06

17 3 2
                                    

FLASHBACK

10 tahun lalu...

PAKKKK!

"Kau jangan kurang ajar dengan aku, budak! Omma kau tu BODOH kau tahu tak?! B-O-D-O-H!" ujar lelaki itu sambil menunjal-nunjal kepala budak yang tidak bersalah itu.

Budak itu hanya mampu meraung dan menitiskan air matanya kerana diperlakukan sebegitu. Dipukul tanpa henti dan tiada belas kasihan.

"Kau ingat aku nak sangat jadi appa kau?! HAHAHAHAHA! Aku nak bagitahu kau satu benda kat kau budak"

"Omma kau tu cinta gila kat aku. Sampai satu tahap dia sanggup tinggalkan suaminya untuk kembali ke pangkuan aku."

"Appa kau tu pun sengal jugak en? Macam tu je dia ceraikan omma kau. Kuasa bomoh la kan. Diaorang memang tak tahu selama ni aku guna bomoh untuk dapatkan balik omma kau."

Budak perempuan itu nampaknya terkejut dengan pengakuan lelaki itu. Memang selama ini ommanya tak bersalah. Dia tak bersalah!

" Dan kau jangan sesekali bagitahu siapa2 hal ni kat orang lain termasuk omma kesayangan kau."

"Ingat, kalau kau nak selamat, kau mesti buat apa yang aku minta. Jangan sekali-kali kau ingkar arahan aku. Walaupun depan omma kesayangan kau. Faham tak, budak?!"

"Kalau tak, bersedialah kau dengan neraka buatan aku. Nyawa kau dengan omma kau ada di dalam genggaman aku " katanya dengan memberikan senyuman jahat.

Budak itu hanya mampu mengangguk perlahan. Lelaki itu merangkap bapa tirinya menolak kasar badan kecilnya jatuh ke lantai yang sejuk.

Setelah bapa tirinya berlalu pergi, dia memberanikan diri untuk lari dari rumah itu buat sementara.

Dengan segala kudrat yang bersisa, dia berjaya meloloskan dirinya keluar melalui tingkap biliknya.

Dia ingin menuju ke satu destinasi yang membuatkan dirinya tenang seketika. Pantai.

Budak itu akhirnya terduduk di atas pasir pantai.

Mengenang nasib dirinya diperlakukan sebegini. Keluarganya mula retak semasa umurnya 5 tahun lagi.

Dia dan abang kandungnya terpisah kerana abangnya terpaksa mengikut appanya dan dia sebaliknya terpaksa mengikut ommanya. Sungguh dia amat memerlukan seseorang berada di sisinya sekarang.

Dua tahun selepas itu, ommanya berkahwin pula yang dahulunya bekas teman lelakinya sebelum bernikah dengan bekas suaminya.

Dia ingatkan adanya appa baru yang selalu berkelakuan seperti bapa mithali dapat mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.

Nampaknya selama ini dia hanya bermimpi indah. Sekarang, dia mula rindukan appanya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya sekarang.

Pada masa yang sama, ada seorang budak lelaki yang memerhatikan dia selama ini. Dia amat kasihan dengannya kerana hampir setiap malam dia hanya menangis di tepi pantai. Tidak pernah dia nampak budak perempuan itu tersenyum gembira.

Kakinya mula melangkah dan memberanikan diri mendekatkan dirinya dengan budak perempuan itu tadi.

Budak lelaki itu menyelimuti si dia dengan kain yang dibawanya. Dia sudah agak setiap malam dia akan ke pantai tidak mengira cuaca sejuk atau panas.

Budak perempuan itu nampaknya terkejut dengan tindakan budak yang dia sendiri tidak kenali latar belakangnya.

"Awak okay ke? Kalau awak ada masalah, awak boleh je bagitahu saya. Mana tahu nanti saya tolong awak. Janganlah nangis lagi." katanya manis.

Budak perempuan itu segera menyeka air matanya. Dia pun menoleh ke arah budak lelaki yang boleh dikatakan 'gentleman' untuk dirinya.

"Saya okay je. Awak ni siapa? Awak bukannya siapa2 pun bagi saya. Dan jangan kacau saya lagi lagipun saya bukannya kawan awak." jawabnya kasar. Trauma dengan orang2 yang baru sahaja dia kenali walaupun dia seorang budak kecil.

"Sayalah kawan awak. Hi, selamat berkenalan! Nama saya Jung  Jaehyun. Kalau awak ada masalah, jangan lah malu bagitahu ek? Saya kawan awak tau." katanya riang sekali sambil menghulurkan tangannya kepada budak perempuan itu tadi.

Budak perempuan itu kelihatan takut untuk membalas salamnya. Tapi, jauh dari sudut hatinya, dia ingin mengenali budak lelaki di hadapannya.

Lagipun, tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya di sekolah kerana selalu kelihatan nerd dan tak lupa juga, dia pun seringkali dibuli teruk oleh rakan-rakannya sendiri di sekolah.

"Cepatlah! Tangan saya dah penat ni. Sakit tahu tak." adu Jaehyun. Budak perempuan itu akhirnya meletus juga tawanya.

Tanpa berfikir panjang lagi, dia pun membalas salam pengenalannya dengan budak asing bernama Jaehyun. Tak lupa juga satu senyuman manis dihadiahkan kepadanya kerana sudi menjadi temannya.

"Urmmm. Nama saya Hayeon. Park Hayeon imnida."





















Who Are You? Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang