BAB 6
Sekembalinya dari temujanji dengan Nazim, aku mendapat panggilan telefon dari seseorang yang tidak disetkan nama pada nombornya. Pada mulanya aku teragak-agak untuk menjawabnya.
Namun setelah berkali-kali telefon itu berbunyi, rakan serumah ku mulai bising.
"Kau nak angkat ke tak ni, Nad? Angkat ajelah. Pekak telinga aku ni tau." Kinah yang sedang bersandar di sofa panjang mengadap cerita Korea kegemarannya terasa terganggu juga.
"Oh, sorry. Tapi aku tak kenallah nombor tu. Scammer kot?"
"Angkatlah dulu. Kalau yang nombor depan banyak 444 tu je kau jangan angkat. Itu baru scammer."
"Oh, yaka?"
Dengan malasnya, aku menjawab telefon itu.
"Assalamualaikum. Maaf ganggu. Saya Nashrul. Yang bantu Cik hari tu."
Aku terus bangun dan bingkas duduk di katil. Mata ku sudah cerah kembali. Apa yang aku nak ni?
"Waalaikumussalam. Ooh... okey. Ada pa encik?" Risau juga kalau orang itu mahu meminta duit dari ku setelah bantuan diberi.
"Err... tak ada pa. Cuma nak pastikan nombor ni betul. Maaf ya mengganggu. Kaki dah okey ke ni? Nak tanya itu saja. Selamat malam ya cik."
Oh... nak tanya pasal kaki.
Baik juga lelaki itu.
"Alhamdulillah. Semakin sembuh. Terima kasih ya encik." Terasa serba-salah pun ya.
"Good night."
Talian antara mereka dimatikan.
Aku mengerutkan dahi.
Itu sahaja.
"Hoi, Nad. Siapa tu? Nazim ke?"
Teman serumah ku menjerit dari luar. Pintu bilik ku tidak ditutup rapat.
"Orang yang tolong aku hari tulah." Malas aku nak melayan lama-lama.
"Oo... okey. Handsome tak?"
Aku menghela nafas panjang.
"Eh, kau ni. Kena handsome ke kalau nak tolong aku? Peliklah kau ni."
Terdengar gelak tawa rakan ku itu.
"Tak adalah. Aku tanya ja. Kau tu dah ada Nazim. Kau bagilah orang tu kat aku pulak."
Aku pula tertawa.
"Aik? Ada hati nak kapel dengan orang tua ya?"
Tiba-tiba kawan ku melompat dari sofa dan bergegas ke pintu bilik ku.
Berkerut dahi menjengah ke dalam.
"Errk? Tua sangat ke?"
"Errmmm.... boleh panggil ayah kot. Tapi taklah nampak tua pun. Awet muda kot. Atau dia buat plastik surgery." Aku menjelirkan lidah seketika. Kacau daun sungguhlah. Orang nak tidur pun tak boleh.
Kinah menggaru kepalanya.
"Okeylah, babe. Kensel!" kemudian berlalu dari situ.
Aku tersengih.
Lega.
#bab6mkms
#mertuakumysoulmate
#hasreeyatiramlimkms
YOU ARE READING
Mentuaku, My Soulmate
RomanceApa yang akan berlaku pada diri anda apabila anda mendapati bakal bapa mentua anda sebenarnya adalah Soulmate anda? Siapakah yang anda akan pilih? Anak atau bapa?