10

124 6 0
                                    

Yora mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Berada di dalam kafe yang penuh dengan pelanggan yang semakin ramai tiba membuatkan Yora mengeluh berat. Aircond yang berfungsi dengan baik langsung tidak dapat dinikmati olehnya kerana kesibukan diri yang tidak dapat dihentikan.

"Aircond ni dah berapa la tak servis ni? Aduhai panasnyaa"keluh Yora yang sedah mengelap meja.

Kim Taehyung yang kebetulan berada disebelah Yora memandang Yora dengan pandangan yang pelik.

"Apa yang panasnya makcik? Sejuk je aku rasa, kau je kata panas ni." Taehyung mencuit bahu Yora yang sedang asyik mengelap meja dengan mulut terkumat-kamit membebel panas.

Yora menjeling Taehyung "Kau tak buat kerja memang la tak panas. Aku dari tadi ulang alik tak henti memang panas la"

"Lek lek, jangan marah dong" Taehyung tersengih melihat muka Yora yang kemerahan. Jelas menunjukkan yang Yora kepanasan.

"Dah g rest kat belakang, biar aku sambung" Taehyung mencapai kain yang berada di tangan Yora. Kain kini bertukar tangan.

"Thanks Taetae! Sayang kau!" Yora yang memeluk Taehyung lantas ditolak olehnya.

"Org ramai ni makcik, dah blah sebelom aku ubah fikiran." Taehyung menunjukkan isyarat tangan menghalau.

Yora mencebik dan berlalu ke dapur dimana tempat para pekerja lepak apabila ada masa lapang. Tetapi hari ini langsung tiada masa lapang. Pelanggan tidak putus-putus datang. Bukan tak bersyukur, tapi tu la. Penat wehh.

Termasuk hari ini, sudah seminggu Yora bekerja semula di Kafe yang dia kerja sebelum menjadi pembantu peribadi Jungkook.

Yora termenung sendiri teringatkan kenangan semasa menjadi pembantu peribadi seorang pemuzik terkenal.

Skip

Keadaan Kafe yang sunyi menandakan pelanggan sudah pulang semuanya. (hahaha ayat aku tahi nyaa.)

Mereka semua berehat melepaskan nafas lega. Semua kepenatan kerana pelanggan sangat lah ramai hari ini.

Tiba-tiba Taehyung memecahkan kesunyian.

"Yora, kau kata kau cuti jadi pembantu peribadi Jungkook kan. Berapa lama? Aku rasa nak dekat seminggu dah." Taehyung memandang Yora yang sedang bersandar di kerusi dengan mata yang dipejam.

Yora membuka mata lalu memandang Taehyung. Tiba-tiba hatinya terasa sakit teringatkan apa yang terjadi. Yora hanya berdiamkan diri seketika. Mereka semua menunggu jawapan dari Yora dengan sabar.

"Aku dah berhenti sebenarnya" kata Yora yang memandang Taehyung. Hatinya terasa perit.

"Berhenti? Kenapa kau cakap kau cuti? Hahaha tak buleh terima kenyataan la tu. Kau kena buang kan sebenarnya? Tu la buat kerja tak betul." Taehyung sengaja berkata begitu dengan niat untuk bergurau.

" AKU YANG NAK BERHENTI LA!" Yora menekan setiap perkataan yang disebutnya. Marahnya dikawal. Entah kenapa, dia rasa sangat marah ketika itu.

"Kenapa kau nak berhenti duh? Kalau aku jadi kau, memang aku takkan lepaskan peluang keemasan aku tu. Biar aku ganti kau la" Bora selaku pekerja disitu berkata.

"Tu la, bukan senang nak dekat dengan artis." Taehyung mengiakan kata Bora.

"Apa guna kerja dengan orang yang nak ambil kesempatan atas aku" Yora berkata perlahan tetapi jelas didengari oleh mereka. Mereka terdiam. Pelbagai tanda tanya bermain di benak fikiran mereka tetapi tidak dapat diluahkan.

Yora hanya mendiamkan diri. Dia hanya memandang lantai. Kini, hatinya bagai dirobek. Sakit, perit. Itu la yang dirasainya sekarang.

'Korang tak rasa apa yang aku rasa. Tapi kenapa aku perlu rasa begini?'.

Tiba-tiba kedengaran esakan kecil dari mulut Yora. Semua yang berada di dalam kafe itu memandang Yora dengan reaksi terkejut.

Semua terdiam. Mina pantas mendekati Yora lalu memeluk bahunya.

"Kenapa ni Yora?" Tanya Mina simpati.

"Aku rasa aku dah mula sayangkan dia. Macam mana ni?" Tangisan Yora semakin kuat kedengaran.

Mina memeluk erat Yora bagi menenangkan dia. Mereka yang lain hanya memerhatikan Yora dan Mina dengan penuh tanda tanya.

Rahsiaku, Suaramu •JJK [✔️]Where stories live. Discover now