"Weh Alma kau pergi mana tadi? Penat lah aku tunggu kau."Wafa melihat Alma masuk ke dalam kelas dan duduk menghadapnya di kerusi pelajar lain di hadapan wafa. Suka hati dia je nak letak beg orang kat bawah. Ok lah tu daripada mencuri."Lepak arh apa lagi? Takkan lah aku nak buat kerja amal kot."kata Alma malas di dalam kelas. Pelajar semua keluar makan so dalam kelas tempat diaorang berdua melepak sebab sunyi.
"Apa salahnya kalau buat kerja amal sekali pun."seseorang menegurnya dari belakang.
Alma dan wafa berpaling ke belakang melihat orang yang menegurnya.
"Kau asal? Sibuk jer nak menyampuk orang tua bercakap." Alma membalas lalu menjeling Harris yang berdiri di belakangnya.
"Eh Harris kau buat apa kat sini? Tak pergi kantin ke?" Tanya Wafa ingin meleraikan pertelingkahan antara Alma dan Harris. Kalau di biar mahu masuk bilik dua orang ni.
Jangan fikir yang bukan-bukan ye!masuk bilik kaunseling!
"Tak. Aku tak biasa makan makanan dekat kantin."
"Huh! Anak mak." Alma berbisik sendiri sebaik sahaja mendengar alasan dari Harris.
"Apa kau cakap?"
"Aku cakap kau anak mak. Apahal? Ada masalah ke?"
"Kalau aku anak mak sekali pun apa masalah nya dengan kau?"
"Tak. Tade masalah pape pun."
"Habis tu yang engkau cakap aku anak mak apahal?"
"Mulut aku sukati ak... mphhh.. mphh." Belum sempat Alma menghabislan kata-katanya Wafa terlebih dahulu menekup mulutnya. Kalau di biar melarat kang ada peperangan dunia berlaku.
"Harris kau jangan ambik hati sangat eh dengan dia ni. Dia ni memang keras kepala sikit. Aku tak tahulah kenapa dia jadi macam ni. Hehe bye kita orang blah lu!" Tangan wafa masih menekup mulut Alma dan menarik Alma dari duduknya untuk beredar.
Dalam mereka berdua ingin beredar dari kelas itu sempat lagi Alma memberi warning kepada Harris walaupun mulutnya masih di tekup. Kedua jari telunjuk dan jari tengannya di halakan kematanya lalu di halakan kearah mata Harris. (I see you) lalu dia menghalakan penumbuk kecilnya. Auu so cute.
Harris hanya menjengil kan matanya. Apalah nasibnya bertemu dengan perempuan yang menuduhnya pondan itu lagi tempoh hari. Harris menggeleng-geleng kepalanya sambil mengeluh berat.
___________________
Di atas bumbung blok sekolah itu."Ishhh udah udah ler tu! Hish kau ni. Apa masalah kau dengan si Harris tu? Selalunya kau tak macam ni dengan orang baru. Kau diam je dan takkan layan orang baru tu.Wah,aku tahu sangat perangai luar alam kau ni dah 17 tahun dah beb. Apa yang dia dah buat kat kau?"wafa melepaskan tangan Alma sebaik sahaja mereka beruda sampai di atas bumbung sekolah itu.
"Kau nak tahu?" Alma masih bermain tarik tali.
"Hish yelah. Cepatla bagi tau. Kalau kau tak bagi tau aku, aku report dengan pak lang." Ugut Wafa. Eleh setakat Pak Lang nya apalah sangat. Pengetua sekolah ni lah pak lang mereka berdua.
"Eleh aku takut apa."
"Alaa alma bagi tau lah aku.."
"Hishh.. yela.. kau ingat tak handphone note8 aku yang aku baru beli tu?"
"Haah. Kan dah pecah. Asal?"
