BAB 7
"Okey, Nad. Semua dah set!"
Petang itu aku keluar dengan Nazim. Kerja ku tamat lebih awal dari biasa. Aku menyedut smoothie yang sedang kuminum di cafe terbuka di sebuah mall itu.
Mata ku membesar.
"Really? Mama you tak terkejut ke?"
"Kenapa pula?"
"Iyalah. Kita kan baru sebulan kenal. Dah you decide nak bawak I jumpa your parents. Tak ke pelik nanti?"
Nazim menggeleng.
"Eh, tak adalah pula. Mama I happy aje bila tau I dah ada pilihan hati."
Lelaki tampan itu tersengih. Menampakkan sebarisan giginya yang putih bersih.
Boleh buat iklan tv ni.
Aku mengangguk.
"Kalau begitu, okeylah. Tapi I yang takut ni ha. Macamana ya kalau diorang tak nak terima I? Nanti apa pula pandangan diorang terhadap I? I takutlah, Zim." Ujar ku lagi. Risau sebenarnya dengan penerimaan orang tua Nazim. Kedudukan keluarga ku dengan keluarga itu memang agak jauh jika hendak dikira. Keluarga ku yang hanya berlatar belakangkan orang biasa-biasa membuatkan aku risau.
Nazim tersenyum.
Pandangan mata lelaki itu membuatkan aku tidak begitu selesa. Terasa debaran di dada semakin kencang. Terlalu malu pula direnung sebegitu.
Aku menolak gelas 'smoothie' ke tepi.
Termenung lagi.
"Kenapa ni, hmm? Cuba awak cakap pada I. I am all ears."
Menjadi pendengar yang baik adalah penting di dalam kehidupan dua orang yang sedang bercinta dan mahu mendirikan rumahtangga. Tanpa menjadi pendengar yang baik dan cuma mahu orang lain mendengar apa yang kita mahu cakapkan, sesuatu hubungan itu tidak akan bertahan lama.
Aku tersenyum. Walaupun di dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gementarnya aku mahu menghadapi kedua orang tua Nazim.
"Zim, kalau diorang tak boleh terima I, bagaimana dengan hubungan kita ni, ha? Kita nak putus macam tu aje ke? Alaa... risaunya saya." Aku termenung lagi. Memikirkan perkara yang tidak berlaku lagi.
Nazim tergelak lagi.
"Nad, memang orang perempuan macam tu ya? Suka berfikir lebih dari orang lain? Pastu suka fikir benda yang tak jadi lagi, hmm?"
Menggaru kepala juga aku dibuatnya.
"Aduh, you ni bagi I lagi peninglah, Zim." Mata ku membulat.
Nazim tergelak dengan wajah lucu itu. Hilang segala stress di hospitalnya di kala itu juga. Adakalanya gelagat lucu gadis itu sedikit sebanyak membuat hatinya terhibur. Kerana itulah dia mengambil keputusan untuk terus serius dengan gadis itu kerana melihat wajah gadis itu sahaja sudah membuatkan dia hilang segala kepenatan bertugas tanpa mengira masa di hospital.
Walaupun ada giliran untuk mereka bertugas namun atas rasa prihatin dan tanggungjawab, dia tidak mengira semua itu. Adakalanya dia tertidur di hospital kerana terlalu letih. Sekurang-kurangnya selepas ini, sudah ada orang yang akan menjaga kehidupannya selepas ini.
Nazim cuba menenangkan gadis itu kali ini.
"Macam nilah. Kalau my parents tak setuju, kita kahwin lari, nak?" Usik Nazim lagi.
Muka macam serius tetapi pandai pula nak melawak begitu.
Aku menarik tangannya dengan geram.
"Eee... you ni! Tak habis-habislah nak ngusik I tau..." Ujar ku seakan merajuk. Menarik muka 14 kali ini.
"Hehe.... Sorrylah sayang oii.... Janganlah merajuk, hmm?" Memek muka Nazim membuatkan aku tidak dapat merajuk lama.
"Iyerlah... Bosanlah you ni, Zim. Tak bagi peluang langsung I nak merajuk lama-lama. Manalah tau, kot-kot you boleh beli intan permata kat I ke..." Jeling ku lagi. Giliran dia pula mengusik buah hati ku itu.
"Haha... pandai pulak ya you nak demand bagai-bagai ya..." Usik Nazim lagi, mencuit hujung hidung ku.
"Eee! You ni kenapa?"
"Kenapa apa, sayang?"
Malas hendak bertekak lagi. Tidak menang dengan usikan dari Nazim. Namun aku bahagia dengan lelaki itu.
#bab7mkms
#mertuakumysoulmate
#hasreeyatiramlimkms
YOU ARE READING
Mentuaku, My Soulmate
RomanceApa yang akan berlaku pada diri anda apabila anda mendapati bakal bapa mentua anda sebenarnya adalah Soulmate anda? Siapakah yang anda akan pilih? Anak atau bapa?