Chap 26

327 22 0
                                    

Malam itu, aku termenung di luar bilik. Benar kata Mak Yam yang Hanna dah tau. Entah macam mana dia boleh tahu sebelum waktu. Sungguh aku takut, aku takut hilang dia.

Bertahun nama dia tertulis kat hati aku. Kalau bukan sebab amanah Emeriz sekalipun, aku akan tetap cari Hanna dan aku akan tetap sayang dia.  Tetiba aku teringat semula saat pertama aku jumpa dengan Hanna. Sewaktu Hanna datang melawat Emeriz di asrama.

***

Ketika aku dan Emeriz sedang mengulang kaji pelajaran di bilik belajar, tetiba ada junior datang memanggil Emeriz. Katanya ada yang melawat.

"Wei, aku turun jap eh?  Kau nak ikut sekali ke? " Emeriz mengemaskan buku di atas mejanya sebelum berdiri dari duduk.

"Sokay, yang nak dilawatnya, kau bukannya aku. Pergila, aku stay sini je" aku menolak ajakkan Emeriz.

"Hm, okla. Aku gi dulu. Taknak dia tunggu lama" ujar Emeriz, sebelum beredar dari situ.

"Wei, tolong? " belum sempat aku habiskan ayat aku, Emeriz dah hilang dari pandangan.

'Ala, baru nak minta tolong refill kan air. Aduh, nak taknak kenala turun' aku merungut perlahan. Buku buku aku dan Emeriz, aku kumpulkan setempat. Aku melangkah turun ke water cooler di aras bawah bangunan putera.

Dari situ aku lihat Emeriz sedang memeluk seseorang. Lama mereka peluk, kemudian aku lihat Emeriz mengesat air mata gadis yang dipeluknya tadi. Satu ciuman diberikan pada dahi gadis itu.

'Emer, Emer. Sweet kau boleh tahan gak eh? '

Pandangan aku masih terpaku pada gadis tadi, raut wajahnya yang sayu dan manja itu menarik hati aku untuk terus melihat. Kelihatan dia menarik muka merajuk saat Emeriz mengusiknya sesuatu. Keakraban mereka sangatlah aku suka melihat. Dan yang penting, aku nak tau siapa gadis itu.

Tetiba pandangan aku dan dia bertembung. 'Habis, kantoi kau'.  Aku menguntumkan senyuman buat gadis itu, tapi langsung tak dihiraukannya. Kiranya, dia tak nampak aku usha dia. Huh, lega rasanya. Setelah selesai refill air. Aku beredar kembali ke bilik belajar tadi.

"Oi, khusyuk belajar" sapa Emeriz yang baru muncul. Ditangannya terdapat bekas makanan dan air. Mungkin pemberian gadis tadi.

"Khusyukla sangat, masuknya tidak. Lamanya kau pergi"

"Lama eh? Aku tak sedar pun. Sorryla kalau kau rindu" Emeriz seraya mengambil tempat di hadapan aku. Buku buku di atas meja itu dikemasnya.

"Takde maknanya aku rindu, tadi aku baru nak minta tolong kau refillkan air untuk aku"

"La, ye ke? Sorry, Fiq. Aku nak cepat tadi, tak dengar. Lagipun aku taknakla dia tunggu lelama" Emeriz beriak serba salah, dasar drama King la kau.

"Dia? Siapa? Gf kau ke?" memang tu yang aku nak tau. Kalau gf si Emeriz, takkanla dia leklek je peluk perempuan tu.

"Eh, tu bukan setakat gf aku. Nyawa aku, sebahagian dari aku adalah dia tau" kata kata Emeriz secara tak langsung memusnahkan angan aku tadi. Takkanla nak rembat gf bestfriend sendiri kot.

"Hm, tapi takkanla sampai nak berpeluk macam tu. Agak agak la Emer, dosa tau" aku tegur Emeriz setelah teringat keterlanjuran dia tadi.

