4

531 23 2
                                    

Dua minggu berlalu. Fikiran Umar terfokus pada Saif dan Kakak. Dua minggu kerjanya sedikit lari. Dua minggu lenanya terganggu. Dua minggu juga dia mengelak dari Saif. Malah dia juga ponteng bermain futsal setiap hari rabu. Bila Saif tanya, macam-macam alasan dia bagi. Sibuk kerja. Kene buat OT. Penat. Sakit badan. Urusan keluarga.

Umar sendiri tidak pasti kenapa hati dan fikirannya tidak mahu bekerjasama. Entah kenapa dia asyik teringatkan Kakak. Kalau dari cerita Saif, banyak kekurangan dari kebaikan Kakak. Apa yang istimewa tentang Kakak? Umar masih mencari-cari jawapan. Atau Saif sebenarnya cuba mengumpannya? Atau Saif ada bacakan ayat pengasih? Kalau betul, ini memang gila.

Tapi kalau Saif buat begitu apa yang dia dapat? Terang-terang dia banyak bersungut tentang Kakak sukakan buku. Banyak benda yang dia tidak puas hati. Dari awal perjalanan mereka ke gelanggang futsal sampai mereka pulang. Malah Saif sendiri tidak selesa untuk dedahkan perangai Kakak sebenarnya. Kalau ikut pandangan Umar, Saif tidak suka dengan perangai pelik Kakak. Saif pun. Malah macam menghasut Umar supaya jangan suka atau terima perangai pelik Kakak pun ada.

Itu Saif. Kakak pula, apa yang menarik tentang dia? Otak Umar bekerja keras. Kejadian dua minggu lepas adalah waktu pertama kali Umar bertemu dengan kakak Saif. Dalam waktu itu juga baru dia tahu, Saif ada seorang kakak dan dia hanyalah dua beradik. Kakak tidak seperti kakak Saif, kalau Umar terserempak dengan diluar tanpa Saif. Kalau yang tidak mengenali Kakak mesti ingat Kakak adalah kekasih Saif.

Umar mengambil buku nota. Dia menyelak helaian muka surat yang kosong. Dia mencapai pen. Dia cuba menyenarai perangai pelik Kakak yang pernah diceritakan Saif.

1) Selain ulat buku, Kakak adalah seorang bibliophile. Umar baru terjumpa terma ini beberapa hari lepas. Ini bermakna, Kakak seorang yang suka mengumpul dan mencintai buku serta gemar membaca. Buktinya adalah kereta Swiftnya penuh dengan buku.

2) Kakak bekerja di perpustakaan negeri. Mungkin sebagai pustakawan atau pegawai arkib. Umar tidak pasti skop kerjaya seorang pustakawan. Kerjaya ini tidak popular tetapi Umar rasa ia sesuai untuk Kakak.

3) Kakak belajar Bahasa Arab. Jadi Kakak menguasai tiga Bahasa. Bonus untuk Kakak. Umar tidak tahu Kakak fasih Bahasa Arab atau tidak. Yang pasti, Saif ada memberitahu Umar Kakak ada Ijazah Bahasa Arab.

4) Walaupun Kakak tidak mahir memasak tetapi Kakak bekerja keras untuk mempelajari resipi baru. Bagi Umar tidak mengapa kalau Kakak tidak pandai buat kerja rumah. Sekurang-kurangnya Kakak ada kemahiran asas iaitu memasak. Lagipun, Umar pun bukanlah cekap memasak.

5) Kakak tidak mempunyai teman istimewa (ini hipotesis Umar). Kalau Kakak asyik dengan buku, mana mungkin Kakak ada masa untuk pergi 'blind date'. Umar yakin susah untuk mencari lelaki yang sukakan buku.

Umar berhenti menulis. Lima perkara tentang Kakak. Umar membaca lagi senarai tersebut. Perkara yang kelima buat jantung Umar tiba-tiba berdebar.

'bila ingat perkara kecil tentang dia bermakna kau suka dia,'

Umar tidak pasti siapa pernah ucapkan. Umar memegang dadanya. Mungkinkah dia sudah sukakan Kakak? Saif, apa yang kau dah buat?

Sekarang, selesai Jemaah maghrib bersama Baba dan Mama. Umar mengalih posisi. Menghadap kedua ibu bapanya. Mama perasan dengan tingkah Umar. Baba pula sedia untuk mulakan tilawah. Ada apa dengan Umar malam ini?

"mama.."

"baba..." lambat suara Umar keluar. Umar menggengam tangannya erat. Hatinya berdebar. Baba berhenti mencari surah untuk dibaca. Mengangkat wajahnya. Mama sudah memandang lurus pada Umar.

"Umar rasa Umar dah jumpa my soulmate, ma," ujarnya sedikit lega. Umar sedar bukan senang untuk meluahkan perasaan dihatinya.

"I want to married her,baba," tambahnya pada Baba. Baba tutup mushaf ditangan. Baba pandang mama. Mama pandang Baba.

"siapa?" mama bertanya setelah lama berdiam. Baru Umar sedar dia tak tahu nama sebenar kakak Saif. Umar ketawa dalam hati. Nak melamar anak orang tetapi nama betul pun dia tidak tahu.

"anak mak cik Ramlah. Kakak Saif," jawab Umar laju. Soalan mama bagai memberi harapan positif. Mama pun kenal Umi Saif. Mereka berjiran. Saif pernah bawa Umi dan Ayahnya datang ke rumah Umar. Jadi, Mama pernah bertemu Umi Saif.

"dia tahu?" Tanya Baba. Umar geleng.

"mama, tolong bagitahu mak cik Ramlah dan bincang ya," Umar seakan memujuk Mamanya. Berharap.

"inshaALLAH." Jawab Mama.

"hujung minggu ni, ma?"

"sabar," baba jawab. Umar sengih.

"terima kasih, ma. Terima baba." Umar menganggap pihaknya selesai. Mama dan Baba bagai beri lampu hijau. Cuma dia perlu tahu bagaimana reaksi si Kakak Saif. Dalam hati, dia berdoa semoga urusan dipermudahkan. Bukan senang untuk dia mengambil keputusan ini. Umar yakin dengan rasa hatinya kini. 

Kakak Si Pencinta BukuWhere stories live. Discover now