Yora menjengukkan kepalanya kedalam bilik latihan Jungkook.
Kosong~~
"Mana dia ni?" Yora mencari-cari kelibat Jungkook.
"Cari siapa?" Yora terkejut mendengar suara Jungkook yang tiba-tiba berada di belakangnya. Yora mengurut dadanya.
"A...awak" Yora menundukkan kepalanya.
Jungkook berjalan masuk ke bilik latihannya. Dia duduk di sofa yang tersedia. Dia memandang Yora yang masih tercegat dihadapan pintu.
"Masuk la." Yora akur lalu menuju ke tempat Jungkook berada. Jungkook menyuruhnya duduk. Yora mengambil tempat dihadapan Jungkook.
Jungkook hanya mendiamkan diri sambil merenung Yora. Dia menanti apa yang ingin dikatakan oleh Yora.
Yora yang sedang menundukkan kepalanya mencuri pandang Jungkook dihadapannya. Dia pantas mengalihkan pandangan apabila sedar akan renungan Jungkook.
Yora menarik nafas panjang.
"Okay pertama sekali, saya nak minta maaf sebab saya dengar apa yang ada dalam telefon awak. Sejujurnya saya takda niat nak ceroboh privasi awak. Tapi dia terbuka dengan sendirinya. Saya betul-betul minta maaf" Yora berhanti seketika. Dia mengumpul keberanian untuk bersuara lagi.
"Saya dah buat keputusan yang saya nak berhenti. Saya tidak mahu lagi ada kaitan dengan bidang ni semua. Saya berharap awak dapat...."kata-kata Yora dipotong.
"No! Saya tak boleh lepaskan awak. Awak tak boleh berhenti."Jungkook bangun dari duduknya.
Yora terkejut dengan kata-kata Jungkook.
"Kenapa? Kenapa saya tak boleh berhenti?"Yora memandang Jungkook yang sedang berpeluk tubuh.
Jungkook diam.
"Ohh sebab suara saya sama macam suara dalam telefon awak? Sebab awak nak dengar suara saya untuk hilangkan rasa rindu awak kepada dia? Maaf la, saya tetap dengan keputusan saya. Saya mahu berhenti. Saya tidak mahu bekerja dengan orang yang anggap saya ni pengganti, spare-part untuk dirinya. Saya tak sanggup." Yora keluar dari bilik Jungkook dengan perasaan yang bercampur-baur.
Dia tewas. Air matanya laju menuruni pipinya. Dia tidak dapat tahan lagi dengan semua ini.
Kak Loona yang ternampak Yora terkejut. Lantas dia memanggil Yora tetapi panggilannya tidak diendahkan. "Kenapa dia menangis"
Yora berlari keluar dari bangunan itu. Biarlah semua yang berlaku di bangunan itu menjadi satu kenangan yang indah dalam hidupnya.
••••
Jungkook duduk di atas sofa. Dia teringatkan kenangannya bersama kekasihnya dahulu.
"Jungkook, awak janji dengan saya. Tiada pengganti untuk diri saya ni. Boleh?" tanya Hyeri dengan manja sambil bermain dengan jari Jungkook.
Jungkook memandang kekasihnya itu. "Kenapa cakap macam ni. Semestinya tiada pengganti awak!" Jungkook mencuit hidung Hyeri. Hyeri tersenyum manja.
Jungkook memeluk erat Hyeri. "Saranghae" Jungkook mencium ubun kepala Hyeri.
Hyeri tersenyum bahagia "Nado~~"Hyeri memandang Jungkook lalu memberikan sebaris senyuman.
Jungkook tersedar dari lamunan apabila pintu biliknya diketuk.
"Jungkook, kenapa Yora menangis?" Kak Loona berjalan kearah Jungkook yang sedang menyandar di sofa.
Jungkook menghela nafas berat. Dia menceritakan segalanya kepada Kak Loona.
Jungkook selesa berkongsi segalanya bersama Kak Loona kerana sudah lama dia kenal dengan Kak Loona. Dulu, apabila kekasihnya meninggal, Kak Loona la yang setia disampingnya. Kak Loona sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.
Selesai Jungkook menceritakan semuanya, Kak Loona mula menasihatkan Jungkook. Dia memegang erat tangan Jungkook.
"Jungkook, Hyeri dah lama pergi. Janji kamu dengan dia, sudah lama dibuat. Kamu berjanji semasa kamu bersama dia. Sekarang dia sudah tiada, semestinya dia pun mahu kamu gembira jalani hidup kamu. Jadi, teruskan la apa yang perlu. Jangan seksa diri kamu seperti ini. Sedih akak tengok kamu macam ni. Hyeri pun mesti sedih tengok kamu macam ini" Kak Loona mengusap lembut tangan Jungkook
Jungkook memandang Kak Loona dan memberikan senyuman tawar. Kak Loona menepuk bahu Jungkook lalu berlalu keluar dari biliknya.
Jungkook telah sedari sesuatu. Hatinya telah beralih kepada Yora. Ya! Yora telah mencuri hatinya.
Jungkook memikirkan semula apa yang dikatakan oleh Kak Loona. Dia menyandarkan kepalanya di sofa lalu memejamkan matanya.
YOU ARE READING
Rahsiaku, Suaramu •JJK [✔️]
Random[COMPLETED] Secara tiba-tiba, menjadi pembantu peribadi kepada pemuzik yang popular ? Nak tahu selanjutnya? . . . Ayuh laa baca bersama ♥️♥️ Please support and vote, tq ♥️♥️