Bab 7

12 0 0
                                    

P/s media di atas adalah pbg as harris 😍

"Kau!?"

"Aku? Asal?"

"Aku memang bernasib malang." Harris berkata dengan nada berbisik.

"Ni ke budak baru tu?" Tanya Wafa.

"Hmm." Pengetua Ali Mahdi itu hanya sekadar menganggukkan kepalanya. Malas nak cakap banyak.

"Korang nak tolong sangat kan? Haa ni pelajar baru nama dia Harris Aryan Faryzal makesure korang berdua tolong hantar dia pergi makmal junior 4 tanya dengan pembantu makmal nak ambik buku teks dan buku kerja dia ni. Lepastu hantar pergi kelas 5A4 tu kelas korang kan?"panjang lebar pengetua memberi arahan kepada mereka berdua. Tu la nak sangat tolong. Ha meh aku bagi sebijik tolong.

"Dia kelas kitalah Alma! 'Hot' sia macam PBG kau!(Park bo-gum)"bisik wafa di telinga Alma. Seperti orang tak betul. Sewel.

Alma pun terpegun melihat ciptaan Allah di hadapan matanya. Tapi ego nak bertemu sapa. Yalah orang macam dia ni memang tak reti nak bertegur sapa. Tapikan Macam familiar jer muka mamat ni. Mana erk? Tak ingat lah. Asal aku menyampah tengok dia? Muka dahlah kacak macam pbg tp aku menyampah benci tengok muka dia. Tapikan Allah dah dengar doa aku yang aku nak kembar pbg. Terima kasih ya tuhan.

"Right now?"

"Yes Alifatul Wafa. Right now. You alls may go now. Haa Harris awak boleh ikit mereka berdua ni. Mereka berdua ni pelajar contoh suka tolong saya. Ini pun dia orang volunteer nak tolong." Kata pengetua kepada dah macam diva pulak bunyi nya. Si budak dua orang ni dah kembang kempislah tu kena puji melambung. Smirk.

"Come Harris Aryan Faryzal. Follow kitaorang." Harris yang dari tadi hanya diam tersenyum lalu mengekori mereka berdua keluar dari bilik pengetua itu.

_____________

Dalam perjalan di koridor menuju ke makmal junior 4. Senyap sunyi. Hanya bunyi pelajar yang belajar di setiap kelas. Harris yang hanya setia mengekori mereka berdua pun berdiam diri.

"Harris kau ni memang pendiam ke?" Wafa membuka bicara. Kalau bab bab bertemu ramah mesra memang wafa no.1

Mesra alam sangat.

"Eh takdelah. Aku sebenarnya banyak mulut jugak. Tapi kekok nak bercakap dengan orang baru." Jawab Harris dengan nada sopan. Orang tua-tua kata kalau lelaki bercakap dengan nada perlahan orangnya romantik.

'Mak ai suara dia,macho siaa.' Kata wafa di dalam hati.

"Oh. Macam tu." Wafa mengangguk mengerti.

"Err,aku nak tumpang tanya ni."

"Kau nak tanya ke nak tumpang?" Dah start dia punya lawak bodoh ni.. wafa wafa..

"Aku nak tanyalah. Lawak sia." Kata Harris dengan sisa tawanya.

"Hmm tanya tanya."

"Korang berdua nama apa? Aku tak tau nak panggil apa."Harris menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Lah dari tadi sembang tak tahu nama pulak.. okay aku Alifatul wafa. Kau boleh panggil aku wafa. Ni sebelah aku bestfriend dunia akhirat aku. Alma Hana Fardila. Oit ma kau nak dia panggil apa?"sempat lagi Wafa bertanya dengan Alma. Dari tadi berat sangat mulut nak bercakap dengan orang baru.

"Sayang pun boleh." Dengan muka seriusnya Alma menjawab. satu ayat keluar pun dah boleh membuat orang gelak macam pontianak.

"Betul eh? Hahahahah"kata wafa dengan ketawanya sambil memukul mukuk tangan Harris. Kalau gelak memang tak ingat dunia. Semua benda nak di pukul.

"Hish takdelah panggil aku Alma sudahlah. Itu pun nak bertanya bagai."Alma memusingkan bebola matanya menunjukan dia bosan.

"Weh tu makmal junior 4. Jom masuk." Wafa mengajak Alma masuk sekali.

"Eish taknak ah aku. Aku nak tunggu kat luar je."jawab Alma malas.

"Tadi beria-ria kau nak tolong pengetua. Sekarang malas pulak? Apalah nasib badan dapat kawan malas cenggini."

"Alah aku mintak tolong sebab nak escape masuk kelas. Leceh ahh."

Harris menggeleng kepala mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut Alma. Tak sangka ada jugak budak perempuan yang cantik macamni.

