3

560 25 0
                                    

"kakak nak pandu ke atau nak Umar pandu sampai rumah?" soal Saif ketika menjemput si kakak di rumah Kak Maya.si kakak berhenti di depan kereta. Jari telunjuk di dagu. Berfikir.

"Umar pandu. Lambat la kakak," akhirnya Saif memberi keputusan. Sudah tahu si kakak pasti akan mengambil masa untuk berbuat keputusan. Namun, si kakak masih belum berganjak dari tempatnya.

"kakak, cepat la!" seru Saif lagi.

"Ya! Ya!" si kakak baru tersedar. Dia membuka pintu belakang.

"terima kasih Umar. Hi-hi. Boleh la kakak baca buku." Selamba tutur si kakak setelah selesa duduk di belakang. Saif buat muka tidak puas hati.

"sebab tu Saif suruh kakak duduk belakang..." Umar hanya senyum. Terasa sedikit janggal dengan layanan si kakak. Baru pertama kali bertemu kakak Saif melayan Umar dengan mesra.

"kakak, semua kawan aku dia layan macam adik dia. Kau tak payah nak malu," ujar Saif setelah perasan dengan reaksi Umar dengan layanan si kakak. Hakikatnya, Umar bukanlah sebaya Saif. 4 tahun lebih tua. Adalah hampir sebaya si kakak. Si kakak pula sudah tidak mendengar perbualan Saif dengan Umar. Dia asyik meneroka buku barunya.

"aku tanya sikit boleh?" entah kenapa Umar sedikit sopan bertanya pada Saif. Mungkin kerana adanya si kakak bersama mereka.

"Tanya apa?" laju Saif balas. Umar senyap. Berbelah bahagi sama ada harus bertanya depan- depan begini atau kemudian sahaja.

"kalau pasal kakak,tanya saja. Dia bukan peduli," tambah Saif.

"sesetengah bukukan ada softcopy. Boleh la kurangkan ruang nanti. Macam dalam kereta?"

"sebab perasaan dapat pegang buku tu lain. Waktu tengok kulit buku, lihat buku masih dalam bungkusan. Kemudian koyak plastik bungkusan. Rasa tekstur kertas serta bau. Pakai softcopy tak rasa semua tu." Suara kakak mencelah. Saif dihadapan turut berpaling manakala Umar hanya curi pandang pada cermin pandang belakang sahaja.

"eh, dengar-dengar kakak." Sahut Saif.

"kakak dengar la sebab kakak belum mula baca lagi. Sayang pula nak bukak plastik ni." Adu Kakak yang masih menilik buku di tangannya.

"meh,Saif tolong koyakkan," dalam baik-baik Saif cuba buat nakal. Tangannya laju mendapatkan buku ditangan Kakak.

Buk! Tangan Saif dipukul Kakak. Saif mengaduh sakit. Kakak sengaja buat begitu kerana tahu tubuh Saif kurus kering tiada isi. Sekali pukul sakitnya sampai ke tulang. Kakak pun sudah kenal dengan perangai Saif. Suka mengusik Kakak. Apatah lagi bila Saif nampak Kakak pegang buku.

"main-main lagi," marah Kakak sambal membelek buku kalau-kalau ada kerosakan selepas alat pemukul tangan Saif tadi.

"baca buku la kakak! Saif nak sembang dengan Umar," dalam banyak-banyak benda Saif cerita pasal Kakak sekarang Umar pasti dengan fakta ini: Saif tetap adik Kakak. Kakak tidak boleh dilawan dan Saif jelas dengan watak adik pada Kakak.

"tengok satu lagi perangai kakak ni, tiap kali nak singgah kedai satu hal. Bila nak beli buku pun kene pantau. Elak beli buku yang bungkus plastic. Nanti feeling la rasa sayang la nak rabak plastic tu. Ada dulu kakak beli buku satu beg macam ni jugak, dia simpan adalah dekat 2 bulan. Last-last aku yang bukak. Awal-awal tu marah la jugak, lepas dah tengok isi buku boleh duduk diam-diam pula," sempat la Saif tambah cerita si kakak.