"Alah, peluk je kan. Selalu kitorang tidur sesama, ok je" aku terkejut mendengarnya, takkanla perempuan tadi rela je. Aku beristigfar dalam hati. Kedengaran Emeriz ketawa.

"Kau kenapa, Emer?"

"Kau kena tengok muka kau bila aku cakap macam tu tadi. Fiq, sejahat aku ni takdela sampai nak rosakkan anak dara orang. Tu adik aku la. My one and only adik" Emeriz masih berbaki ketawanya.

"Adik? Bukan gf?" soal aku, masih blur lagi.

"Adeh kau ni Fiq" seraya itu, Johan mengeluarkan phonenya. Lockscreen ditunjuknya.

"Ni yang selalu aku cite kat kau tulah, Johanna Emelda. Dia bukan setakat adik aku. Dialah buah hati aku, racun dan penawar. She's my everything" kelihatan gambar Emeriz dan adik dia menjadi locksreen wallpaper. Macam manala aku boleh tak perasan, padahal aku selalu main phone Emeriz.

"Heh, kau kenakan aku"

"Hahaha, sorry Fiq. Dah kau blur sangat. Jangan marah, nanti kena jual.  Dahla, jom makan. Adik aku beria bawakan ni, katanya dia yang masak. Macamla aku percaya, mengelat je dia tu" bekas makanan tadi dibukanya satu persatu ke atas meja. Bau nasi ayam menerjah ke deria bau aku.

"Favourite kau"

"Tak, favourite kita la.  Makanla, sorry lambat naik. Nak pujuk adik aku nangis satu hal, aku tau betapa manjanya dia ngan aku. Sampai aku takut apa yang akan jadi kat dia, kalau aku takde" kata kata Emeriz membuatkan suapan aku terhenti.

"Doa dan minta kat Allah, Emer. Aku tau kau faham maksud aku dan aku tau kau dah cukup besar untuk pikir mana baik mana buruk"

"Weekend ni kau ikut aku balik. Temankan aku" Emeriz kelihatan berselera menikmati makanan yang dibawa adiknya. Padahal tadi dah melantak nasi goreng dah.

"Buat apa?  Taknakla aku, seganla" tolakku.

"Ah kau, takde takde. Temankan aku juga, birthday Hanna weekend ni. Kenala balik, kalau tak kesian dia. Ma ngan pa aku cam sibuk je"

"Hm, okla. Rapat eh kau ngan adik kau"

"Jarak kitorang 3 tahun, dah kitorang 2 beradik je. Lagipun parents kitorang busy"

***

Hari itu, Emer banyak ceritakan kat aku pasal Hanna. Jelas kelihatan yang dia sangat sayangkan Hanna. Malah, setiap cerita dan luahan dia, terselit rindu yang menggunung kat adik dia. Sejak dari tu, aku mula menyimpan rasa sayang terhadap Hanna. Setiap cerita Emeriz, buatkan aku makin mengenali Hanna secara tak langsung.

Aku tahu yang Hanna suka makan seafood, suka benda yang adventure walaupun sebenarnya manja. Tahu yang Hanna takut dengan bunyi petir. Aku ingat lagi, kalau hujan lebat waktu malam dan petir. Emeriz akan skype dengan Hanna bagi menemani Hanna sampaila Hanna tertidur.

Aku tahu segala tentang Hanna tanpa perlu berkenalan secara langsung dengan Hanna. Sebab itulah, aku ada keyakinan untuk menunaikan amanah Emeriz dan menjaga Hanna sebaik mungkin. Kalau bukan sebab Emeriz sekali pun, aku tetap akan jatuh sayang dengan gadis sepolos Hanna.

Malah, sepanjang 7 tahun berpisah dengan Hanna. Tak pernah sekalipun aku berhenti risaukan Hanna dan fikirkan Hanna. Sungguh aku ikhlas dengan perasaan ni seperti mana aku ikhlas bersahabat dengan Johan Emeriz.

***

Lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now