"Hish yelah yelah. Harris jom ikut aku." Harris mengangguk lalu masuk ke dalam makmal tersebut.

Hampir sepuluh minit jugak mereka berdua berada di dalam itu dengan bantuan pembantu makmal, akhirnya harris dan wafa pun keluar dengan buku teks yang di ikat rapi, buku latihan dan buku kerja di dalan plastik.

Alma berasa kasihan apabila melihat harris membawa buku teks dan buku latihan lalu dia mengambil plastik berisi buku latihan itu tanpa berkata apa-apa. Dia nak tolong tapi ego nak cakap 'biar aku tolong'.

Baru sahaja Harris ingin membuka mulut tetapi Alma terlebih dahulu berjalan ke hadapan.

"Its okay. Jom. Dia memang macam tu. Ego sangat." Wafa menjawab soalan yang berada di dalam kepala Harris.

"Oh ye ke..hmm"

Mereka bertiga pun berjalan menuju ke kelas. Cun sangat dah tiga-tiga sama kelas.

_____________________

Sewaktu sampai di hadapan kelas awal-awal lagi cikgu tu dah membebel. Cikgu lelaki mengajar math.Di tanya jawabnya seperti biasa. Soalan yang dijawab dengan soalan. Memang takde modal lagilah kalau orang lain nak jawab.

Harris memperkenalkan diri di hadapan kelas dan ramai pelajar perempuan bersorak. Pelajar lelaki semua menjeling. Dengki ler tu.

Setelah berkenalan dia pun duduk di meja kosong di hadapan. Nasib baik dalam kelas ni ada banyak tempat kosong. Heh! Jangan haraplah kau nak duduk sebelah aku macam dalam novel tu. Pelajar dalam kelas ada 25 orang..meja kosong dalam kelas ada 3. Sebab ramai yang pindah kelas lain so takde masa nak angkat meja ni. Kalau nak alih sila angkat sendiri.

Alma dan Wafa duduk bersebelahan tetapi meja di pisahkan. Maksudnya meja dalam kelastu di susun dua-dua,diaorang berdua pulak duduk di belakang sekali dan sebelah tingkap sebelah kanan. Meja yang Alma duduk sekarang ni ada kosong di sebelah kanan. Dipisah dan sebelah Alma diduduki oleh Wafa. Sebelah wafa pulak budak cina. Faham dok? Kalau tak faham lagi buat buat faham je la yer..

Sepanjang waktu pdp math Alma hanya tidur dan malas nak belajar math. Kerana dia tahu yang dia sangat lemah bengal dan bebal dalam math. Kalau subjek Bm,Bi,Sc,Sej,danPsv tu semua memang lah dia hebat. Tapi math lah satu satunya subjek yang tak akan dan tak pernah masuk dalam kepala. Sebab apa? Ntahlah dia sendiri pun tak tahu.

Pap!

Satu kapur putih hinggap di kepala Alma.

"Argh sape yang main baling-baling kapur ni?!" Tanya Alma marah sambil mengusap-usap kepalanya. Sakit siaa kena baling kapur. Korang pernah kena tak? Kalau tak meh aku baling.

"Pstt weh cikgu yang baling!" Bisik wafa di sebelahnya.

"Ish cikgu dah apahal main baling-baling kapur ni?" Selamba badak jer dia menyoal cikgu macam tu.

"ALMA HANA FARDILA! BERDIRI DEKAT LUAR SEKARANG!?" Hampir nak terkeluar anak tekak cikgu tu menjerit. Alma dengan muka selambanya keluar berdiri di hadapan kelas.

"Kepada pelajar lain, kalau tak nak belajar kamu join lah budak perempuan yang berdiri dekat luar tu. Kamu ingat spm ni main main ke ha? Walaupun credit spm math tak payah lulus kamu kena belajar jugak untuk masa depan kamu. Macam mana kamu nak kira semua modal kamu untuk kehidupan kamu selepas habis belajar nanti? Faham?! Kamu jangan ingat ibu bapa kamu kaya kamu orang boleh belanja sesuka hati duit mereka. Sesetengah ibu bapa nak anak mereka berdikari dan bekerja mencari rezeki untuk menjaga mereka nanti. Semuanya berkaitan dengan math." Bila cikgu berbicara. Alma hanya menguap apabila mendengar cikgu itu membebel. Memang panas lah punggung diaorang kat dalam tu mendengar ceramah free ni.

Tak lama kemudian Alma berlalu pergi dari situ. Biarlah cikgu bukannya perasan. Syok sangat mengajar. Alma merayau rayau di seluruh blok sekolah itu sehingga bunyi loceng rehat.

__________________

Tbc.

Sprinter RunnerWhere stories live. Discover now