ASYRAF KE SABAH. ✈

8.4K 216 12
                                    

Zahra melipat baju-baju Asyraf masuk ke dalam bagasi, dia sedih Asyraf akan meninggalkan sebulan sendirian tapi dia faham Asyraf ke Sabah atas urusan kerja semata. Asyraf masuk ke dalam biliknya melihat Zahra sedang ligat melipat baju-bajunya. Asyraf mengambil tempat di sebelah Zahra lalu dia pakaikan rantai yang berloketkan wisel, Asyraf perasan sudah dua, tiga hari Zahra mencari seluruh rumah. Bila di tanya, Zahra cuma cakap barangnya tercicir walhal barang tersebut mempunyai kenangan pahit dan manis bagi Zahra. Nasib kenangan manis itu adalah dirinya. Lega Asyraf.
"Mana abang jumpa?" Terkejut Zahra bila Asyraf memakaikan balik rantai tersebut di lehernya.
"Kat tepi sofa." Jawab Asyraf.
"Puas Zahra cari." Lega Zahra.
"Buruk lah wisel tu, abang boleh belikan Zahra rantai emas yang lagi cantik dari tu." Uji Asyraf mahu melihat riaksi Zahra.
"Sampai hati abang cakap wisel ni buruk, tahan karatlah wisel ni." Zahra tidak puas hati.
"Kenapa Zahra sayang sangat wisel tu?"soal Asyraf pura-pura ingin tahu. 
"Orang yang bagi Zahra wisel ni penyelamat Zahra." Beritahu Zahra.
"Selamatkan Zahra dari lemas kan." Teka Asyraf.
"Macam mana abang tahu?!" Terkejut Zahra.
"Abang dulu pun pernah jadi hero juga, abang selamatkan  seorang budak perempuan ni, dia fikir dia hebat sangat berenang kat kolam dewasa nasib baik abang ada kat situ." Cerita Asyraf.
"Jadi abang lah lelaki yang selamatkan Zahra tu." Terkebil-kebil mata Zahra tidak percaya kerana cerita Asyraf serupa dengan tragedinya.
"Budak perempuan tu kuat nangis, abang bagi di wisel baru dia diam." Sambung Asyraf.
"Mestilah Zahra nangis, takkan Zahra nak happy pulak." Kata Zahra yang terasa dengan kata Asyraf.
"Abang lega Zahra selamat masa tu, first time tau abang buat CPR selamatkan orang" Usik Asyraf sambil memegang bibirnya.
"Sudahlah abang, masa tu Zahra kecil lagi lah." Malu Zahra.
"Sayang masak apa harini?" Soal Asyraf.
"Zahra masak kari ayam," Zahra tersenyum. 
"Patutlah satu rumah bau kari, rupanya adik manis masak kari ayam." Kata Asyraf sambil mencuit dagu Zahra.
"Adik manis, adik manis, sejak bila Zahra jadi adik abang." Zahra membuat muka blur kononnya tidak termakan dengan lawak Asyraf. Padahal  geli hati Zahra bila Asyraf membuat loghat india yang nak try mengorat awek melayu.
"Adoi spoil lah sayang ni,tak support lawak abang." Asyraf merajuk.
"Cuba lah abang bagi Zahra pickup line sikit." Cabar Zahra.
"Boleh, okey apa beza sayang dengan kari ayam?" Soal Asyraf.
"Mana lah Zahra tahu." Jawab Zahra.
"Kari ayam buat perut abang kenyang, sayang buat hati abang riang. Cia,cia,cia." Asyraf mengangkat  keningnya.
"Bolehlah Zahra bagi tiga ha." Zahra ketawa.
"Amboi, tiga je tapi ketawa bukan main lagi panjang ha." Kata Asyraf.
_________________________________________
Zahra menyediakan sarapan seperti biasa tapi hari ini dia masak istimewa sikit nasi lemak, sambal sotong. Asyraf sudah bersedia di meja makan sambil melihat hidangan yang dihidangkan oleh Zahra. Fuyoo, layanan macam restoran lima bintang. Lagipun sebulan Asyraf di Sabah pasti dia akan rindukan masakan air tangan isterinya. 
"MasyaAllah, sedapnya." Puji Asyraf menghidu aroma nasi lemak.
"Belum cuba, belum tahu, sudah cuba pasti rindu." Mukadimah Zahra.
"Mentang-mentang abang nak pergi outstation, dia masak sedap eh." Getus Asyraf.
"Saja nak bagi abang rindu, manatahu abang jumpa awek, eh orang Sabah panggil sumandak yang santik-santik, tak ingat bini kat sini yang lagi cantik dan champion masak ni." Sindir Zahra.
"Sayanglah unduk ngadau dalam hati abang," Pujuk Asyraf meraih tangan Zahra lalu letakkan di dadanya.
"Hahahaha unduk ngadau lah sangat," ketawa Zahra.
Zahra menghantar Asyraf sampai ke pintu rumah, dia mahu hantar Asyraf ke lapangan terbang tapi Asyraf tidak mahu menyusahkan Zahra yang sudah bertukus lumus membuncitkan perutnya.
"Sayang jaga diri baik-baik," pesan Asyraf menghulurkan tangannya.
"Abang pun jaga diri kat sana." Air mata sudah menitis, lalu dicium lembut tangan suaminya.
"Kalau sayang nangis tak jadi lah abang pergi." Usik Asyraf mengusap lembut pipi Zahra.
"Jangan nak mengada," Zahra terhambur ketawa dengan perangai Asyraf yang kuat menyakat.
"Nanti Pak Mat akan hantar dan ambil Zahra dari universiti. Kunci pintu rumah elok-elok. Kalau Zahra takut, abang izinkan sayang tinggal kat rumah mama dan papa." Izin Asyraf.
Zahra hanya mengangguk tanda faham.
"I love you sayang," ucap Asyraf mencium ubun-ubun Zahra.
"I love you too," balas Zahra malu.
"Abang akan whatApps sayang hari-hari tau." Janji Asyraf.
"Awas kalau abang tipu, Zahra tumbuk abang guna batu lesung sampai lumat." Amaran Zahra.
"Amboi, garangnya." ketawa Asyraf lalu melambai Zahra. Zahra membalas lambaian Asyraf dengan perasaan sedih. Tak ada kawan gaduh dia sebulan.
_________________________________________

