BAB 6

458 13 0
                                    

Nunu tarik apron McDonald's dari pinggangnya. Dia tersenyum melihat mesej Dalila dan Ajda di grup WhatsApp.

Dalila: Aku rindu kau ajar aku. Aku dah tepu gila ni!

Ajda: Aku perlukan kau, Nu!

Nunu: Hahaha... Kau orang boleh punya. Good luck, babies.

Ajda: Kau boleh tolong teman kita orang belajar tak?

Nunu: Aku kena kerjalah, babe. Tapi aku try tengah malam bila aku free.

Dalila: Tak payah la macam tu. Kau pun kena rehat juga.

Ajda: Sorry, Nu. Tapi aku rindu gila kau!

Nunu: Kejap aje kau orang dah last semester.

Ajda: Hm... Kalau tak, kita dah boleh grad sama.

Nunu: Hehe. Tak apa. Tak ada rezeki aku. Study smart. Love you.

Dalila: We love you more baby girl!

Nunu: Aku nak pergi kerja ni. Bye!

Sudah jam 11 malam. Dia segera menuju ke 7-Eleven dan menukar uniform. Dia terus ke bilik belakang dan meminta kawannya tolong 'cover' dia untuk beberapa minit.

Dia tarik tudung hitam untuk mengambil wuduk. Sejak berhenti dari universiti, dia berjinak sendiri membeli tudung dengan saki-baki duit simpanannya. Dengan duit itu juga dia pergi mencari kerja.

Susah betul budak lepasan SPM nak dapat kerja yang lebih elok daripada part-timer. Ke dia yang tak pandai cari?

7 pagi baru dia pulang ke rumah. Tubuhnya sudah letih dan lesu. Tapi dia masih belum boleh rehat. Dia menyediakan sarapan pagi untuk Auntie Ma, Uncle Adam dan anak-anak mereka.

Pelik bila tiada suara pun kedengaran di dalam rumah itu. Masih belum bangun ke? Nunu menghidang nasi goreng, telur goreng, hot dog, roti bakar, sos cili, mayones dan beberapa potongan timun dan tomato.

Jarum jam sudah berganjak ke angka 8 pagi. Tapi masih tiada tanda-tanda mereka hendak turun.

Nunu panjat tangga ke tingkat atas. Dia ketuk beberapa kali pintu bilik Auntie Ma dan Uncle Adam, tapi tidak bersahut. Dia beranikan diri untuk membuka pintu itu.

Kosong!

Nunu pergi ke bilik Jojo (abang sepupu ketiga yang berusia 26 tahun). Kosong juga. Pintu bilik Ekal (abang sepupu keempat berusia 24 tahun). Sama. Bilik Adlin juga tidak berpenghuni.

Ke mana mereka pergi?

Nunu langkah lemah ke meja makan. Dia menunggu hingga jam 9 pagi. Tak ada orang balik pun. Jam 12 pula dia kena pergi kerja. Akhirnya Nunu tertidur di meja makan.

Jam 11 dia dikejutkan dengan getaran daripada telefon bimbitnya. Sempat dia sapu air liur yang meleleh.

Auntie Ma: Tolong tengok pintu belakang, dah kunci ke belum.

Nunu: Nunu dah siapkan breakfast.

Auntie Ma: Oh God. I lupa nak bagi tahu you. Kita orang dah berangkat ke Budapest malam tadi. We'll be home next week.

Nunu genggam kuat telefon bimbitnya. Air matanya bertakung. Merah bingkai matanya. Menggeletar tubuhnya menahan amarah yang teramat.

Tak nak ajak, tak apa. Tapi tak boleh ke beritahu awal-awal?

11 malam. Nunu turun dari teksi di tepi jambatan Putrajaya. Jambatan itu kelihatan lengang. Mungkin sebab bukan malam minggu, orang tak ramai melepak.

Pandangan Nunu hilang jauh ditenggelami air tasik. Di bawah separa sedar, Nunu panjat tebing itu.

"Aku tak ada nanti, kau kena kuat. Macam mana pun, kau tak boleh mengalah. Kalau kau mengalah, kau bukan adik aku." Pesan Ashraf bermain di dalam kepala.

DIA TROUBLE MAKER - NURUL AIN SYUHADAWhere stories live. Discover now