Sejak pemergian Yora, Jungkook menjadi semakin tidak bersemangat untuk menyanyi. Hampir semua konsert dibatalkan dengan alasan tidak sihat.
Ya memang kadangkala Jungkook tidak sihat, tetapi kebanyakannya hanya lah alasan. Dia langsung tidak bersemangat untuk meneruskan konsertnya.
Pelbagai nasihat sudah diberikan oleh Kak Loona dan yang lain tetapi sia-sia. Jungkook bagaikan di dunianya sendiri. Langsung tidak memberi reaksi. Hanya menayangkan muka kosongnya.
"Jungkook, kamu tidak boleh berterusan begini. Semua konsert kamu cancel. Nanti bos marah tahu tak?" Kak Loona menegur Jungkook.
Jungkook yang rimas dengan bebelan Kak Loona lantas bangun dan menuju ke biliknya. Pintu bilik dihempas dengan kuat.
Mereka semua hanya mampu menggelengkan kepala. Tidak tahu cara apa lagi untuk menasihatkan Jungkook.
***
Jungkook menghempaskan badannya ke atas katil lalu merenung siling di atasnya. Kepalanya sarat dengan wajah Yora. Rindunya kepada Yora tidak dapat disangkal lagi.
"Yora, please come back to me"matanya bergenang dengan air mata hanya menunggu masa untuk gugur saja.
Selama seminggu, bukannya dia tidak mahu menelefon Yora. Tetapi tangannya terasa berat. Setiap kali ingin menekan butang dail, pastinya tidak akan terjadi. Dan akhirnya telefonnya menjadi mangsa balingannya.
Bermacam idea yang muncul di mindanya untuk membawa Yora kembali kepadanya. Tetapi langsung tidak dapat dilakukan olehnya.
Janjinya bersama Hyeri la punca segalanya tidak terjadi. Jiwanya terikat dengan janjinya yang dahulu. Walaupun sudah lama perjanjian itu dibuat, tetapi perasaan bersalah mengikat dirinya daripada mendapatkan Yora kembali.
Lama Jungkook merenung siling, kata-kata Kak Loona sebelum ini juga terlintas difikirannya. Hatinya tidak dapat ditahan lagi. Dia tekad untuk membawa pulang Yora untuk kembali disampingnya.
"Maafkan saya Hyeri" katanya perlahan lantas bangun bangun dari baringan. Jungkook mencapai kot dan kunci kereta dan berlalu keluar dari bilik.
Wajahnya kembali cerah dah ceria dengan memikirkan dapat bersama dengan Yora semula. Semua yang berada di ruang tamu memandang Jungkook dengan pelik.
"Dah kenapa dengan Jungkook tu kak Loona?" tnya seorang staff yang sedang duduk bersebelahan dengan Jungkook.
"Ini la Jungkook yang akak kenal"Kak Loona yang tahu apa yang ingin dilakukan oleh Jungkook hanya tersenyum.
♥️♥️♥️
Jungkook memandang kafe dihadannya. Melalui cermin, dia dapat melihat Yora yang sedang mengambil order pelanggan.
Jungkook menarik dan menghembus nafas sebelum melangkah masuk ke dalam kafe itu. Kafe itu serta merta menjadi riuh apabila seorang pelanggan yang sedar akan kehadiran Jungkook. Jungkook mengambil barisannya.
Yora yang sedang leka membuat kerjanya langsung tidak sedar apa yang sedang berlaku dihadapannya. Semua rakannya memandang Yora dan Jungkook bersilih ganti.
Apabila tiba giliran Jungkook untuk membuat order , Yora yang sudah bersedia untuk mengambil order tergamam.
Selepas beberapa detik Yora diam Jungkook bersuara.
"Tanak amik order saya ke?" Jungkook bertanya kepada Yora sambil mengangkat keningnya.
"Eh ha. Nak order apa?" Yora yang tersedar bertanya dengan nada yang agak bergetar.
Perasaanya bercampur-baur. Rasa rindunya terhadap lelaki di hadapannya itu semakin menggunung.
"Saya nak awak"Jungkook memandang Yora dengan pandangan yang redup. Penuh dengan keikhlasan.

YOU ARE READING
Rahsiaku, Suaramu •JJK [✔️]
Acak[COMPLETED] Secara tiba-tiba, menjadi pembantu peribadi kepada pemuzik yang popular ? Nak tahu selanjutnya? . . . Ayuh laa baca bersama ♥️♥️ Please support and vote, tq ♥️♥️