"pastu macam mana kau control dia jangan beli buku baru?" datang pula perasaan ingin tahu menggebu-gebu dalam hati Umar.

"hmmm..banyak cara juga. Kalau kakak kata dia nak keluar. Umi Tanya dulu dia nak pergi mana. Dengan siapa. Habis semua umi siasat. Kebanyakan kawan kakak semua kene datang mengadap umi. Bukan nak jaga kakak kawan dengan siapa tapi nak kene pastikan kawan-kawan kakak ni tahu habit kakak pasal buku ni. Selalunya umi tak bagi kakak keluar pergi mall. Takut-takut dia curi singgah beli. Tarikan dia kuat sangat macam magnet. Awal-awal dulu pun, kawan dia tak ambik kisah sangat tapi dah selalu sangat, masing-masing dah faham. Akhir sekali, kene tadah telinga dengar umi membebel pula." Bunyi Umi sangat tegas dengan Kakak tapi lebih baik mencegah.

"ingat kau jadi bodyguard dia," tambah Umar sambil ketawa mendengar kisah Kakak.

"memang pun. Setiap kali, kalau kakak keluar sendiri. Sorang-sorang. Aku kene ikut sekali.tapi sekarang bila kerja dekat pustaka tu, kakak dah boleh kawal sikit. Cuma hari ni, mesti kakak rasa dia banyak duit. "

"tak lah. Sebab buku ni dah lama kakak cari." Suara si kakak mencelah.

"kakak!" Saif menjerit. Terkejut. Umar hanya geleng kepala. Dua beradik ini tidak malu-malu bergaduh depan Umar.

"ehehe. Kakak tak baca buku la, dik. Kakak dengar." Kakak buat muka tebal. Satu sahaja perangai Kakak tiada perasaan bila orang berbicara tentang dia.

"kakak ni perasaan dia semua masuk dalam buku. Kau cakap pasal dia depan-depan pun dia buat tak tahu," lagi sekali Saif menerangkan perangai Kakak pada Umar. Umar tidak sempat kira perangai yang disebut Saif ini ditambah senarai yang keberapa.

"ok la tu." Umar seakan menyokong kakak pula.

"kau nak balik terus ke?" Saif menukar topik sebaik sahaja Umar masuk ke perkarangan rumahnya.

"balik la." Jawab Umar sambil bukak seat belt. Mendengar soalan Saif terasa lenguh satu badan. Dia ingin balik dan rehat.

"terima kasih Umar. Kakak minta maaf susahkan Umar. Adik kakak ni phobia belum hilang terpaksa la suruh Umar pula." Ujar si kakak sebelum masuk dalam rumah. Saif pernah kemalangan, teruk sampai ke ICU, bila sedar dia jadi takut bawa kereta. Kata doctor Penangan kemalangan yang dahsyat menyebabkan Saif sangat takut untuk memandu. Motor apatah lagi.

"sama-sama. Tak ada masalah." Balas Umar. Senang dia berbicara dengan kakak.

"ha-ha. Lepas ni kau jadi mangsa bila kakak malas nak hantar aku nanti. Disuruh kau bawa kereta ni amik dan hantar aku," berbeza dengan reaksi Saif.

"ok, nanti jumpa lagi. Aku balik dulu. Assalamualaikum." Umar malas memanjangkan isu tersebut. Dia juga sudah penat. Rumahnya di taman sebelah rumah Saif. Saif hanya melihat sehingga bayang-bayang Umar hilang dari pandangannya.

Kisah Kakak berakhir begitu sahaja tanpa ada kesimpulan atau penutup dari Saif. 

Kakak Si Pencinta BukuWhere stories live. Discover now