KEGEMBIRAAN 💖

9.2K 215 11
                                    

Qisha mengerling Hariz di sebelahnya yang sedang fokus memandu. Mereka dalam perjalanan ke rumah Asyraf dan Zahra. Jujur, takut menyelebungi jiwanya. Rasa bersalah masih berbekas dihatinya terhadap pasangan tersebut. Dia malu. Atas dorongan Hariz dan rayuan Zahra, dia akan bersua muka dengan Asyraf. Dia tidak mahu Asyraf menyimpan dendam dan masih menganggapnya wanita yang jahat.
"You rasa Asyraf masih marah tak dengan I?" Soal Qisha.
"Berapa banyak kali you tanya.Rileks, insyaAllah Asyraf okey kalau kita slow talk dengan dia." Yakin Hariz.
"Macam you tak tahu perangai Asyraf tu macam mana." Kata Qisha lagi.
"I tahu, dia tu baran sikit. Takpa kita minta Zahra smack down dia." Balas Hariz dengan sedikit lawak bodoh.
"Smack down? Hahaha" berkerut muka Qisha pelik lalu berakhir dengan ketawa terbahak-bahak.
"Jangan risau, I ada." Kata Hariz lembut
"Thank you." Ucap Qisha.
"For what?" Soal Hariz.
"Sebab sudi tolong I," kata Qisha.
"Maksud I, tolong perempuan jahat macam I." Tambah Qisha lagi.
"Jangan cakap macam tu. Bagi I, you layak terima peluang kedua tapi..." kata-kata yang Hariz tergantung membuatkan Qisha tertunggu-tunggu perkataan seterusnya keluar dari mulut Hariz.
"Tapi apa?" Soal Qisha.
"Tapi..You kena terima I jadi boyfriend you." Laju Hariz ungkapkan ayat tersebut.
"Ah? Lama lagi ke kita nak sampai rumah Zahra?" Qisha menukar topik, mukanya sudah merah membahang. Hariz luahkan perasaan dia? Mungkin dia main-main kot. Sangkaan Qisha.
"Dah dekat ni. Kejap lagi kita sampai lah." Jawab Hariz. Hariz tahu Qisha sudah malu dengan pengakuan darinya. Qisha susah betul nak tackle hati you.
_________________________________________
"Awlolo, hensemnya anak mama ni," puji Zahra lalu mengomol pipi puteranya. Mohd Aryan Safiuddin bin Mohd Asyraf Nafiuddin.
"Memanglah hensem, tengok lah papa dia." Celah Asyraf sambil merebahkan badannya di sebelah Aryan
"Abang tak hensem," bantah Zahra.
"Ye ke tak hensem?" Asyraf menjengkitkan keningnya mencari kepastian.
"A'ah sebab orang hensem tak menyakitkan hati orang. Kan Aryan." Getus Zahra lalu mendukung Aryan.
"Orang tak hensem dan menyakitkan hati ni juga yang sudi kahwin free dengan sayang." Perli Asyraf.
"Pembetulan. Kena paksa k." Zahra membuat muka tak puas hati.
"Kena paksa ke ataupun paksa rela." Asyraf semakin mengusik.
"Jom sayang mama, kita minum susu yer...layan papa awak ni kesian mama kena buli." Zahra kalah. Dia sempat menghadiahkan jelingan maut kepada Asyraf.
Asyraf tidak dapat menahan ketawa. Dia menang.
_________________________________________
Ting tong... ting tong...
"Kejap, kejap..." kata Zahra lalu membuka pintu rumahnya.
"Assalammualaikum," Hariz dan Qisha memberi salam.
"Walaikummussalam. Hariz, Qisha!!" Terkejut Zahra yang gembira menyambut mereka.
"Masuk,masuk," pelawa Zahra.
"Asyraf mana?" Tanya Hariz yang tidak melihat kelibat Asyraf.
"Ada kat dalam bilik, korang duduklah dulu." Bagitahu Zahra.
