PENGACAU 1 🔥

8.4K 265 4
                                    

"Hari ni abang ambil sayang lambat sikit," bagitahu Asyraf memandang Zahra yang sedang ligat meletakkan buku notanya di dalam beg.
"Tak pe, Zahra tunggu." Kata Zahra tersenyum.
"Tapi WhatApps abang kalau dah balik." Pesan Asyraf.
"Okey, don't worry be happy." Jawab Zahra mengenyitkan matanya.
"Nak salam," Zahra menghulurkan tangannya.
Asyraf menghulurkan tangannya lalu di cium lembut oleh Zahra.
"Belajar elok-elok." Asyraf mengusap kepala Zahra sebelum keluar dari kereta. Zahra berdiri di laman legar sambil matanya menyoroti pemergian Asyraf.
_________________________________________

"Assalammualaikum," salam suara dari belakang.
"Walaikummussalam," jawab Zahra terkejut.
"Kenapa kau tak masuk kelas?" Soal Zahra menilik jam tangannya.
"Aku tunggu kau lah." Jawab Syafiq tersenyum.
"Ah? Kau tunggu aku apa pasal, dah jom masuk class. Lambat dah ni" Ajak Zahra, gelabah.
"Zahra," panggil Syafiq yang berjalan beriringan dengan Zahra.
"Erm apa?" Soal Zahra.
"Aku nak bagitahu kau yang aku.."
"Nanti lah kau bagitahu hal itu, sekarang kita dah lambat." Celah Zahra sambil tersenyum.
"Okey," balas Syafiq tersenyum kelat. Dia mahu luahkan perasaannya kepada Zahra. Dia mahu Zahra tahu isi hatinya. Dia anggap Zahra lebih dari seorang sahabat.
_________________________________________

"Hai sayang," sapa satu suara yang menganggu perbualan Asyraf dan Hariz.
"You buat apa kat sini?" Soal Asyraf.
"I minum coffee kat sini, kebetulan nampak you." Jawab Qisha meleret jarinya di sisi kemeja Asyraf.
"Oh, dah minum kan? Jadi baik you pergi kerja sekarang." Sinis Asyraf, sejak kejadian Qisha mengugutnya tidak lagi dia berlembut dengan wanita itu.
"You halau I? Sampai hati you buat I macam ni." Kata Qisha terkejut bila Asyraf menghalaunya.
"Encik Asyraf bukannya halau. Cik Qisha kan model, jadi lebih baik Cik Qisha pergi cari rezeki sekarang. Mak saya kata, awal pagi ni rezeki masuk." Hariz mencelah, takut-takut berperang pula kat cafe ni.
"You diam.Jangan masuk campur." Tengking Qisha.
"Asyraf, you akan menyesal." Ugut Qisha lalu melangkah pergi.
"Fuh boleh tahan garang juga si Qisha tu." Hariz menghela nafas lega bila Qisha pergi, berlama Qisha dia situ dia tidak senang duduk dengan sikap Qisha yang panas baran, perempuan badmood lain. Nanti tak pasal-pasal dia pula jadi mangsa keadaan.
"Tak fahamlah aku dengan perempuan tu." Kata Asyraf mengeleng-gelengkan kepalanya.
_________________________________________

Zahra menunggu di tempat biasa Asyraf menjemputnya. Pesanan WhatApps sudah dia hantar, lalu dibalas oleh Asyraf yang dia sudah hampir sampai dan meminta Zahra tunggu sebentar.
"Zahra," sapa sesorang.
"Syafiq," terkejut Zahra. Entah kenapa setiap kali dia berjumpa dengan Syafiq dia rasa tidak sedap hati.
"Aku nak beritahu sesuatu." Kata Syafiq memandang tepat di mata Zahra.
"Beritahu apa?" Soal Zahra tanpa ragu.
"Aku nak bagitahu kau yang aku suka kan kau." Luah Syafiq.
"Aku suka kat kau, sebagai kawan aku." Balas Zahra yang tidak faham maksud sebenar Syafiq.
"Zahra, aku cintakan kau." Ucap Syafiq meraih tangan Zahra.
"Syafiq!" Terkejut Zahra, meleraikan tangan Syafiq.
"Kau tak boleh cintakan aku, kau kawan aku." Terang Zahra.
"Kenapa? Kau istimewa buat aku Zahra, lebih dari kawan." Syafiq memagang lengan Zahra.
Tiba-tiba seseorang melepaskan pautan tangan Syafiq di lengan Zahra. Terkejut Zahra melihat kelibat orang itu. Syafiq turut terkejut memandang lelaki tersebut.
"Kenapa ni?" Soal Asyraf merenung mata Syafiq, lalu meraih tangan Zahra ke sisinya.
"Encik ni siapa? tak payah masuk campur ni urusan kami." Jawab Syafiq.
"Tak masalahnya sekarang ni, dia urusan aku." Asyraf menghayunkan satu tumbukan ke muka Syafiq. Syafiq dan Asyraf berbalas tumbukan.
Zahra yang tidak tahan melihat perangai mereka berdua.
"Korang sudahlah!" Jerit Zahra.
Mereka berhenti lalu memandang Zahra yang sudah mengalirkan air mata kerana ketakutan.
"Abang, jom kita balik." Zahra mengheret lengan Asyraf masuk ke kereta.
"Jangan kau berani sentuh Zahra." Amaran Asyraf sambil mengesat darah di tepi bibirnya.
Syafiq mengetap bibirnya sambil memerhati pemergian mereka dengan perasaan kecewa. Lelaki tu, rupanya lebih daripada kekasih Zahra.

Di dalam kereta hanya kedengaran esakkan tangisan Zahra tidak berhenti, dia kecewa situasi begini tiba-tiba berlaku. Kalau bukan sebab Syafiq meluahkan perasaan terhadapnya mungkin semua ini tidak berlaku. Malangnya, nasi sudah jadi bubur.
"Abang tak nak Zahra jumpa dia lagi."tegas Asyraf.
"Zahra dengan Syafiq cuma kawan, tak lebih." Jelas Zahra.
"Tell me now kenapa Syafiq pegang tangan Zahra tadi?" Asyraf mahu kepastian.
Zahra terdiam.
"Jawab Zahra." Soal Asyraf dengan lembut. Dia tidak mahu mendesak Zahra.
"Dia.. luahkan perasaan dia dekat saya." Bagitahu Zahra gugup.
"Zahra terima tak cinta Syafiq?" Soal Asyraf.
"Kenapa saya nak terima cinta Syafiq pulak, sedangkan saya isteri awak." Ujar Zahra dalam sendu.
"Zahra cintakan abang tak?" Spontan Asyraf.
Zahra terdiam, soalan Asyraf dibiarkan sepi. Asyraf memerangkapnya dengan soalan itu.
"Diam tu tandanya, Zahra cintakan abang lah" faham Asyraf.
"Saya letih nak layan awak." Alasan Zahra. Mukanya sudah membahang.
Asyraf tersenyum,Dia tahu Zahra sudah mulai suka dengannya meskipun Zahra menafikan tapi raut wajah Zahra tidak boleh menipunya.

#Assalammualaikum and hai semua! Sis tahu semua sudah memberontak 😅 harap bertenang. Jangan lah marah sis lambat update 👉👈 sorry k. Jangan merajuk. Nanti sis try kembangkan sel-sel otak ni.😭 jangan lupa votes, comment.*sis tak reply comment hangpa semua sbb lambat update* next time sis reply k. 😘

CINTA X CINTA? Where stories live. Discover now