirian.

Rahsiaku, Suaramu •JJK [✔️]Where stories live. Discover now