Zahra dan Zirah menjamu selera di restoran nasi ayam selepas habis kelas mereka.Dalam jalan mereke ke restoran tersebut Zahra ternampak Syafiq yang baru keluar dari keretanya.
"Syafiq!" Jerit Zahra. 
Zirah terkejut bila Zahra memanggil nama Syafiq lalu pantas dia menarik tangan Zahra, bukan dia tidak suka Syafiq bersama mereka tapi dia tidak sanggup melihat muka Syafiq yang menyakitkan hatinya semalam. Syafiq pantas menoleh kearah empunya suara yang selalu dengar. Betul tekaannya Zahra, Zirah pun ada. Timbul idea nakalnya. Pantas dia melangkah mengahampiri mereka.
"Korang buat apa kat sini?" Soal Syafiq.
"Nak cari makan lah apa lagi." Jawab Zahra selamba.
"Oh,kalau macam tu aku join lah sekali. Aku pun belum lunch lagi." Kata Syafiq sambil memegang perutnya yang sudah berbunyi.
"Okey, jom." Setuju Zahra.
"Tapi aku tak nak dia ikut kita." Bisik Zirah perlahan.
"Kau ni macam tak biasa dengan Syafiq, dah cepat. Jangan nak menyangkut kat tangan aku." Balas Zahra.
"Zirah okey tak kalau aku ikut?" Soal Syafiq ingin tahu.
Zirah hanya mendiamkan diri tapi disiku pula oleh Zahra disebelah.
"Aku okey," jawab Zirah terpaksa. Habis lah, kalau Syafiq cerita kat Zahra isu yang memalukan tu.
_________________________________________

"Zahra, aku nak minta maaf pasal kejadian haritu." Mohon Syafiq.
"Tak pe lah Syafiq, aku dah lama kan maafkan kau sejak kau tolong aku kena ugut dengan gangster haritu." Jawab Zahra.
"Kenapa kau tak bagi tahu aku?" Soal Zirah risau, dia tidak tahu menahu Zahra diugut oleh gangster.
"Sorry Zirah, aku bukannya tak nak bagi tahu tapi aku tak nak kau risau." Rayu Zahra memegang tangan sahabatnya itu.
"Ya Allah Zahra kalau ada apa-apa kat kau, mestilah aku risau. Lain kali kau bagitahu aku k." Pesan Zirah.
"Zahra semalam aku dengan Zirah,..." belum sempat Syafiq menghabiskan ayatnya Zirah menyumbat mulut Syafiq dengan ayam.
"Tak semalam aku dengan Syafiq bincang tentang study group untuk final exam." Zirah menyampuk.
"Kenapa dengan korang dua ni macam ada apa-apa je. Bagitahu aku cepat. Aku boleh hidu jenayah korang." Zahra perasan sejak tadi Zirah asyik menjegilkan matanya kepada Syafiq. Syafiq pun membalas dengan isyarat mata.
"Begini cerita dia Zahra, aku oncall dengan Zirah tanya pasal study group, lepas kitaorang habis discuss aku ingatkan dia putuskan talian dulu. Aku tak akan matikan talian kalau telefon orang. Kau tahu tiga puluh minit aku dengar dia nyanyi." Cerita Syafiq yang sudah berdekah-dekah ketawa.
"Habis dah ketawakan aku? Dah lah Zahra jom kita pergi. Layan mamat ni menyakitkan hati. " Marah Zirah mengheret Zahra untuk bangun.
"Zirah jangan lah ambil hati sangat, aku cuma bergurau." Kata Syafiq bila Zirah sudah berubah air muka.
Zirah sudah tidak memperdulikan apa yang dikatakan oleh Syafiq, Zahra yang terpinga-pinga turut bangun.
"Syafiq, kami pergi dulu. Jumpa esok. Bye." Zahra meminta diri sambil membuat isyarat kepada Syafiq yang dia akan memujuk Zirah.
Syafiq hanya mengangguk tanda faham, dia hanya bergurau tak sangka pula Zirah terasa hati. Macam mana nak pujuk Zirah? Syafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal.

#Hai semua! Sis minta maaf sangat, 'mungkin' sis akan slow update buat masa sekarang sebab sis dah masuk f6 😅 tapi jangan risau sis akan update juga untuk korang k, jangan merajuk atau mogok keluarkan cerita sis kat library korang 😂 korang nak novel ni habis cepat? Nak sis buat cerita lain 😅.Comments cadangan korang and jangan lupa votes untuk nak tahu sambungan seterusnya hehe.. tqvm 😘


CINTA X CINTA? Where stories live. Discover now