Puan Salmah dan Encik Zulkifli mengambil kesempatan mengadakan kenduri selamat untuk anak teruna mereka kembali ke tanah air. Zahra sibuk mengatur dan memastikan lauk-pauk cukup untuk tetamu yang hadir. Asyraf di dalam bilik menelefon Zahra kerana dia mempunyai kesukaran memakai samping. Zahra bergegas ke biliknya setelah mendapat panggilan dari Asyraf. Buat kalut betul lah mamat sengal ni. Geram Zahra.
"Tolong aku kejap," Pinta Asyraf setelah kelibat Zahra.
"Awak duduk diam-diam, jangan gerak-gerak." Tekun Zahra melipat samping Asyraf.
Selepas Zahra siap memakaikan Asyraf samping, dia membutangkan baju melayu Asyraf. Asyraf merenung mata Zahra.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal Zahra mengelak bertentangan mata dengan Asyraf.
"Suka hati aku lah nak tengok isteri aku sendiri," Asyraf memaut bahu Zahra tersenyum nakal.
"Jangan nak mengada," Zahra mencubit pinggang Asyraf.
"Sakitlah," aduh Asyraf kesakitan.
"Cepatlah awak turun, ramai dah tetamu kat bawah." Bagitahu Zahra. Walhal jantungnya berdegup laju.
"Ye lah," jawab Asyraf malas, baru je di nak mengusik Zahra.
_________________________________________Asyraf menuruni anak tangga lalu bertembung dengan Angah kepada Zahra yang bernama Zarif.
"Asyraf mana Zahra?" Soal Zarif melihat kelibat Asyraf.
"Zahra sibuk lain tetamu," jawab Asyraf tersenyum.
"Adik aku tak buli kau?" Soal Zarif memulakan topik perbualan dengan Asyraf.
"Tak pernah pulak dia buli," seingat Asyraf, memang Zahra tidak membulinya sebab dia yang membuli Zahra.
"Biar betul, kalau dengan aku siap dia suruh aku ambil itu ini," getus Zarif tidak percaya.
"Tapi dia seorang je adik perempuan kesayangan aku." Zarif meluahkan gambaran kasih sayangnya terhadap Zahra.
"Tolong jaga dia baik-baik, dia nampak je kuat tapi sebenarnya hati dia cepat mengalah." Bagitahu Zarif yang masak dengan perangai adik perempuannya.
Asyraf yang menjadi pendengar hanya mengangguk faham, sekarang dia tahu kenapa Zahra disayangi oleh abangnya kerana sikap naif yang boleh melebutkan hati semua orang. Ya, yang satu itu.
Tetamu beransur pulang selepas menjamu selera, Zahra yang sudah kelaparan mengangkat kakinya ke dapur mencari nasi dan lauk. Asyraf yang terpandang kelibat Zahra mengekori Zahra ke dapur.
"Uh!" Sergah Asyraf dari belakang membuatkan Zahra terkejut.
"Awak! Nasib saya tak ketuk kepala awak dengan senduk ni." Geram Zahra yang sedang memegang senduk untuk mencedok lauk.
"Amboi, makan tak pelawa pun suami." Kata Asyraf sinis.
"Awak tak makan lagi?" Soal Zahra.
"Ye lah,aku sibuk layan tetamu. Dari tadi minum air sirap, sampai kembung perut ni." Bagitahu Asyraf menepuk perutnya.
"Awak duduk dulu, saya ambilkan nasi." Kesian Zahra.
Asyraf sudah tersenyum bila Zahra sudah tahu perangainya.
"Amboi, patutlah tak nampak kamu berdua kat luar, rupanya tengah honeymoon kat dapur." Usik Puan Salmah yang masuk ke dapur.
"Perut laparlah ma," jawab Zahra tersengeh.
"Makan ma," pelawa Asyraf.
"Kamu dua makanlah," jawab Puan Salmah lalu pergi meninggalkan mereka.
"Comotlah kau ni," Asyraf mengesat tepi bibir Zahra yang comot. Jantung Zahra sudah berdegup kencang, mamat sengal ni silap hari bulan boleh sakit jantung aku dibuatnya. Gelabah Zahra. Zahra berdiri lalu menuju ke sinki mencuci pinggannya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
_________________________________________Qisha melihat gambar-gambar di dalam sampul surat dengan perasaan marah, lalu dia mencapai kunci keretanya dan memecut laju ke pejabat Asyraf.
Sampai sahaja di pejabat Asyraf, Qisha terus menyerbu ke pejabat Asyraf dengan perasaan marah yang tidak boleh di bendung, Aina di mejanya tidak sempat menghalang bila Qisha melimpasi mejanya dan terus masuk ke dalam bilik Asyraf.
Asyraf yang tengah meneliti fail-fail projek tersentak bila seseorang masuk tanpa mengetuk biliknya.
"Qisha,what wrong with you?" Soal Asyraf.
"I yang patut tanya you, apa masalah you sebenarnya?" Marah Qisha menghentak meja Asyraf.
"Qisha, don't be rude! Tell me, apa yang you tak puas hati dengan I." Amaran Asyraf yang cuba bersabar.
"Ni apa? Siapa perempuan ni? Perempuan simpanan you?" Tempelak Qisha menghumban gambar-gambar Asyraf dan Zahra.
"Jaga mulut you tu," geram Asyraf.
"Qisha, you tak ada hak nak tahu urusan hidup I." Ujar Asyraf.
"I girlfriend you Asyraf, I layak untuk tahu." Jawab Qisha.
"You kena terima hakikat yang I tak cintakan you Qisha." Jelas Asyraf.
"No! You milik I Asyraf." Bantah Qisha sekeras-kerasnya.
"Kalau you tak kahwin dengan I, I tahu lah apa yang I nak buat." Ugut Qisha yang seperti orang gila menagih cinta Asyraf.
"Kalau kau sentuh dia, aku bunuh kau." Tegas Asyraf. Panggilannya dengan Qisha bertukar kau, aku disebabkan Qisha mencabar kesabarannya. Memang kali ini Qisha sudah melampau.
Qisha terdiam, lalu dia melangkah keluar dengan perasaan marah. Asyraf menghembus nafas berat.Qisha cuba bermain api dengannya dan dia perlu berhati-hati dengan Qisha sekarang demi keselamatan Zahra.
_________________________________________Qisha keluar dari lif dengan perasaan marah yang meluap-luap, tiba-tiba dia terlanggar seseorang di pintu masuk pejabat dan dia hampir terjatuh, mujur dia sempat berpaut di lengan lelaki tersebut.
"Oi, buta ker jalan tak nampak orang!" Geram Qisha melepaskan pautannya.
"Eh, Cik Qisha yang langgar saya. Nasib ada lengan saya yang sado ni, kalau tak Cik Qisha dah jatuh tadi." Sindir Hariz tersengeh.
"Bla lah!" Marah Qisha menolak bahu Hariz ke tepi.
"Amboi, garangnya." Hariz terhambur ketawa.
![](https://img.wattpad.com/cover/141221806-288-k488782.jpg)
YOU ARE READING
CINTA X CINTA?
RomantizmAsyraf dan Zahra disatukan atas permintaan keluarga mereka. Asyraf seorang yang cerewet, ego dan selalu menguji kesabaran Zahra. Mampukah Zahra bertahan dan mencintai Asyraf sepenuh hatinya? Asyraf tidak dapat menahan dirinya mencintai Zahra dalam d...