"Kalau kau nak tau mamat tu lah yang buat dia pecah. So aku tak puas hatilah. Kalau nak ganti balik takpalah. Mana cukup kalau sekadar maaf bagi aku. Dah lah baru beb. Tu hadiah birthday yang ke 17 Daddy aku bagi dalam wasiat dia." Alma sedaya upaya ingin menahan air matanya daripada jatuh. Sayang sangat dengan arwah daddynya.
"Alah kau rileks la. Suruhlah mom kau beli yang baru punya ataupun repair. Bukannya banyak pun yang rosak kan? Screen je kan?" Wafa berusaha untuk memujuk sepupu dan sahabatnya itu.
"Hmm yelah.."
"Weh jom lepak kat bilik muzik. Lama dah kita tak jamming."cadang wafa mengembalikan suasana ceria.
Mata Alma kembali bersinar apabila mendengar cadangan Wafa.
"Kau kawan, cousin, family,adik aku dunia akhirat yang terbaik!"👍
"Aku tahu. Dah jom! Siapa cepat dia menang!"
Mereka berdua berlumba menuju ke bilik muzik. Sticker yang dilekatkan pada dinding tidak di endahkan. Peraturan di buat untuk di langgar
'Do not running!'🚫
Dah terang-terang dia bagitahu kat situ 'do not running' tapi diaorang ni running jugak. Huh memang tak masuk ajar dua orang budak ni.
_______________
"Weh sprinter runner sekolah kalah la dengan aku lah.HAHAHA. Heh aku ingat kan kau laju mana!" Sempat lagi wafa berlagak setelah masuk ke dalam bilik muzik. Dengan nafas yang tercungap-cungap dia bercakap.
"Kau tak nampak ke dekat lorong tu banyak manusia? Takkan lah aku nak lantak ke diaorang tu. Kena lah elak bodoh!" Alma menarik nafasnya dalam untuk mengisi semula oksigen yang telah terbuang ketika berlari tadi.
"Kita rileks sekejap eh. Aku masih semput ni. Fuh ambik nyawa ambil nyawa." Wafa terduduk di kerusi yang ada di hadapan piano itu sambil menarik nafas dalam. Ada lagi ke orang cakap ambik nyawa kalau nak bernafas sekarang ni? Hahahahhahahahaha
Alma pergi mencari suis lampu dan aircond serta merta.
"Fuh berhabuk sia tempat ni. Memang takde orang nak kemas ke? Cikgu muzik makan gaji buta ke?" Kata Alma setelah menunggu beberepa minit untuk aircond berfungsi sepenuhnya.
"Ntah. Ish ish ish,ni kalau aku report kat pak lang baru diaorang nak bertugas aku rasa." Kata wafa sambil menyapu debu pada gitar kegemarannya.
Didalam bilik muzik itu terdapat pelbagai alatan muzik seperti piano, gitar akustik,gitar bass,drum, kerincing,gong,recorder,seruling tradisional dan sebagainya. susunan di dalam bilik muzik itu tidaklah terlalu sempit dan terlalu luas. Hanya boleh muat 5 hingga 15 orang sahaja.
Alma mengambil tempat duduk di hadapan piano manakala wafa duduk di kerusi bersebelahan dengan drum dengan memegang gitarnya tadi.
"Weh nak main lagu apa?"tanya wafa kepada Alma yang masih meniup-niup habuk pada piano itu.
"Kejap aku try test cuba."
Alma menekan papan kekunci satu persatu dan lama kelamaan ia berbunyi sebuah muzik yang indah di dengari. Alma memainkan lagu 'If Only- Kim Se Jeong' dengan sepenuh hati. Semua sebutan dalam bahasa korea dia hafal dan fasih. Dah nama peminat kdrama mestilah tau.
Tbc.
YOU ARE READING
Sprinter Runner
Подростковая литература"Yeah! I agree with what people said to me. Yes i am look like Beauty but i train like a Beast! Hidup aku adalah berlari."-Alma Hana Fardila "She is mean to me. I need that girl because she is my destiny. Kerana awak seorang yang berjiwa besar."-Har...