Chap 1

1.8K 43 0
                                    

Aku menuruni tangga menuju ke ruang makan untuk sarapan pagi. Kelihatan ma dan pa masih di meja makan bersama dengan agenda masing - masing.

Ma kelihatan sibuk dengan tabletnya, sedang membuat semakan tentang jadualnya manakala pa sedang menjawab panggilan telefon.

Aku mengeluh dalam hati sekadar menggambarkan betapa aku enggan bertembung dengan mereka lagi - lagi seawal pagi ini.

'Kenapala aku ada kelas pagi - pagi macam ni ' kata - kata penyesalan ini hanya muncul sebagai desis hati semata.

Kaki aku masih melangkah mendekati meja makan. Kelihatan Mak Yam sedang menghidangkan sarapan untuk aku. Kerusi di hadapan ma di tarik sebelum punggungku dilabuhkan di situ.

"Mel, make sure tomorrow you go for date with Haikal " arahan ma seolah angin yang menyapa telinga aku.

Inilah faktor kenapa aku enggan bertembung dengan mereka, pagi - pagi lagi dah spoilkan mood aku.

"I have class " penipuan yang sama aku berikan setiap kali ma mengaturkan date aku dengan sesiapa yang dia berkenan.

"Pa dah check jadual kelas Mel dan esok Mel free " pa bersuara setelah lama berdiam.

"I'm not going. Stop pushing me like you do really know me " putusku sebelum bangkit dari meja makan. Baik aku breakfast di kolej saja nanti.

"Mel! You have to go and I know you're going to go. And please stop wearing those ugly clothes " kata - kata ma membuatkan aku tersenyum sinis.

"Really? Apa yang membuatkan ma yakin? Dan ma takde hak untuk komen apa apa pasal Mel lepas apa yang ma dan pa dah buat. Ops! Maybe ma dah lupa." sindirku sebelum beredar, kunci kereta dari kotak kunci di capai.

Aku melangkah menuju ke garaj kereta. Segera aku meloloskan diri masuk ke perut kereta aku. Ikutkan hati, aku ingin tinggal sendiri saja. Namun, pa awal - awal lagi sudah memberikan aku amaran. Nak tak nak aku perlu menuruti jua, lagi pula aku tiada keberanian untuk tinggal sendirian.

Kereta Swift putih aku membelah jalan menuju ke destinasi di mana kolej aku terletak. Sepanjang perjalanan aku sempat terfikir tentang cubaan ma yang sering gagal dalam menjodohkan aku dengan anak - anak temannya. Ma seolah lupa tentang apa yang pernah dia lakukan pada aku suatu ketika dulu.

***

Setelah selamat tiba di kolej, aku menuju ke kafe untuk membeli sandwiches sekadar untuk mengalas perut. Lagipun aku enggan gastrik aku menyerang saat - saat sedang belajar nanti. Nampaknya keadaan kafe masih lenggang, mungkin kerana tidak ramai yang mempunyai kelas pagi.

Kelihatan dari jauh, kaunter yang menjual roti dan sandwiches kosong. Aku merungut pilu saat melihatnya namun saat itu aku sedar bahawa masih terdapat satu lagi set sandwiches. Seraya itu, aku melajukan langkahku untuk mencapainya.

Namun, sudah ada tangan yang mengambilnya terlebih dahulu. Aku terkejut dengan apa yang terjadi, malah lelaki itu segera membayar dan beredar.

Akhirnya,aku memutuskan untuk membeli sekotak susu sebagai ganti. Namun hati aku masih tersimpan sedikit rasa sebal dengan apa yang terjadi. Tapi nak buat macam mana, bukan rezeki aku.

***

Setelah tamat saja kelas pada pagi itu, aku berjalan menuju ke perpustakaan memandangkan masih awal lagi waktu lunch dan aku juga malas untuk pulang ke rumah. Aku mengambil tempat biasa yang aku duduki dan sememangnya tempat tersebut agak jauh dari kumpulan lain serta jarang sesiapa duduk di situ.

Untitled DreamWhere stories live. Discover now