Kereta Porsche hitamnya diparkir di garage rumah besar milik keluarganya. Nafas ditarik dan dilepaskan dan terus dia keluar dari kereta. Kakinya tenang menapak ke arah pintu besar rumahnya. Maid-maid yang sedang bekerja sudah sedia maklum tentang kehadiran Efran pada hari ini.
Pintu dibuka dan Efran terus menapak masuk sambil beg-begnya di angkat oleh driver mereka.
Tiada suara langsung kedengaran di dalam rumahnya. Hanya bunyi lagu jazz yang bermain. Efran rindu rumahnya walaupun baru beberapa bulan ditinggalkan.
Yes, it's been months since Hana dan Azreef sah. Efran senyum.
Sis-in-law..
" Ajiq! " Terus Puan Sri bergegas mendekati Efran dan memeluk anaknya. Appearance Efran dah berubah. Dia jadi sangat matang walaupun wajahnya comelnya masih ada.
" Ya Allah.. Mama rindu sangat.. " Puan Sri dah berlinang airmata sambil menyentuh pipi anaknya. Efran senyum terharu.
" Ajiq rindu mama jugak. " Ikhlas dan Efran senyum.
" Ajiq sihat? Dah makan? Kalau belum, mama ada masak kat dapur tu. " Laju Puan Sri menutur. Dia gembira. Dia keseorangan sahaja di rumah selama beberapa bulan ni. Azreef? Busy kerja katanya.
" Dah la,ma. Don't worry.. Mama sihat? Mana yang lain? " Efran memerhati keliling.
Puan Sri senyum. " Daddy kat office. "
" Akem? " Tenang dan selamba.
Hana mana?
Soalan itu hanya disuarakan di dalam hati sahaja.
" Kat rumah dialah, sayang. Dia kan dah ada family.. " Puan Sri risau. Dia takut anaknya tiba-tiba berkelakuan lain.
Efran terus pandang Puan Sri. Bibirnya menggigil tiba-tiba.
" Fam-family? They already.. "
" Eh,no. His wife tu kira family dia lah, Ajiq.. " Puan Sri senyum dan Efran tersenyum pahit.
Family kita juga.
" Okay, Ajiq rehat dulu.. and then bila nak makan ke apa ke, turun. Mama tunggu sini, okay? "
Efran senyum and say okay to Mama. Dia terus melangkah ke biliknya. Puan Sri jadi risau tentang perubahan Efran.
Takpelah, Ajiq penat, getus hati Puan Sri.
" Sayang! " Terkejut Hana bila terasa sepasang tangan memeluknya. Azreef sengih.
" Hmm buat apa ni? " Dagunya pada bahu Hana.
Hana senyum. " Malas nak jawab. "
Azreef pula senyum. Dia tahu Hana tengah masak tapi pi tanya lagi. Azreef terus cium dan gigit-gigit leher Hana.
YOU ARE READING
Faith
Lãng mạnNur Ezhana Azzahra - She has everything. Wealth, friend's love, her brother's love and after years since she was born, alhamdulillah, she got her parents' love. it's just her past with her first love made her went traumatized. Love ; she never expec...