Semasa aku sedang menikmati makanan aku di ruang tamu, telefonku berdering. Seraya itu aku mencapainya. Remote TV dicapai untuk mengurangkan volume sebelum menjawab panggilan tersebut tanpa melihat pemanggilnya terlebih dahulu.
Zarith : Hello. Assalamualaikum, Hanna.
Hanna : Waalaikumsalam, Zarith. Ada apa call saya ni?
Zarith : Saja, mesti Hanna bosan sorang - sorang kat rumah. So, Zarith just buat phone call check je. Mana nak tau apa apa jadi kat Hanna.
Hanna : Heh, takdela. Mak Yam ada je ni. Awak dah kemas barang ke?
Zarith : Hm, dah. Baru lepas kemas. Itu yang call awak. Awak okay?
Hanna : Okay je. Kenapa?
Zarith : Takdela, risau kalau Hanna tetiba tak okay.
Hanna : Takkanla memanjang saya tak okay. Awak ni.
Zarith : I'm just asking you.
Hanna : Ya, Hanna tau. Thanks sebab concern dengan saya.
Zarith : My pleasure. Saya tak nak Hanna sedih dan taknak apa apa jadi dengan Hanna.
Hanna : Hm, yalah. Takde apalah. Saya okay setakat ni.
Zarith : Alhamdulillah kalau macam tu. But still, saya akan selalu risau pasal awak.
Hanna : Ya, ya. Hm, saya nak tidur dah ni. Sorry.
Zarith : Eh. Takpe. Lagipun awak memang selalu tidur awal kan? Jadi, salah saya sebab tak alert.
Hanna : Takpe. Hm, okayla. Night.
Zarith : Night Hanna. Sweet dream and take care okay?
Hanna : Okay. Awak pun. Bye.
Zarith : Bye, assalamualaikum.Panggilan dari Zarith aku tamatkan. Perhatianku kembali ke kaca TV. Sebelum sekali lagi terganggu oleh panggilan. Dengan malas aku menjawabnya. Entah siapa yang menelefonku malam malam begini.
Hanna : Hello.
Syah : Assalamualaikum, Hanna. Syah ganggu Hanna tidur ke?
Hanna : Eh, takdela. Hanna tengah tengok TV sambil makan je ni.
Syah : Mushroom soup?
Hanna : Eh, haah. Pandai Syah teka.
Syah : Haha, dah agak dah. Hanna jangan lupa minum hot milk before Hanna tidur.
Hanna : Ya, thanks sebab ingatkan. Nanti Hanna minta Kak Maya bancuhkan.
Syah : Eh, Hanna bancuhlah sendiri.
Hanna : Tak maknanya. Hanna mana tau buat semua tu.
Syah : Laa, Hanna still tak reti ke? Hanna dah 22 tau. Mana boleh macam tu.
Hanna : Hm, yala. Nanti Hanna belajar. Nanti okay, nanti.
Syah : Haha, ni nak merajuk ke apa ni. Jangan nak boikot Syah pula.
Hanna : Ya, tak merajuk la.
Syah : Eleh, macamla tak kenal Hanna. Sikit - sikit merajuk, tak dapat benda nak merajuk. Cengeng.
Hanna : Wow, cakap macam dah lama kenal Hanna.
Syah : Hanna tidur pukul berapa?
Hanna : Hm, tak tau lagi sebab tak ngantuk lagi.
Syah : Ouh, jangan tidur lambat sangat tau. Esok kalau Hanna lambat, Syah tinggal.
Hanna : Tinggalla, macamla sanggup. Heh.
Syah : Yala, yala. Kang merajuk pula. Pastu menangis kat kolam macam dulu.
Hanna : Apa Syah?
Syah : Tak ada apa. Dah, sekarang Hanna habiskan makanan. Minum hot milk dan wash up. After done all that, text Syah. Let me know okay?
Hanna : Okay.Tetiba aku terbersin kecil. Ah, sudah. Jangan nak selsema pula.
Syah : Hanna, Hanna demam ke? Kan tadi Syah dah pesan. Hanna ni. Degil.
Hanna : Mana ada, I'm okay.
Syah : Haih, kalau demam esok. Siap eh?
Hanna : Janganla.
Syah : Jangan nak merengek dengan Syah. Ni mesti lambat mandi tadi. Itu yang dah selsema ni.
