5

476 24 0
                                    


Kakak diam tunduk. Tunduk bukan sebab malu tapi berfikir. Sebelah kanannya ada Umar. Sebelah kiri ada Saif jadi peneman. Mereka kini berada di ruang bacaan. Ibu bapa Kakak dan Umar berada di ruang tamu. Kakak sudah meminta izin untuk bercakap dengan Umar dengan syarat Saif juga bersama mereka.

"kenapa ajak Saif? Saif tak da kaitan pun, kak," itu yang dirungutnya. Konon tak mahu campur urusan mereka berdua. Dia tak faham kenapa harus terjebak dengan hubungan Kakak dan Umar.

"sebab kau puncanya. Jadi kau duduk diam-diam. Pasang telinga. Mata tengok." Umar menjawab bagi pihak Kakak. Dalam diam Kakak setuju dengan kata-kata Umar. Betul, Sebab Saif yang banyak cerita pasal Kakak perkara ini terjadi. Seolah-olah Umar mahu menyalahkannya tapi Umar sebenarnya sangat berterima kasih. Cuma, dia mahu Saif menjadi saksi jika perhubungan ini berlaku.

Diam. Umar menunggu patah bicara dari Kakak. Sementara menunggu patah bicara keluar dari mulut Kakak, Umar memerhati ruang bacaan yang agak menyenangkan. Pertama kali Umar menjejaki ruang dalam rumah Saif. Selalunya di hanya singgah sekejap hantar Saif. Saif pun tidak pernah mengajak Umar masuk. Jadi, benarlah apa yang diceritakan Saif. Setiap sudut dinding ruang bacaan tersusun dengan buku. Setiap sudut dihias dengan rekaan rak buku yang berbeza tapi ringkas. Mereka sekarang duduk ditengah ruang. Hanya ada dua sofa tunggal yang diduduki oleh Umar dan Kakak. Saif duduk di atas bangku tambahan.

"kakak..cakaplah. Saif ada teman kakak," pujuk Saif setelah melihat Kakak yang masih tak mampu berbicara. Kakak memandang Saif. Rasa sedikit tenang. Betul, tiada apa yang mahu ditakutkan. Saif sudah ada menemaninya. Kakak senyum. Kakak mengambil nafas dalam-dalam.

"erm...boleh saya tahu kenapa Umar pilih saya? Pertama kali kita jumpa pun waktu tolong bawa Saif main futsal, kan?" Kakak berhati-hati bertanya. Umar senyum. Saif pula menahan diri dari ketawa. Dia terasa pelik dengan perubahan Kakak yang sedikit formal bercakap dengan Umar.

"ya, sebab pertama kali. Kalau Kakak masih ingat sepanjang perjalanan ke futsal sehingga balik ke rumah, Saif banyak bercerita pasal Kakak. Saya pernah dengar bahawa untuk mengenali seseorang itu kenal melalui orang yang paling rapat dengannya. Saya rasa saya sudah cukup kenal Kakak melalui Saif," tenang sahaja Umar menjawab. Kakak memandang Saif dengan perasaan geram. Saif yang turut mendengar turut terkejut. Dia memandang Kakak. Sengih. Dalam hatinya ada sedikit rasa bersalah.

"saya yakin Kakak mesti pernah membaca kisah Khadijah isteri Rasulullah melamar baginda. Sebelum Khadijah melamar, Khadijah mengambil langkah dengan menghantar Maisarah untuk mengenali watak dan peribadi Rasulullah. Itulah peranan Saif, saya yakin Saif adalah saudara yang paling rapat dengan Kakak tidak akan menipu tentang diri kakak. Malah saya sendiri melihat hubungan kakak dengan Saif adalah hubungan adik beradik yang normal. Mesra dan kadang-kadang bergaduh juga," tambah Umar. 

Mahu sahaja tangan Kakak menghempuk si adik ini. Gatal bercerita pasal dirinya pada lelaki dihadapannya kini.

