Kakak menghirup teh yang disediakan. Dia mengambil masa sebenarnya. Kakak masih belum berpuas hati dengan latar belakang Umar. 'itu je ke kakak nak tahu?'
Kakak letak cawan teh di atas piring. Berfikir. Mencari idea. Dia perlukan masa lagi untuk kenal Umar. Umar boleh kenal dirinya diri pergi ke futsal sampai balik dan Kakak ingin guna pendekatan yang lebih kurang sama. Kakak memandang hadapannya. Rak buku. Tiba-tiba sahaja dia bangkit di tempat duduknya. Idea sudah datang. Saif pula sudah tidak senang duduk sambil berharap Kakak tidak akan buat sesuatu yang pelik.
Tenggelamnya Kapal Van der Wijck. Novel kegemaran Kakak. Dia menarik novel tersebut. Tidak ramai yang baca karya Hamka. "pernah nampak judul buku ni?" soal Kakak pada Umar.
Umar kaget. Dia merenung kulit buku novel yang dipegang Kakak. Tenggelamnya Kapal Van der Wijck. Hamka. Dia kurang membaca buku sebenarnya dan hatinya mula berdebar-debar. Adakah Kakak cuba mengujinya? Umar berbelah bahagi. Adakah patut dia mengaku dengan jujur atau menipu? Dengan lambat, Umar hanya menggeleng. Pasrah.
Dia hanya mendengar nama Hamka tetapi dia tidak tahu Hamka adalah seorang penulis. "novel ini menarik ditulis oleh Ulama Indonesia. Novel cinta tak kesampaian antara Hayati dan Zainudin. Macam cinta dua darjat pun ada. Menarikkan?" Sambung Kakak. Umar diam. Masih belum memahami apa yang ingin Kakak sampaikan.
"saya bukan nak suruh Umar baca novel ni tapi saya suka dengan pemikiran penulis. Menulis novel cinta tapi ada maksud tersirat yang ingin dia sampaikan. Hamka menulis pada tahun 1939, zaman negara kita masih belum merdeka. Bayangkan seorang Ulama menulis novel pada ketika itu. Novel cinta pula. Mengkritik tentang adat minang yang bercanggah dengan Islam. Kalau sekarang, zaman moden semua jadi tapi waktu zaman orang belajar kitab kuning," tambah Kakak lagi. Umar senyum.
"sama macam dengan komik Doraemon. Kakak pernah tengok kartun atau baca komik Doraemon?" kini giliran Umar membalas hujah Kakak. Kakak senyum dan angguk. Saif hanya terlopong. Langsung tidak memahami diskusi antara Kakak dan Umar.
"pertama, watak Doraemon lahir pada lewat tahun 1960-an. Kalau ikut sinopsis komik Doraemon, Doraemon adalah Robot kucing datang dari masa depan. Bila Nobita ada masalah Doraemon akan keluarkan segala alat canggih dari poket ajaibnya untuk bantu Nobita. Zaman tu, orang tengah sibuk nak hasilkan komputer yang sebesar bangunan. Kedua, pencipta watak Doraemon ni sangat kreatif sebab dia boleh terfikir untuk reka watak seperti itu dan segala macam alat canggih yang sangat logik untuk imaginasi kanak-kanak," bersungguh Umar memberi ulasan. Kakak ambil novel kedua sambil mendengar penerangan Umar. Senang.
Kakak kembali duduk dan menunjukkan tajuk novel kedua pilihannya. Cintaku Luruh di Oxford karya Noor Suraya dan Imaen. Umar dan Saif rasa hampir tercekik melihat ketebalan novel tersebut.
"novel ini dikarang oleh dua orang penulis. Kak Su dan Imaen. Mereka ni suami isteri. Antara dua penulis kesukaan saya. Baca novel ini, saya boleh bezakan gaya penulisan Kak su dan Imaen. Walaupun tebal tapi tak meleret berbanding novel lain yang saya baca. Padat dengan segala ilmu pengetahuan seperti polititk, pendidikan dan economi. Paling penting, saya suka gaya bahasa yang digunakan dalam novel ni. Ringan dan mudah difahami," Umar dan Saif pegun melihat Kakak yang bercahaya bercerita tentang novel ditangannya. Saif tidak pernah melihat Kakak sangat teruja bercerita tentang buku dan Umar mula yakin dengan cerita Saif tentang Kakak nampak buku menari-nari di kedai buku sebelum ini.
"Umar, kau nampak apa yang aku nampak?" Mata Saif tidak berkelip.
"kenapa kau macam pertama kali nampak Kakak macam ni?" soal Umar pula. Saif buat muka tidak puas hati. Dia juga yang terkena.
"sebab aku tak pernah tengok sisi dia yang ni," Saif tetap menjawab.
"Saif nak cuba baca novel ni?" selamba Kakak bertanya. Mungkin ingin mengalih perhatian mereka.
"terima kasih daun keladi la Kakak. Saif dah serik kena paksa baca buku masa sekolah dulu, Cukup dengan baca komik Detektif Conan untuk puaskan hati Kakak," Saif menolak. Umar gelak. Dia tidak pasti adakah Kakak cuba bergurau atau serius. Riak wajah Kakak sangat bersahaja.
"komik macam Detektif Conan pun bagus. Ada ilmu juga. Ilmu menyiasat dan meningkat daya pemikiran kritikal. Bukan senang nak kenal pasti kes pembunuhan terancang atau bunuh diri. Tapi yang tak logik cepat pula dia tangkap suspek kes tu," sampuk Umar. Saif terlopong mendengar.
"aku pun baca juga komik tu," tambah Umar. Kakak masih senyum. Keyakinan dia kini bertambah 50 peratus apabila mendengar ulasan Umar. Umar tahu mengawal keadaan walaupun topik yang mereka bincangkan berkenaan buku. Kakak boleh nampak Umar jenis orang yang kurang membaca tetapi tahu memberi reaksi apa sahaja yang bincangkan. Ilmu pengetahuan ni luas dan boleh diperolehi dari pelbagai sumber. Barangkali sumber Umar adalah melalui audio, siapa tahu.
YOU ARE READING
Kakak Si Pencinta Buku
General Fictionmungkin merisik tanpa sengaja? jodoh yang datang bukan kerana paras rupa tetapi kena paksa mendengar omelan si adik tentang perangai dan sikap kakak yang dikasihi.