Hanna : Hm, Syah.
Syah : Apa? Nak pujuk la tu. Takut kena marah.
Hanna : Mana ada.
Syah : Yala tu.
Hanna : Haha, yala. Okay. Hanna nak cuci mangkuk dan buat apa yang Syah suruh tadi.
Syah : Okay. Bye, princess.
Hanna : Bye.Aku tamatkan panggilan sambil ketawa kecil. Terasa terharu dengan layanan Syahran yang prihatin dalam melayan aku. Tak ubah macam,
"Rafiq " seruku perlahan tanpa aku sedar.
Lamunan aku tidak kekal lama sebelum aku bingkas bangun ke dapur.
***
'How I really miss you Hanna ' hati aku merintih pilu setiap kali aku dekat dengan Hanna. Aku tak dapat mengelak dari mendekati Hanna. Sungguh, aku tersepit saat Hanna mulai meluahkan segalanya.
Kejadian di tasik tadi sedikit sebanyak membuatkan aku dalam dilema. Ikutkan hati aku tadi, aku ingin mengaku sahaja bahawa aku adalah Rafiq. Namun, mustahil untuk Hanna faham memandangkan diriku kini 100 peratus bukanla aku yang dulu.
Setelah terselamat dari kemalangan tersebut. Aku cedera teruk dan wajahku cedera teruk berpunca dari kaca - kaca dari cermin kereta serta keadaan aku yang tercampak terus ke tar. Kejadian itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap tubuhku.
Lama aku koma, mujur ibu dan ayah pindahkan aku ke NY.Akhirnya, aku sedarkan diri setelah hampir 3 bulan terbaring kaku di katil hospital. Keadaan aku mulai stabil namun hatiku di sapa nanar saat terkenang sahabat yang aku cintai terkorban. Sungguh saat itu, jiwa aku seakan melayang terbang ke sana ke mari tiap kali aku teringatkan Johan Emeriz. Keadaan aku menjadi lebih trauma kerana kecacatan pada wajahku.
Sehingga aku membuat keputusan dengan dorongan ibu dan ayah, aku membuat pembedahan plastik pada wajah aku. Namun, sayang kerana aku tidak mampu mendapatkan kembali wajahku yang dulu. Hal inilah yang menyekat aku daripada berterus - terang dengan Hanna tentang keadaanku kini.
Percayakah Hanna pada setiap apa yang aku katakan? Masih ada lagikah sayang Hanna pada aku? Lagi pula aku sudah bukan lagi aku. Hanna sayangkan Rafiq dan malangnya yang ada kini hanyalah aku.
Sungguh aku tak sanggup mendengar luahan Hanna tadi. Dan aku sangat maksudkan apa yang aku katakan tadi. Aku ingin tahu setiap apa yang terjadi dalam hidup Hanna sejak dari hari Johan dan 'aku' terkorban. Setiap kenangan yang Hanna kumpul sejak dari hari tersebut. Sungguh hati ini milik Hanna seperti mana hati aku pada Emeriz dulu.
Lamunan aku terganggu saat telefonku berbunyi menandakan ada notification yang masuk. 'Little Princess '.
Syah. Hanna dah settle dah apa yang Syah suruh buat. :)
Aku tersenyum saat membaca mesej yang dihantar oleh Hanna.
Alhamdulillah. So, are getting asleep? :)
No really sebab Hanna tak ngantuk lagi. Syah?
Belum. Hanna tryla lelapkan mata tu.
Okay. I 'll try.
Good. Dah tidur. Night. Sweet dream, princess. Don't forget to count the sheep.
Night, sweet dream juga. Bye.
Bye.
Aku terasa gembira dengan situasi aku dan Hanna. Sampai aku terfikir untuk tidak bongkarkan apa yang aku enggan dia tahu. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
Aku tersenyum gembira saat terkenangkan sikap Hanna. 'Sungguh, aku sayangkan dia ' hatiku menjerit hebat. Lama kelamaan, aku terlena.
***
Lot of 💖
YOU ARE READING
Untitled Dream
RastgeleDisebalik identiti yang diselindungnya, ada janji yang dipegang. Dari jauh dia perhatikan si bidadari hatinya, mengumpul keyakinan untuk menyembuh parut di jiwa itu. Cintanya pada 2 beradik itu mengatasi rasa takut yang dia hadapi. Dia sedia menggal...