Bab 1

8.6K 49 5
                                    

#mentuaku my soulmate  

"Ehh... Awak tak apa-apa ke, cik?" Suara lunak itu berkemundang dengan indahnya di telingaku.

Kaki ku yang sakit ku urut-urut sendiri. Air mata sudah mahu menerpa keluar namun ku tahan.

Malu jika aku menangis di hadapan lelaki pertengahan umur yang datang menerpa membantuku entah dari mana ketika kasut tumit tinggiku termasuk sebelah ke dalam jejaring besi di jalan luar Mall itu.

Aku menggeleng laju. Tanpa bersuara. Namun berdecit menahan rasa ngilu di pergelangan kakiku.

Dah sah aku terseliuh ni.

"Cik... Biar Pak Cik tolong ya... " lembut sahaja suara itu ingin membantu. Aku mendongak menatap wajah lelaki itu. Tidak ada yang istimewanya wajah lelaki separuh umur itu. Seperti lelaki di usia 50-an sahaja. Alur-alur kerut di dahi dan di tepi hujung mata semakin ketara.

Tanpa aku dapat menolak, lelaki itu memapah aku ke tepi. Kedua belah bahuku diampunya dengan lembut sambil membantu aku keluar dari laluan orang ramai yang lalu lalang yang menoleh ke arah kami.

Mungkin mereka berfikir seorang ayah sedang membantu anak perempuannya yang telab terjatuh. Jadi mereka tidak perlu turut sama membantu apalagi masuk campur.

"Ouchh!" spontan dengan itu aku menjerit kesakitan apabila pergelangan kaki ku dialihkan.

Kali ini air mata tadi mengalir jua.

"Ya Allah, Cik ni. Terseliuh ni. Mari Pak Cik tengok dulu macamana." Tanpa sekali lagi aku dapat menolak pertolongannya, kaki ku disentuh dengan lembut. Aku menahan diri dari mengaduh kesakitan lagi. Lelaki itu seperti tahu apa yang sedang dilakukannya.

"Sabar ya.." wajahnya kelihatan risau yang teramat sangat.

"Err.. Pakcik, tak apalah. Saya boleh bangun sendiri ni. Nak duduk kejap. Sakit." Ujar ku tidak mahu menyusahkannya. Risau juga aku apabila lelaki yang entah dari mana datang tiba-tiba sahaja terlalu baik terhadapku.

Lelaki itu melihat kaki ku yang semakin lama semakin membengkak.

"Awak tak boleh bangun ni. Kaki terseliuh. Nanti saya carikan ubat." Tanpa berlengah lagi lelaki itu bingkas bangun dan sekejap sahaja sudah hilang di dalam pengunjung Mall itu.

Ke mana pulak perginya pak cik tu ya?

Aku mencapai telefon dan menekan direct dial nombor Nazim.

"You kat mana ni, Nad? Dah puas I call tapi tak angkat." Nada risau bercampur sedikit marah dapat ku dengari di hujung talian sana.

Kasihan lelaki itu menunggu aku menjawab panggilannya. Telefon ada di dalam handbagku. Cuma apabila aku terjatuh tadi aku sudah tidak kisah lagi deringan panggilan dari sesiapa pun.

Mana nak pedulikan benda lain kalau kaki dah sakit.

"Naz, sorrylah. I dah nak keluar dari Mall ni. Tetiba heels kasut I termasuk dalam jaring besi kat luar ni ha...." penjelasan yang kuharap dapat diterima pakai sebagai alasan yang konkrit

"Ya Allah... Dah tu, ni you macamana ni?" Suara Nazim kedengaran risau semacam.

"Eh, sikit je. Terseliuh je. No worries okey." Namun sakitnya Tuhan sahajalah yang tahu.


#mentuakumysoulmate 

"You buat apa ke Mall tu ha? Kan I dah cakap kita pergi sekali lepas I keluar dari pejabat nanti. You ni..." Aku sedar kedegilanku ini telah membuatkan aku menerima padahnya. Memang padan pun.

"I tak nak susahkan you, okey. Dahlah. Dah jadi pun. Janganlah marah I." Aku sudah mula mahu merajuk. Sudahlah kaki ku sakit. Ini pula dimarahi boyfriend sendiri.

Perkenalanku dengan Nazim yang baru sebulan ini pun akibat dari kemalangan kecil antara kami.

Kemalangan juga. Hai.. 

"Okey, I am sorry. Mana I marahkan you. I risau okey. Tunggu situ. Nanti I ambik you dan bawa ke klinik ya." Ujar Nazim lagi.

"Eh, tak payah. I cakap I akan handle sendiri. Nanti lepas balik dari klinik, kita jumpa kat tempat biasa malam ni ya, inshaa Allah." Balasku lagi sambil melihat lelaki pertengahan umur itu sudah datang membawa sesuatu di tangannya. Ubat dan bandage.

#mertuakumysoulmate
#hasreeyatimkms
#bab1mkms

Mentuaku, My SoulmateWhere stories live. Discover now