BAB 11

3.8K 33 9
                                    

BAB 11

"Nad..."

Ketika itu Dr. Nasrul menelefon. Aku ada di pejabat.

"Sihat ke ni?"

Terkejut juga aku dibuatnya kerana aku tidak menyangka sama sekali Dr. Nasrul akan menelefon lagi.

Apa kenalah pula dengan orang tua ni? Bimbang juga ni. Nak spot check aku ke?

"Assalamualaikum, Uncle. Alhamdulillah. Seadanya. Uncle sihat ke?" Berbahasa bahasi. Sekurang-kurangnya tidak kedengaran seperti kurang sopan walaupun aku hairan dengan niat sebenarnya.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah juga ni. Nad sibuk ke ni? Uncle saja call. Kaki hari tu dah okey?" Adakah salah dia menelefon gadis itu? Sekadar bertanyakan khabar.

"Nazim ada tengokkan Nad hari tu."

Terdetak hatinya. Mendengar anak lelakinya sudah mengambil berat. Memang patut pun kerana mereka berdua sedang bercinta.

"Oh, iya ke. Kalau macam tu, tak apalah. Jangan kalut-kalut lagi ya selepas ni. Nanti jatuh pula macam hari tu." Pesan orang tua itu lagi.

Aku tersenyum sendiri.

"Iya, Uncle. Terima kasih. Errm... ni Uncle ada kat mana ya?" Sengaja aku bertanya begitu kerana tidak tahu apa yang harus ku tanya. Kalau dengan bakal mertua memang soalan begini boleh ditanya agaknya? Entahlah. Rasanya boleh.

Mengapa aku harus berasa bersalah pula?

"Uncle ada kat pejabat. Tadi Uncle yang panggil Nazim. Ingatkan dia agar dia call Nad. Dia tu kalau dah kerja, rumah pun tak balik. Apalagi nak ingat benda lain. Maafkan anak Uncle tu ya. Dia tak biasa sangat jaga hati orang lain."

Aku terdiam. Oh, rupanya bapa dia yang suruh dan bukan atas rasa ambil beratnya sendiri. Terdetik rasa kecil hati pula.

"Nad? Napa ni?"

Gadis itu agak lama terdiam hingga dia terpaksa bertanya begitu.

"Err...tak ada apalah, Uncle. Nad nak buat kerja sikit ni. Terima kasih ya. Nanti kirim salam pada Aunty. Assalamualaikum."

Klik.

Aku tidak menunggu sehingga bakal mertuaku itu mematikan talian antara kam.

Bukan aku hendak bersikap kurang ajar. Namun tiba-tiba terasa hati apabila mengetahui tentang perkara sebenarnya.

"Ha. Lama kau menung? Sapa yang call tadi tu? Nazim ya?"

Kila yang masuk ke dalam bilik ku langsung tidak disedari. Ada beberapa fail lagi yang dihulurkan pada ku. Aku tidak segera menjawab soalannya. Cuma menyambut sahaja fail yang dihulurkan dengan wajah mencuka.

Risau pula Kila dibuatnya melihat keadaan temannya itu.

Tidak jadi pula dia hendak keluar dari situ.

"Kau ni... apa halnya pulak? Macam ada masalah aje. Nazim kata apa kat kau ni, hmm?"

Kila sudah menarik kerusi duduk di hadapan ku.

Aku mengangkat muka memandangnya.

"Bakal bapa mertua aku yang call." Ujar ku perlahan.

"Ha?Baik betul ya bakal bapa mertua pulak tu yang call? Nazim?"

"Nazim ada call aku sebelum tu. Tapi aku baru tau, bapa dia yang ingatkan dia untuk call aku sebab hal semalam," ujarku dalam nada yang agak kecewa.

Kila bagaikan dapat menangkap perasaan itu.

"Nad. Kau jangan salah anggap. Mereka berdua tu sekeluarga. Yang sorang lagi tau keadaan anaknya. Aku rasa tak salah pun bapa ingatkan si anak. Dahlah kau tau, kan. Nazim tu kerja apa."

Aku tersenyum tawar.

"Kau ni bagus jugak, kan. Tau nak pujuk aku. Hmm... entahlah, Kila. Nampaknya aku terpaksa biasakan dirilah kalau macam ni. Bapa dia yang ingatkan dia. Habis tu, nanti bila aku kahwin dengan dia, bapa dia akan ingatkan dia kesemuanya pasal perempuanlah ya?"

Kila terdiam.

#bab11mkms

#hasreeyatiramlimkms


Mentuaku, My SoulmateWhere stories live. Discover now