"maaf, kak. Saif pun tak tahu kenapa mulut Saif gatal cerita pasal kakak pada Umar,"

"Tapi saya rasa tidak adil sebab Umar dah kenal saya tapi saya tak kenal pun Umar," lemah si kakak menjawab. Dia tidak mahu menolak mentah-mentah begitu sahaja. Susah-susah lelaki ini datang bawa keluarga bersama. Ini bermakna Umar benar-benar serius melamarnya.

Pagi tadi, Umi memaklumkan bahawa temannya akan datang ke rumah selepas zohor. Namun, tidak seperti selalu kerana Umi masuk biliknya dan duduk berbicara dengan Kakak.

"kakak, orang yang datang nanti ada kaitan dengan Kakak," beritahu umi. Waktu itu dia sedang membaca buku tangan umi menahan buku yang dibacanya. Cuba menganggu perhatian Kakak pada bacaannya.

"apa dia umi?" Baru Kakak perasan perubahan wajah Umi yang serius.

"kalau ada yang suka pada kakak, kakak mahu?" terkedu. Tiada jawapan dari Kakak. Hanya pandangan kosong diberikan pada Umi.

"tak apa. Umi nak kakak bersedia. Jangan takut-takut." Umi menepuk-nepuk tangan kakak. menenangkan Kakak. Umi keluar bilik. Kakak masih bingung. Huh? Ada orang datang merisik Kakak ke? Sungguh dia keliru.

"sebab itu saya ikut kata kakak, berbincang di sini. ajak Saif bersama," jawapan balas dari Umar mematikan lamunan si Kakak.

"saya kenal Saif hampir 3 tahun. Cuma setahun kebelakangan ini sahaja kami jadi rapat. Baik. Baru-baru ini sahaja saya baru tahu Saif tinggal sebelah taman saya. Jadi keraplah kami pergi bermain futsal bersama. Selalunya dia menumpang kereta saya. Senang. Kebetulan hari tu kereta saya masuk bengkel, jadi Saif beri cadangan untuk tumpang kereta Kakak. saya tahu, Saif ada seorang kakak tapi saya tak pernah jumpa kakak dia iaitu awak, KAKAK," panjang pula muqaddimah dari Umar. Kakak hanya mendengar.

"Umar,nama kakak Leny Aliah," sampuk Saif setelah lama diam mendengar. Dia baru sedar Umar tidak tahu nama sebenar Kakak. Umar tergelak kecil dan mengangguk. Sebenarnya dia ingin tahu nama Kakak tetapi tidak tahu bagaimana cara. Sekali lagi dia berterima kasih pada Saif.

"jadi, sekarang ni kakak tak nak kenal Umar?" Tambah Saif.

"itu yang aku cuba sampaikan. Thanks, Bro," sokong Umar. Lega. Bantuan Saif sangat dihargai. Umar sudah berkenan Saif jadi adik iparnya. Serasi.

"nama dia Umar. sebaya dengan adik kan?" Kakak menjawab sepontan. Saif tepuk dahi. Umar ketawa lagi sekali.

"Kak Leny, Saif rasa Saif tak da pun cakap dia sama umur," jawab Saif dengan nada perli. Aduh, kakak ni.

"saya rakan futsal Saif. Beza umur saya dengan Saif adalah 4 tahun. Mungkin kami rasi bermain bersama. Ramai sangka kami kawan sebaya," jelas Umar.

"sebaya dengan kakak. bukan Saif," tambah Saif.

"jadi, Umar sudah bekerjalah ya?" kakak menutup malu dengan bertanya soalan lain. Umar angguk. Dia mula menceritakan latar belakang dirinya. Kerjaya Umar berbeza dengan Kakak. Umar adalah seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat pembentungan. Dia beruntung dapat bekerja di tempat asalnya dan tinggal bersama keluarga. Umar anak ketiga dari lima adik beradik. Kakak sulungnya sudah berkahwin dan abangnya pula bekerja di luar negeri. Dua adik perempuannya pula masih belajar, seorang masih di Uitm dan seorang lagi di asrama penuh. 

Kakak Si Pencinta BukuWhere stories live. Discover now