"Comelnya dia.." geram Qisha sudah mencubit pipi bulat Aryan.
"Qisha, awak pegangkan Aryan kejap." Aryan sudah bertukar tangan. Mujur Aryan tidak merengek bila bersama orang lain selain Zahra dan Asyraf, kalau tak.. habislah Zahra tak menang tangan.
Zahra meloloskan diri ke dalam biliknya. Asyraf di atas katil sedang meneliti jadual kerjanya. Zahra merapati Asyraf.
"Abang, kita ada tetamu." Beritahu Zahra.
"Hariz kan? Suruh dia tunggu kejap." Asyraf sudah dapat menghidu niat Hariz apabila dia berbual di telefon semalam. Patutlah suruh Zahra masak sedap-sedap rupanya ada udang di sebalik batu.
"Sebenarnya kita ada dua tetamu." Bagitahu Zahra lagi dengan wajah yang gembira.
"Siapa tetamu lagi sorang?" Soal Asyraf pelik.
"Kena janji dengan Zahra abang akan layan tetamu kita tu dengan elok." Pinta Zahra.
"Sayang.." panggil Asyraf meleret.
"Kalau tak nak janji, Zahra tak nak kawan." Zahra puta-pura merajuk.
"Abang janji." Janji Asyraf sambil tangannya memicit hidung Zahra.
"Abang! Sakitlah.." aduh Zahra menepuk bahu Asyraf.
"Tetamu kita tu, Qisha." Dengan satu nafas Zahra bagitahu Asyraf.
"Qisha? Urmm.." Asyraf mengumam.
"Abang..." Zahra menarik tangan Asyraf supaya keluar.
"Okey, jom!" Redha Asyraf menarik nafas dalam.
_________________________________________
"Assalammualaikum bro," Asyraf menghulurkan tangannya kepada Hariz.
"Walaikummussalam,sihat?" Soal Hariz sambil berjabat tangan lalu memeluk erat tubuh Asyraf. Yelah, Zahra yang bersalin, Asyraf yang ambil cuti.
"Alhamdulillah sihat." Jawab Asyraf ketawa.
Zahra menyiku siku pinggang Asyraf supaya perasan dengan kehadiran Qisha yang tercegat di sebelah Hariz. Mungkin dia rasa janggal dengan suasana tersebut. Ini kali pertama dia bertemu dengan Asyraf selepas apa yang dia buat.
"You sihat Qisha?" Soal Asyraf.
"I... sihat." Jawab Qisha.
"Guys, duduklah kejap saya hidangkan makanan. Boleh kita makan sama-sama." Kata Zahra memeriahkan suasana.
"Fuyyo,Zahra masak mesti sedap!" Puji Hariz.
"Kau sengaja kan datang rumah aku nak makan free." Perli Asyraf.
"Aku datang bukan setakat makan free je, aku nak jemput kau ngan Zahra datang majlis pertunangan aku." Beritahu Hariz tiba-tiba.
Qisha di sebelah seakan terpanar, reaksi wajahnya dikawal.
"I nak tolong Zahra kat dapur, tolong pegangkan Aryan." Qisha memberi Aryan kepada Hariz dan meminta diri untuk ke dapur menolong Zahra.Hariz nak bertunang? Hati dia remuk. Qisha, cool down. Kau kena bersyukur Hariz dah tolong kau selama ni, jangan berharap. Move on.
"Zahra, ada apa-apa I boleh tolong?" Tanya Qisha.
"You tolong I susun pingan ni je." Zahra menghulur pinggan-pinggan yang perlu di susun di meja makan.
"You dengan Hariz ada apa-apa ke?" Soal Zahra.
"Apa-apa tu maksud you apa?"tanya Qisha balik.
"Maksud I, you dengan Hariz bercinta." Zahra ingin tahu.
"Bercinta? I don't think so. Sebab Hariz baru bagitahu Asyraf yang dia nak bertunang." Bagitahu Qisha.
