BAB 5

489 12 0
                                    

"Kau tengok tak Afiq pergi kelas macam mana tadi? Dah jadi ustazah weh! Bertudung bagai." Berdekah Ajda ketawa. Nunu hanya tersengih. Cari pasal lagi dengan aku. Mendapat!

"Aku ingat kau ni jenis yang kasi lepas aje semua yang cari pasal dengan kau." Dalila teguk air limau ais dalam plastik. Lejen, kan?

"Heh no way la." Nunu pantas berjalan menuju ke kelas pertamanya.

"Nur Aina!" namanya dipanggil dari belakang.

"Aina." Sekali lagi nama itu dipanggil. Nunu menoleh. Ashraf bergegas lari mendapatkan Nunu dengan nafas yang tidak teratur.

"Kenapa?"

"Kelas apa?"

"BEL."

"Eh, samalah. Lecturer siapa?"

"Madam Gurumin."

"Kita satu kelaslah!" sengih Ashraf.

"So?"

"Hah? Jomlah pergi sama." Berseri-seri muka Ashraf dibuatnya.

TIGA minggu lagi peperiksaan akhir semester akan berlangsung. Ini bermakna sudah hampir enam bulan dia di sini. Tapi kawannya cuma empat. Ajda, Dalila, Fat dan Zainab.

Sedang dia memasukkan baju ke dalam mesin basuh di bilik dobi, telefon bimbitnya berdering nyaring.

Mama.

"Helo." Sapa Nunu.

"Helo. Adik! Adik, ayah masuk hospital! Heart attack." Suara mamanya kedengaran tergesa-gesa dan sedang menangis.

Telefon Nunu terlepas dari pegangan. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup. Tak. Tak mungkin. Nunu segera capai semula telefon bimbitnya dan berlari terus ke bilik. Dia meninggalkan pakaiannya yang separuh di dalam mesin dan separuh lagi di dalam bakul.

Nunu segera menukar pakaian dan mengikat hair bun sebelum mencapai begnya.

Nasib baik depan universiti ni memang para teksi selalu berkumpul. Segera dia masuk ke dalam perut teksi dan menggesa pemandu itu menuju ke hospital.

"Mama..." Nunu mendekati mamanya. Wanita itu sudah lembik di tepi dinding. Sebak rasa hatinya.

"Apa jadi?" tanya Nunu.

"Ayah... Ayah..." Air mata Puan Siti jatuh bercucuran.

"Slow-slow... Cerita kat Nunu slow-slow."

"Kawan ayah... Habis semua... Habis semua harta kita... Kita dah bankrap, Nunu!" Meraung mamanya menceritakan. Walaupun Nunu masih belum pasti cerita penuh, dia dia sudah dapat dengar kata kunci. Bankrap. Ayah terkejut dan pengsan. Sakit jantung.

"Macam mana, Nunu? Mana mama nak cari duit untuk surgery ayah?" Teresak-esak tangisan mamanya.

"Berapa kos surgery ayah?"

"Dua puluh ribu, dik! Dua puluh ribu. Kita dah papa kedana!"

Nunu berfikir sejenak. Pembedahan perlu dilakukan segera. Itu pun peluangnya tipis. Tapi dia tahu, walaupun peluangnya lima puluh peratus, itu masih peluang.

"Ma... Bangun, ma. Duduk kat kerusi." Nunu bantu papah mamanya untuk duduk di atas kerusi.

"Nunu ada duit. Kita buat surgery ayah dulu okey?"

Puan Siti pandang ke dalam anak mata Nunu. Dia dapat cari punca harapan di situ. Terus tubuh kecil Nunu dipeluk rapat.

SEPANJANG ayahnya berada di dalam bilik pembedahan, dia memikirkan apa yang terjadi sebenarnya. Mamanya beritahu yang kawan ayahnya menarik semua harta mereka dengan bantuan peguam syarikat dan mereka diarahkan keluar dari rumah serta-merta.

DIA TROUBLE MAKER - NURUL AIN SYUHADAWhere stories live. Discover now