Zahra duduk di ruang tamu sambil membaca majalah dan mengunyah buah epal,sudah dua hari dia tidak ke Universiti kerana Asyraf menyuruhnya supaya berehat di rumah tenangkan fikiran walaupun dia berkeras mahu ke class tetapi Asyraf tidak menghiraukan pujukannya. Kesian Zirah asyik menanggung rindu dengannya, ya lah minah tu kalau tak bergossip satu hari dengan dia memang tak sah. Zirah sudah menjelaskan semuanya kepada Syafiq. Semua sudah terbongkar, Hilang juga satu beban.Syafiq juga menghantar pesanan WhatsApps dengannya meminta maaf atas kejadian tersebut dan dia betul-betul kesal atas perbuataannya yang kurang waras terhadap Asyraf. Zahra tidak membalas hanya dibaca saja. Dia sudah memaafkan kawannya itu tapi dia belum bersedia untuk berkomunikasi dengan Syafiq.
Lonceng pintu berbunyi. Zahra mengerling jam dinding di rumah. Baru pukul sepuluh pagi tak kan Asyraf sudah pulang? Tanpa ragu Zahra membuka pintu rumahnya.
Terpampang seorang wanita berambut perang dan berpakaian agak seksi. Solekannya agak tebal menyerlahkan lagi kecantikan wanita itu.
"Cik cari siapa?" Soal Zahra sopan sambil tersenyum.
"Ni rumah Asyraf kan?" Soal Qisha balik.
"Ye,ni rumah dia." Jawab Zahra.
"Silakan masuk dulu." Jemput Zahra.
"Aku tak nak lama kat sini," sinis Qisha, melangkah masuk ke dalam rumah Asyraf.
"Kau ni siapa? Bibik Asyraf?" Teka Qisha tapi mukanya tidak memandang Zahra. Walhal dia sudah tahu siapa sebenarnya Zahra, dia sengaja menghangat suasana antara mereka.
"Saya isteri dia, Zahra" kenal Zahra yang masih bersabar dengan lagak Qisha yang kurang sopan.
"Oh, isteri" kata Qisha sinis.
"Kau kenal tak aku siapa?" Soal Qisha.
"Macam mana saya nak kenal Cik, kalau Cik tak perkenalkan diri." Jawab Zahra tersenyum hambar.
"Aku Qisha, tunang Asyraf and kami bakal berkahwin tak lama lagi." Beritahu Qisha sambil tersenyum seperti ahli sihir.
"Tahniah lah kalau begitu." Ucap Zahra walaupun hatinya sudah mahu meletop mendengar berita yang di sampaikan oleh wanita itu.
"Tahniah? Eh, perempuan jangan nak tunjuk baik sangatlah." Kata Qisha tersenyum sinis.
"Kau tahu tak kau sebenarnya perampas." Tempelak Qisha.
"Aku yang dulu kenal Asyraf tapi kau senang-senang dapat kahwin dengan dia." Kata Qisha menujal kasar bahu Zahra.
"Kau tak layak jadi isteri Asyraf." Ujar Qisha lagi.
"Aku nak kau minta cerai dari Asyraf." Gertak Qisha.
"Maafkan saya Cik Qisha, kalau Cik nak Asyraf ceraikan saya,Cik sendiri yang patut bagitahu dia. Saya tak ada kuasa nak jatuhkan talak." Luah Zahra. Baru saja bersua muka, Qisha sudah sewenang-wenangnya meminta perkara yang tidak masuk dek akal.
"Entah ubat apa kau pakai sampai Asyraf tergilakan kau eh." Tuduh Qisha sembarangan.
"Kalau niat Cik Qisha nak hina saya, tolong keluar dari rumah ni." Pinta Zahra. Dia tak mahu Qisha menghinanya tanpa usul periksa. Kenal pun tidak, suka hati saja menuduh yang bukan-bukan.
"Asyraf milik aku, aku akan dapatkan dia." Kata Qisha berlalu keluar dari rumah Asyraf.
Zahra menutup pintu rumah dengan perasaan yang hiba. Benarkah Asyraf bakal bernikah dengan wanita yang bernama Qisha itu. Jika di bandingkan dengan dia, memang Qisha lebih cantik dan seksi darinya. Perasaannya bercampur baur. Air matanya jatuh tanpa diduga lalu disapu perlahan. Sudahlah Zahra, janganlah berharap sangat.
_________________________________________
"Sedapnya bau," puji Asyraf melonggarkan tali lehernya dan menghampiri Zahra di dapur.
Zahra tidak menyahut,tangannya masih mengaul ayam masak lemak cilik api di dalam periuk. fikirannya melayang kerana dia masih terkesan dengan kejadian pagi tadi. Patutkah dia beritahu Asyraf?
"Masak apa?" Soal Asyraf memaut bahu Zahra.
"Terkejut Zahra," Sedar Zahra bila Asyraf memaut bahunya.
"Tu lah, time memasak pun nak berangan." Usik Asyraf.
"Mana ada saya berangan," Zahra tidak mengaku.
"Tangan awak ni apa hal kat bahu saya?" Zahra menukar topik lalu menjentik tangan Asyraf yang memaut bahunya.
"Salahkah abang nak bermanja dengan isteri abang ni" Jawab Asyraf mencubit pipi Zahra.
"Sakit lah." Zahra mengusap pipinya.
"Bermanja lah sangat, padahal nak kahwin lain." Hambur Zahra.
"Kahwin lain? Abang memang ada kuota lagi tiga tapi abang belum terfikir lagi." Usik Asyraf menyembunyikan senyuman nakalnya.
"Zahra tak kesah pun abang nak kahwin berapa, tapi tolong lepaskan Zahra lepastue abang nak kahwin berapa pun abang punya pasal." Geram Zahra. Hati isteri mana tak sakit bila dapat tahu suami nak kahwin lain. Amboi Zahra,dulu kau juga jual mahal, sekarang kau pula terhegeh-hegeh nak kan Asyraf.
"Sayang, tak terlintas pun abang nak lepaskan Zahra. Apatah lagi nak menduakan Zahra." Pujuk Asyraf meraih jari jemari Zahra lalu dikucupnya lembut.
Zahra terdiam, dia suka dipujuk oleh Asyraf, perhatian Asyraf membuatkan dia selesa tapi kenapa perempuan yang bernama Qisha sengaja mereka cerita bakal berkahwin dengan Asyraf. Mulutnya terkunci untuk bertanya.
"Abang lapar lah," Asyraf mengusap perutnya sambil tersenyum seperti kerang busuk.
"Kalau abang lapar, Zahra hidang lauk kejap. Duduk diam-diam." Kata Zahra berpura-pura tegas.
"Okey abang duduk diam-diam," patuh Asyraf.
Zahra terhambur ketawa. Asyraf, saya dah buka pintu hati saya untuk awak. Bahagia Zahra.#Nah satu lagi, korang jgn marah-marah k 💝
YOU ARE READING
CINTA X CINTA?
RomanceAsyraf dan Zahra disatukan atas permintaan keluarga mereka. Asyraf seorang yang cerewet, ego dan selalu menguji kesabaran Zahra. Mampukah Zahra bertahan dan mencintai Asyraf sepenuh hatinya? Asyraf tidak dapat menahan dirinya mencintai Zahra dalam d...