"Bertunang? Dengan siapa?" Zahra terkejut.
"I pun tak tahu Zahra, sebab I rasa I tak patut ada masa dorang berbual so I terus datang dapur tolong you." Tutur Qisha sambil tersenyum.
"It so kay beb, insyaAllah one day you akan jumpa jodoh you. Better than Hariz and Asyraf." Zahra memperlahankan suaranya bila menyebut ayat terakhir takut dua orang mamat tu terdengar.
Mereka berdua ketawa.
"Bukan main kuat lagi ketawa, membawang pasal kitaorang eh?" Soal Hariz.
"Mana ada membawang pasal korang, jangan nak perasan." Zahra membalas pandangan Qisha dan menahan diri daripada ketawa.
"Jangan bergaduh dengan bini aku, nanti aku takut kau kalah menangis kang."
"Aku ataupun kau yang menangis?" Soal Hariz balik.
"Aku tak boleh hidup tanpa Zahra, Hariz." Ajuk Hariz dengan memek sedih melakonkan kembali detik Asyraf hilang arah.
"Kau jangan nak buat hal." Amaran Asyraf. Terbongkar rahsia. Sah malu gila.
"Betul ke Hariz? Awak patut rakam detik-detik tu bagi kat saya. Hahaha." Zahra sudah terhambur ketawa.
"Sorry sebabkan I korang jadi macam tu." Sesal Qisha.
"Qisha, benda dah lalu lagipun kitaorang dah lama maafkan you." Zahra meraih tangan Qisha.
"Past is past, I dah maafkan you tapi you jangan buat perangai lagi." Pesan Asyraf.
"Terima kasih sebab bagi peluang kedua dekat I, I promise, I tak kan buat benda bodoh lagi." Janji Qisha, dia betul-betul insaf. Disebabkan cinta, dia memilih jalan yang salah.
"Alhamdulillah, semua dah berbaik kan, drama air mata pun dah selesai. Jom kita makan." Ajak Hariz yanh sudah tidak sabar menanti.
"Aik, aku ke kau yang tuan rumah ni." Getus Asyraf.
"Tuan rumah lambat pelawa, aku percepatkan lah." Jawab Hariz selamba.
"Banyak kau punya cepat." Asyraf mengelengkan kepala dengan perangai kawannya.
_________________________________________
Syukur, hatinya lega bila Zahra dan Asyraf memaafkan dirinya. Biarlah kisah itu menjadi pengajaran dan tauladan. Aih,rindu pula dengan si kecil Aryan. Bila Qisha pandang Hariz disebelahnya, teringat pula yang Hariz mahu melangsungkan pertunangannya tapi dengan siapa?
"Urmm,, Hariz." Panggil Qisha.
"Apa?" Soal Hariz
"Bila you nak tunang?" Macam pelik pula soalan yang dia ajukan.
"Hujung minggu ni." Bagitahu Hariz.
"Ohh..you tak jemput I ke?" Soal Qisha.
"You memang kena ada kat sana pun." Kata Hariz tersenyum meleret.
"InsyaAllah." Jawab Qisha.
"Siapa lah wanita bertuah yang dapat you ni eh?" Soal Qisha ingin tahu.
"You lah, siapa lagi." Seloroh Hariz menjawab.
"I? Kenapa pula I? Hariz tolong lah jangan main-main. Kalau dengar bakal tunang you, habislah I." Terkejut Qisha.
"I tak main-main Qisha." Tegas Hariz.
"Hariz, I tak faham." Qisha terpingga-pingga. Hariz ni putus wayar otak ke.
"I dah hantar rombongan meminang kat rumah you, papa and mama you dah setuju pun nak kita bertunang." Jelas Hariz.
"Rombongan meminang?! Kenapa tak bincang dulu dengan I?" Soal Qisha, dia marah.Dia bukannya mahu menolak tapi sekurang-kurangnya bagitahu dia dahulu bukannya main suka hati je buat keputusan sendiri.
