Kalau pelajar fakulti fesyen pun ada sekali, memang vogue cerita dia. Nunu hanya membiarkan mereka menyarung baju kertas yang mereka buat daripada surat khabar.
Apabila gilirannya tiba untuk melangkah di tengah-tengah himpunan pelajar, dia hanya berjalan memandang ke hadapan. Ashraf selaku penghulu yang duduk di tepi memandang Nunu tidak berkelip.
Amira dan tiga orang lagi pelajar perempuan di dalam kumpulan 21 hanya menjeling-jeling. Menyampah dengan Nunu. Disangkanya Nunu ini sengaja cari perhatian.
Orientasi itu berakhir dengan tarian 'jambatan goyang-goyang' dan kesemua pelajar dibenarkan pulang ke bilik.
"Bernanah telinga aku hari ni, Nu," adu Ajda.
"Kenapa?" Nunu tarik stoking keluar dari kakinya.
"Mulut ular-ular tu la. Semua tak puas hati dengan kau. Dengki sangat apa hal entah," rengus Ajda. Tudungnya kemudian ditarik keluar.
"Biarlah. Aku dah biasalah dengan benda-benda ni semua."
"Tapi kau berani kan?" Dalila duduk bersila di atas katil Nunu sambil memandang Nunu mencapai tualanya.
"Kau kena berani tegakkan apa yang betul. Jangan bagi orang pijak kepala. Faham?" sengih Nunu dan berlalu ke bilik air yang dikongsi dengan bilik sebelah.
ORIENTASI tamat dengan jayanya. Mulalah si junior mencari abang-abang fasilitator idola. Yang mereka rasa handsome-nak-mati waktu kendalikan program orientasi. Dia tak tahu yang stok triple handsome tu tengah sedap berdengkur di dalam bilik, sibuk main game, atau buat kerja sambilan.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah untuk tiga hari sebelum kelas bermula. Tapi Nunu memilih untuk tinggal di asrama. Buat apa balik rumah kalau rumah itu sudah 'kosong'.
"Aina," panggil satu suara dari belakang. Nunu menoleh.
"Tahniah dah tamat orientasi." Coklat Cadbury dihulurkan Hanan.
"Orientasi aje pun." Coklat itu tidak disambut.
"Come on la. Stop berlagak boleh tak?" Hanan ini pantang betul bila dicabar begini.
"Saya tak berlagak. Saya cuma tak kuasa nak layan."
"Cuba respect sikit senior kau."
"So, that you can disrespect me?"
Alamak ai, pakai bahasa Inggeris pula minah ni.
"Kau kena ingat, kau duduk kat tempat orang."
"Sama juga dengan you. This ain't your place. Ini universiti punya."
"Aku boleh buat macam-macam dekat kau sebab aku senior kau tau tak?" ugut Hanan yang mulai hilang sabar.
Nunu hanya senyum. Coklat tadi disambut di sisi lengan Hanan. Barulah keluar senyuman lega Hanan. Tahu takut.
Plastik coklat dikoyak.
"You have something on your neck," kata Nunu. Terus Hanan menunduk ke bawah untuk melihatnya. Dek coklat itu masih beku entah mana lelaki ni beli, terus ia dihentak kuat ke kepala Hanan dan terus terpatah. Nunu sengih bila Hanan ternganga mendongak.
"Thanks." Bukan perlahan tau dia hentak. Faham kan bila coklat keras tu macam mana? Hanan tak dapat kawal kesakitan di kepala dan dia cepat-cepat menggosok kepalanya dengan dahi berkerut-kerut.
Nunu beredar sambil mengigit coklat yang sudah patah itu. Hanan genggam penumbuk.
BOLEH dikatakan setiap minggu Zulfathi akan datang ke hostel Nunu untuk bawanya keluar. Kadang-kadang Nunu sendiri akan mengambil bas untuk ke kubur kedua-dua abangnya. Ibu bapanya tidak dijengah.
YOU ARE READING
DIA TROUBLE MAKER - NURUL AIN SYUHADA
RomansaSelepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua-dua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan p...