10 A itu tiada apa pada Nunu. Dia hanya pandang slip keputusan SPM yang baru diterimanya. Dipandang kiri dan kanan. Yang dapat 5 A, 4 A bersorak riuh-rendah dengan kawan-kawan mereka. Ibu bapa mereka turut ada di situ memeluk dan mencium dahi mereka walaupun keputusan mereka tidak setandingnya.
"Tahniah, Aina," ujar Puan Aniza.
Nunu senyum kelat. Nur Aina (Nunu) antara pelajar yang berjaya meraih straight A di sekolah. Tapi ia tidak membawa apa-apa makna padanya.
"Ya Allah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!" Melompat girang suara yang baru ambil slip keputusan itu.
"Kenapa, Ayu? Kau dapat straight A ke?" Ayu dikerumuni kawan-kawan yang lain.
"Tak! Tapi Add Maths aku lulus, weh! Aku dapat D! Lulus!!! Aku ingat aku failed, weh." Senyum sampai ke telinga gadis itu. Nunu yang mendengarnya hanya senyum sinis.
"Bu! Bu! Ayu lulus Add Maths!" tunjuk Ayu kepada ibunya. Tubuh kurus itu dipeluk dan senyuman terukir di bibir sang ibu.
"Tahniah. Awak dah buat yang terbaik," ujar ibunya.
Dapat D pun, ibu dia cakap tahniah? Senyuman Nunu terus mati. Air matanya bergenang. Dadanya berombak. Dia jadi marah tiba-tiba.
"Nunu, dapat berapa?" tanya Maisarah.
"10," jawab Nunu.
"Wow!" Tergamam orang lain yang mendengarnya. Dia kemudiannya terus meninggalkan sekumpulan pelajar itu tanpa berkata apa-apa. Hatinya mendidih. Rasa marahnya membuak-buak. Kenapa susah sangat mama dengan ayah nak datang? Penting sangat ke kerja tu?! bentak Nunu dalam hati.
"Pergh. Pergi macam tu aje? Berlagak gila." Cebik Zainab.
"Orang pandai mana nak kawan dengan kita ni. Lagi pun dia kan belajar luar negara. Kita ni tak setanding dengan dia." Muncung Athirah.
"Kita jumpa dia pun waktu nak ambil SPM aje. Kalau ya pun, buatlah kawan walaupun kita baru kenal," cebik Ayu.
"Dahlah datang ambil result pakai mekap." Suara lain menambah minyak dalam api.
NUNU senyum bila kereta BMW berhenti di hadapannya. Penat tunggu di stesen bas. Pintu kereta ditarik.
"Hi, baby. So, macam mana?" tanya Zulfathi.
"You kena belanja I. I got straight A's." Nunu tunjuk slip peperiksaan.
"Oh My God! Congrats, babe. Parents you mesti bangga dengan you. Because I bangga gila sekarang ni dengan you. Jom! I belanja you hari ni." Pedal minyak terus ditekan.
Parents? Bangga? Wajah Nunu kelam. Hilang seri.
Menapak di dalam shopping mall, maksudnya masa untuk habiskan duit. Pelbagai kedai dia masuk dan setiap kali dia masuk, dia tidak akan keluar dengan tangan kosong.
Satu hari itu sahaja hampir dua ribu duit Zulfathi melayang. Tapi disebabkan sayang, dia ikutkan sahaja kehendak Nunu.
"You akan balik Madrid ke?" tanya Zulfathi.
"Entah. Exam done both kat sini dengan sana. I don't know kalau ayah still nak halau I ke sana."
"Hei, dia bukan halau. Dia cuma nak you be better," ujar Zulfathi.
"I'm not. Kat sini atau sana, I am me. Still the same. I tak berubah." Nunu buang pandang di luar tingkap.
GELAP. Nunu hela nafas berat dan terus menapak masuk ke dalam rumah. Dia diberitahu hari ini orang gajinya akan bercuti selama seminggu untuk pulang ke kampung. Ayah dengan mama mesti belum balik sebab rumah gelap walaupun dah malam.
YOU ARE READING
DIA TROUBLE MAKER - NURUL AIN SYUHADA
RomantizmSelepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua-dua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan p...