BAB 8
Hari ini ialah hari keramat buat ku. Terasa bagaikan hari pertama aku mahu menduduki peperiksaan yang amat penting di dalam hidup ku.
"Zim, Make sure you betul-betul dapat datang tau. Jangan tak datang pula." Aku memohon dengan penuh kerisauan.
Berada di sebuah restoran serba mewah di hotel terkemuka itu membuatkan aku tidak senang duduk.
"Ye, ye. Zim akan datang. Tiba-tiba pula ada kes kecemasan ni ha. Doktor yang bertugas pula tiba-tiba ada hal. Jadi Zim terpaksa ganti. Zim cuba datang secepat mungkin ya? Sabar ya, sayang."
Kerisauan mula bersarang di dada. Adakah Nazim akan membiarkan diri ku bersendirian di situ?
"Cik, nak minum apa-apa tak ni?"
Aku menoleh ke arah waiter yang berdiri di sebelah ku. Menggeleng.
"Tak. Terima kasih. Saya masih tunggu mereka yang sepatutnya datang." Tidak perlu rasanya aku menceritakan apa-apa pada waiter itu.
"Okeylah, cik." Waiter itu meminta diri dan berlalu dari situ.
Aku menekan butang speed dail untuk nombor Nazim.
"Zim. Lambat lagi ke?"
Terdengar keluhan di hujung sana.
"Nad, patient ni Zim tak boleh tinggalkan lagi. Tunggu ya. Tapi Zim tak boleh jawab telefon selalu ya, sayang. Zim kena masuk ke dalam NCU sekarang."
Talian antara mereka dimatikan.
Jantung ku bagaikan terhenti seketika di kala itu juga.
"Sampai hati..."
"Sampai hati apanya ni..."
Aku menoleh ke arah belakang. Hampir ternganga aku dibuatnya.
"Eh, Uncle?"
Aku segera bingkas bangun. Terkejut melihat lelaki separuh umur itu berada di hadapan ku kini.
"Err... Uncle cik nak jumpa siapa kat sini?"
Dr. Nashrul tersenyum sebaik sahaja melihat kelibat gadis itu berdiri betul-betul di hadapan ku kini.
"Tak sangka... kamulah gadis yang Nazim sangat suka tu..."
Lelaki itu mengambil tempat duduk di meja yang sama di hadapan Nadira.
"Jadi... Uncle Nash ni, papa Nazim ya?"
Sesuatu yang tidak disangka oleh ku sama sekali. Hampir ternganga aku dibuatnya.
"Betapa kecilnya dunia, kan?" Gelak lelaki itu sambil menarik kerusi di hadapan gadis itu. Rupa-rupanya inilah gadis yang selalu diceritakan oleh anak lelaki tunggal kesayangannya sejak beberapa hari kebelakangan ini. Hinggakan dia dan isterinya berasa hairan mengapalah Nazim begitu beria-ia benar mahu menemukan mereka dengan gadis itu.
Lelaki separuh umur itu mengambil tempat di hadapanku. Sambil mata tepat merenung ke arahku. Aku pula jadi tidak selesa. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ni? Nak duduk pun rasa serba tidak kena.
Di manalah Nazim ni?
"Err... Uncle, mana Aunty?" Soalan itu yang keluar dari bibir ku. Peluh sejuk mula memercik di dahi ku. Takut pun ada. Gementar pun ada. Nama pun berhadapan dengan bakal bapa mertualah katakan.
Betul tak aku tanya ni?
Nak panggil mak cik ke atau aunty ni?
Ya ampun. Di manalah Nazim untuk menyelamatkan aku ketika ini?
Melihat keadaan gadis itu yang semakin tidak selesa, dia hanya tersenyum.
"Siapa ya nama awak ni? Lupa nak Tanya hari tu."
"Nadira. Nad." Semakin serba salah aku dibuatnya.
Lelaki itu mengangkat kening seketika.
"Hmm.... Okey, Nad. Aunty kamu tu selalu macam ni. Lupalah tu. Nanti pak cik cuba call dia dulu ya."
Lelaki itu menekan nombor di telefonnya.
"Hello.... Ha... Ya... Ya..." wajahnya tiba-tiba berubah seketika. Teduh sahaja nampaknya.
"Uncle? Okey tak ni?"
Lelaki itu mengangkat mukanya kembali. Cuba tersenyum walaupun aku tahu hatinya sarat dengan rasa tidak senang.
"Hmmm.... Okey kot. Aunty kamu selalu macam ni. Tapi tak apalah. Eh, call Nazim tak? Dia mana?"
Kali ni giliran aku pula mengeluh kecewa.
"Dia kat bilik CCU. Jadi macam biasalah, kan." Aku kembali sugul. Nampaknya beginilah hari-hari yang akan aku lalui apabila menjadi menantu mereka nanti. Sunyi bila suami terpaksa menghabiskan banyak masa lagi di luar dari di rumah.
Lelaki itu tertunduk seketika.
"Ada doktor yang tidak dapat datang tu." Tugasnya sebagai Pengarah Hospital membuatkan dia faham dengan situasi itu. Namun masalahnya, adakah gadis itu dapat memahami dan bertahan kelak? Kerana itulah life sebagai seorang doktor.
"Ya. Gitulah nampaknya." Aku termenung seketika dan memandang ke arah lain.
Dah sudah.
Nak cakap apa ya dengan bakal bapa mertua?
"Well... macam nilah. Kita makan dulu sebab Uncle dah lapar ni. Dari tadi belum makan. So, kita order ya?" Lelaki itu mula meneliti menu yang ada. Yang ditinggalkan oleh waiter tadi.
"Makan? Hmm...." Aku serba-salah sebenarnya. Gelabah pun ya.
"Ya, pilih ja. On me."
Dari satu topik ke satu topik kami berbual. Seolah-olah sudah lama kami saling mengenali. Rasa aneh juga. Namun okey juga bakal bapa mertua aku ni mahu melayan aku berbual seperti ini.
Sekurang-kurangnya bila aku menjadi menantunya nanti tidaklah terlalu kekok untuk aku bergaul mesra dengan keluarga mereka. Betul tak? Itulah yang terlintas di fikiranku.
#bab8mkms
#mertuakumysoulmate
#hasreeyatiramlimkms
YOU ARE READING
Mentuaku, My Soulmate
RomanceApa yang akan berlaku pada diri anda apabila anda mendapati bakal bapa mentua anda sebenarnya adalah Soulmate anda? Siapakah yang anda akan pilih? Anak atau bapa?