Hari pertama di universiti hanya ditemani Zulfathi. Dialah yang tolong mengangkut segala barang keperluan, dialah juga yang menemani dari mula mendaftar hinggalah ke pintu bilik asrama. Bila orang tanya, yang dijawabnya, 'abang'.
"Thanks." Nunu senyum memandang Zulfathi.
"It's nothing la. Study well." Zulfathi gosok kepala Nunu.
"You juga. Tengah final semester, kan?"
"Yup. I ada terfikir nak sambung kat luar kalau you balik Madrid. Guess that I kena batalkan niatlah dah you masuk universiti sini aje," sengih Zulfathi.
"Dekat dua tahun I kat sana. You don't want to know the story. I lebih rela duduk sini. At least dekat dengan abang-abang I. And dekat dengan you."
"Sweet talker. Mana belajar ni?" Kerut dahi Zulfathi.
"Youlah mengajar!" ketawa Nunu.
"Eee... Jangan belajar benda tak elok daripada I boleh tak?"
"Sweet talker tu tak elok ke?"
"Nanti you guna tu nak mengurat anak orang lain pula. Mengurat I aje cukup," sengih Zulfathi. Nunu pecah tawa.
"Dahlah. I nak rehat. Kejap lagi pukul lima ada orientasi."
"Alright. Anything, call aje I terus. I datang. Okey?"
"Alright, boss!"
"SEMUA pelajar semester satu diminta turun ke tennis court sekarang juga!" Bunyi suara melalui pembesar suara itu mengejutkan Nunu daripada tidurnya. Ajda dan Dalila turut sama baru terjaga daripada tidur.
"Weh! Dah pukul limalah!" Ajda bergegas bangun dari katilnya dan terus menyarung tudung.
"Eh, kau orang dah solat asar ke?" tanya Nunu.
"Belum! Kita turun ajelah dulu. Kejap lagi kita minta nak solat," cadang Dalila.
Nunu mengangguk dan cepat-cepat mencuci wajahnya di bilik air. Getah rambut ditarik dari lengan dan terus diikat rambutnya sebelum menyarung kasut sukan dan bergegas turun ke gelanggang tenis.
Kelihatan orang lain semua sudah beratur di gelanggang. Hanya dia, Dalila dan Ajda yang terlewat.
"Hah three musketeers tu! Sini ke depan!" jerkah fasilitator yang bertugas. Pucat terus muka Ajda dan Dalila. Nunu muka langsung tidak beriak.
"Kenapa lambat?" Di hadapan semua orang, mereka bertiga disergah.
"Tertidur," jawab Ajda.
"Kenapa orang lain boleh bangun, kau orang bertiga tak boleh?!"
"Alarm tak function," jawab Nunu yang berada di hujung sekali antara mereka bertiga.
"Apa? Alarm tak function? Kau nak aku jadi alarm kau ke tolong kejut? Eh, jawapan basi tak payah guna kat sini eh." Fasilitator bernama Hanan itu meninggi suara.
Nunu hanya merengus. Bagi tahu benda betul pun kena marah.
"Muka cantik, tapi perangai kurang ajar." Nunu segera berpaling memandang seorang fasilitator perempuan yang duduk di atas pentas. Dua tiga orang fasilitator lagi sudah tersengih-sengih.
"Kalau berterus terang tu dikatakan kurang ajar, takkan nak saya belajar menipu pula?" Tinggi suara Nunu untuk beri telinga fasilitator di belakang itu mendengarnya.
Hanan segera mendekati Nunu dengan dahi berkerut.
"Kau mulut macam tempoyak sangat kenapa?! Ada aku cakap kau kurang ajar ke?" Rapat sungguh Hanan dengan dirinya.
YOU ARE READING
DIA TROUBLE MAKER - NURUL AIN SYUHADA
RomantizmSelepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua-dua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan p...