"I dah tahu keputusan you." Hariz membuat andaian.
"Kalau I tak suka you?" Soal Qisha mahu menguji, geram juga dengan mamat ni.
"I pasti you suka kat I." Selamba Hariz.
"Tolonglah jangan perasan Encik Hariz." Getus Qisha.
Hariz memberhentikan keretanya di tepi jalan agar dia dan Qisha boleh berbincang.
"Kenapa you berhenti?" Takut Qisha.
Hariz tidak menjawab.
Qisha terdiam sejenak. Otaknya tidak boleh mentafsir apa yang Hariz cuba buat sekarang.
"Hariz, tolong hantar I balik." Pinta Qisha.
Hariz menghembus nafas berat sambil memandang Qisha.
"Qisha, dengan nama Allah.Sudi tak you jadi isteri I?" Lamar Hariz.
Air mata Qisha sudah tidak dapat di tahan. Dia memandang Hariz.Jelas dari mata dan raut wajah Hariz yang dia betul-betul ikhlas.
"I.. sudi." Jawab Qisha membalas pandangan Hariz.
"Alhamdulillah, Yes!" Sorak Hariz gembira. Jujur dia sangat gembira bila Qisha menerima lamarannya.
_________________________________________
Zahra menepuk-nepuk lembut punggung Aryan yang sudah lena di panggkuannya kerana kepenatan bermain dengan Qisha dan Hariz. Asyraf menjenguk kepalanya ke dalam bilik. Zahra memberi isyarat senyap supaya Asyraf tidak membuat bunyi bising yang boleh mengejutkan Aryan.
"Awal Aryan tidur malam ni kan sayang." Kata Asyraf mengusap pipi Aryan.
"Penat sangat main tadi." Bagitahu Zahra.
"Abang, betul ke Hariz nak bertunang?" Soal Zahra yang teringat Qisha memberitahunya tengahari tadi.
"Ye, dia nak bertunang hujung minggu ni." Bagitahu Asyraf yang masih ralit mengelus jemari kecil anaknya.
"Dengan siapa bang?" Soal Zahra lagi.
"Qisha lah." Jawab Asyraf.
"Qisha? Betul ke bang?" Tanya Zahra mahukan kepastian tapi kenapa Qisha seperti tidak tahu apa-apa.
"Ye sayang... tak kan Qisha tak bagitahu sayang tadi." Pelik Asyraf.
"Zahra rasa, Qisha pun tak tahu yang Hariz nak bertunang dengan dia, sebab masa kat dapur Qisha bagitahu Zahra Hariz nak bertunang, Zahra perasan muka dia kecewa sangat." Zahra membuat kesimpulan.
"Memang suka cari pasal lah Hariz tu, tak pe lah sayang asalkan mama dan papa Qisha dah setuju." Kata Asyraf yang juga terkejut.
"Tu lah bang, Zahra pun rasa dorang memang secocok lah.. bagai pinang di belah dua." Zahra tidak menafikan.
"Zahra seronok sangat bila semua orang yang rapat dengan kita happy bang." Syukur Zahra.
"Kalau Zahra happy, abang lagi happy sebab Zahra ada kat sisi abang." Asyraf memandang wajah Zahra.
"Betul ke? Abang cintaxcinta kat Zahra?" Soal Zahra mengangkat keningnya sebelah.
"Jap abang fikir dulu." Asyraf pura-pura berfikir.
"Okey fine, abang fikir lah sampai tahun depan " geram Zahra.
"I love you sayang." Ucap Asyraf sambil meraih tangan Zahra.
"I love you too abang!" Zahra tersenyum bahagia.

Nur Zahra hanya kau di hatiku,-Asyraf
Mohd Asyraf Wafiuddin, hatiku milikmu-Zahra

TAMAT

CINTA X CINTA? Where stories live. Discover now