#mentuakumysoulmateMemang malu betul aku dibuatnya apabila banyak pasang mata berpaling ke arahku. Apa tidaknya aku dipangku seperti anak-anak kecil yang berusia bawah 10 tahun sahaja.
"Awak ni kecik tapi berat jugak ya... " ujar lelaki itu. Tersenyum ke arahku dan mahu tidak mahu aku hanya merangkulkan tanganku ke lehernya kerana aku dicempung begitu. Dan sudah semestinya aku tidak dapat menoleh ke arah wajahnya kerana yang pastinya wajah kami akan bertembung!
Oh tidak... Just stop it, Nadira! Kenapa hati kau berdetik lain ni?
Aku terpaksa tunduk sedikit melindungi wajahku yang sudah mula memerah itu. Apa tidaknya! Kalau korang sendiri berada di tempat aku, ha bagaimana?
"Err... pak cik. Jauh lagi ke nak sampai ke kereta pak cik ni?" Risau juga aku lebih lama dicempung begini. Rasa malu jangan dicakaplah. Sudah tidak terkira lagi. Terasa seperti aku sudah tidak ada muka pula. Cepatlah sampai ke kereta orang tua ni.
"Taklah. Tu ha. Kereta pak cik." Unjuknya dengan memuncungkan bibirnya ke hadapan. Aku menoleh ke arah yang ditunjukkannya. Ada sebuah kereta FWD Subaru di hadapan kami yang berwarna putih diparkirkan di satu sudut yang agak tersorok sedikit.
"Oh..."
"Kejap, saya turunkan awak dulu ya. Tapi hati-hati. Saya nak ambil kunci dalam poket belakang jap." Berhati-hati betul lelaki separuh umur itu menurunkan aku ke bawah.
"Aduh!" Sebaik menjejakkan kaki ku ke lantai, kaki ku yang terseliuh tadi kembali sakit. Imbanganku gagal. Lelaki separuh umur itu pantas memaut tubuhku kembali tanpa segan silu lagi. Entah mengapa dadaku terasa begitu berdebar-debar sekali. Wajah kami terlalu dekat. Aku rasa jika aku bergerak seinci pun bibirku sudah menyentuh hidungnya. Alamak! Malunya aku dibuatnya. Dengan pantas aku menolak dadanya. Kaki yang terasa sakit ku tahan selagi terdaya. Hingga berkerut wajahku menahan sakit seketika. Jika tidak, mungkin aku tersembam ke wajahnya.
"Kan saya dah cakap. Hati-hati. Awak ni, degil jugak ya?" Kerut di dahinya langsung tidak melihatkan yang dia peduli dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Aku lebih susah hati dengan keadaan aku dengannya. Tetapi dia lebih susah hati dengan keadaan kaki ku rupanya. Lagilah aku malu.
"Eh, taklah. Saya... saya..." Takkan aku nak cakap yang aku malu sebab aku terlalu dekat dengannya pula? Oh, lagi malulah aku nanti. Sudahlah sikapnya yang begitu prihatin itu membuatkan aku jadi tidak keruan.
Lelaki itu segera mengambil kunci di poket belakangnya dan menekan remote keretanya.
"Dah, boleh jalan tak ni?" soalnya semula.
Aku menggeleng.
#mertuakumysoulmate
#bab3mkms
#hasreeyatiramli
YOU ARE READING
Mentuaku, My Soulmate
RomanceApa yang akan berlaku pada diri anda apabila anda mendapati bakal bapa mentua anda sebenarnya adalah Soulmate anda? Siapakah yang anda akan pilih? Anak atau bapa?