Kim Yora merenung papan iklan yang sedang memainkan muzik video pemuzik terkenal.
"Hensemnya Jungkook" Yora menjadi teruja melihat video yang terpapar di hadapannya itu.
'Memanglah apa yang tertulis di internet tak semuanya benar, tapi saya memang sukakan awak Jungkook' Yora berkata dalam hati sambil matanya masih menatap wajah idolanya itu. Senyuman yang terhias dibibir tidak pudar sama sekali.
"Hei Shin Mina, buat lah sesuatu supaya aku dapat berjumpa dengan Jungkook yang sebenar. Harap-harap dapat berjumpa di sini!" Yora memeluk lengan sahabatnya, Shin Mina lalu menggoyangkan badannya sambil menutup matanya.
"Hei Yora, tengok sana. Kenapa ramai sangat tu eh? Ada artis ke?" Mina menunjukkan jarinya kearah sekumpulan manusia yang sedang berkerumun.
"Huwaaa Yoraa ! Itu Jungkook kan? Yora... Ahhh... Yora dah takda!" Mina terkejut apabila dia berpaling kesebelahnya , tetapi Yora sudah hilang.
•••
Kim Yora pov
"Hei Yora, tengok sana. Kenapa ramai sangat tu eh? Ada artis ke?" aku terus membuka mata apabila Mina berkata begitu.
Aku memandang ke arah yang ditunjukkan olehnya. Alangkah terkejutnya...
'Jungkook? TAK MUNGKIN!'
Aku terus berlari kearah sekumpulan manusia yang sedang berkerumun dekat Jungkook.
Aku sedaya upaya menyelit diantara manusia-manusia yang sedang bertolak sesama sendiri.
Akhirnya aku dapat melepasi semua manusia tadi. Sekarang aku betul-betul dibelakang Jungkook. 'Wah kawalan tak ketat'
'Sekilas pandang pun jadi la. Please Jungkook pandang saya' Aku sangat terdesak untuk mendapatkan pandang olehnya.
"Jungkook, pandanglah saya!" aku menjerit untuk lebih kedengaran kerana banyak suara yang sedang menjerit-jerit.
Tiba-tiba Jungkook berpaling. Dia memandang aku.
Matanya,
Tepat,
Memandang aku
'Tipu...'
"Awak nama siapa?" Jungkook bertanya kepadaku.
"Err... Ahh.... Sa-saya" aku terkedu
'Dia pandang aku, dia bercakap dengan aku. Jungkook yang femes tu...' aku bagaikan mahu menampar pipi aku, tapi niat aku terbatal apabila memikirkan ramai manusia yang sedang memandang aku.
Kedengaran suara manusia disekeliling kami mula berbisik sesama sendiri dan menjerit.
Ada yang memandang aku dengan pandang yang menyeramkan. Jealous maybe hoho~~
"Awak nak tak jadi pembantu peribadi saya?" suara Jungkook kedengaran. Dia masih memandang aku.
'Aku tak salah dengar kan?'
"AH ?"

YOU ARE READING
Rahsiaku, Suaramu •JJK [✔️]
Acak[COMPLETED] Secara tiba-tiba, menjadi pembantu peribadi kepada pemuzik yang popular ? Nak tahu selanjutnya? . . . Ayuh laa baca bersama ♥️♥️ Please support and vote, tq ♥️♥️