Chap 24

315 20 0
                                    


  Aku mula buntu dengan sikap Hanna yang berubah mendadak, perubahan dia sukar untuk aku tafsir. Dia seolah - olah mengelak daripada aku. Tapi aku sendiri buntu tentang punca sebenar dia menjauh. Apa aku ada menyakitkan hati dia? Setahu aku, tiada perbincangan serius antara kami.

  Melainkan sewaktu Hanna berterus - terang tentang hal dirinya sewaktu kami berada di food truck tempoh hari. Namun, adakah benar kerana itu? Aku akui yang aku tidak menamatkan perbincangan kami.

Malah aku biarkan perkara itu tergantung, mungkin Hanna benar - benar maksudkan yang dia ingin melangkah ke hadapan dan meninggalkan memorinya sekadar memori.

  Tapi aku sendiri masih takut untuk memulakannya. Aku takut andai penglibatan aku dalam membantu Hanna akan membuka ruang untuk dia mengenali aku sebagai Rafiq.

Namun, bila difikirkan semula. Aku sendiri keliru sama ada aku ingin Hanna tahu tentang aku? Atau membiarkan segala itu tersimpan rapi dan meneruskan perkenalan kami sebagai aku yang baru.

  Memikirkan hal ini membuatkan aku terfikirkan sesuatu. Adakah Hanna sudah tahu tentang diri aku? Zarith ke yang membongkarkan segalanya? Setahu aku, ibu bapa aku sudah memberi amaran kepada Zarith tanpa pengetahuan aku, supaya tidak mengungkit soal masa silam aku.

  Kini, aku sedang sibuk menyediakan bahan - bahan BBQ. Bekalan bahan basah seperti sotong, udang, ayam dan lain - lain lagi sudah disediakan oleh pihak resort memandangkan ayah Hanna sudah membuat persediaan rapi untuk memastikan Hanna gembira. Aku dibantu oleh Zarith dan Mak Yam. Cuma Hanna saja yang masih belum memunculkan diri.

“Mak Yam, Hanna mana? Dia tak turun lagi ke? “ belum sempat aku bertanya, Zarith sudah terlebih dahulu bertanya. Haih, cepat je dia.

“Hanna kat bilik lagi. Tadi masa Mak Yam turun. Hanna sedang berehat dan rasanya dia terlelap “ Hm, pelik sebab Hanna bukannya jenis tidur sebarangan.

“Hanna tak sihat ke? “ aku mencelah memandangkan Hanna di bawah tanggungjawab aku sepanjang kami bercuti ni.

  Belum sempat Mak Yam menjawab, kelihatan Zarith sudah tersenyum manis. Seraya itu aku memalingkan muka melihat ke arah yang Zarith perhatikan. Disebabkan aku duduk membelakangkan laluan masuk ke pantai, jadi aku tidak perasan tentang kehadiran Hanna.

  Hanna kelihatan sopan dengan sundress yang labuh bersama dengan cardigan kelabu, rambutnya dilepaskan begitu saja. Namun, raut wajahnya menggambarkan yang dia sedang punya masalah.

Tiada riak gembira tergambar di wajahnya, andai ada sekalipun aku yakin bahawa dia hanya berpura - pura dan aku tidak senang melihat Hanna berpura - pura tersenyum.

  Kelihatan Zarith menuju ke arah Hanna sebelum mengajak Hanna duduk bersama sama di kerusi yang berdekatan dengan tempat pemanggang. Dari jauh aku melihat Hanna ketawa senang saat Zarith mengusiknya di situ.

“Rafiq, sampai bila Rafiq nak buat Hanna macam tu. Sekarang ni, Rafiq sendiri yang makan hati bila Rafiq tengok Hanna rapat dan mesra dengan Zarith “ suara Mak Yam menyentakkan aku dari lamunan tadi.

“Apa maksud Mak Yam ni? “ sungguh pada saat ini, jantung aku berdegup semaksima mungkin.

“Mak Yam tau yang sebenarnya Syahran ni adalah Rafiq. Bukan ke Rafiq sendiri ke yang kenalkan diri Rafiq dulu kat Mak Yam. Nama penuh Rafiq. Lagipun, banyak benda yang Syahran buat kat Hanna baru - baru ni seperti yang Rafiq pernah buat dulu. Segala cara Syahran dalam handle Hanna, sama macam mana Rafiq buat. Cara Syahran memang sama dengan Rafiq. Dan Mak Yam tak tahula kalau apa yang Mak Yam ni salah “ penerangan Kak Maya sedikit mengusarkan aku.

  Kalau Mak Yam yang hanya pemerhati boleh sedar tentang diri aku, bagaimana pula dengan Hanna. Seraya itu, aku dihimpit kerisauan yang melampau. Pelbagai persoalan muncul di fikiran aku tentang semua kemungkinan yang akan berlaku sekaligus penerimaan Hanna terhadap apa yang aku buat.

“Maaflah kalau Mak Yam salah orang. Mak Yam cuma luahkan apa yang akak sangka “ suara Mak Yam sekali lagi menarik aku kembali kepada realiti.

“Hm, saya minta maaf kalau Mak Yam rasa tertipu dengan apa yang saya buat. Saya cuma tak tau macam mana nak jelaskan semua ni dengan Hanna. Saya bukan lagi Rafiq yang dia pernah kenal, saya ni Syahran. Saya sendiri masih mencari jalan untuk terangkan pada Hanna cuma saya masih tak jumpa jalan penyelesaian. Saya takut nak terima kenyataan tentang identiti saya “ aku meluahkan juga apa yang terbuku di hati aku, mungkin sudah lama aku memendam semua rahsia ini.

“Macam mana kalau Hanna dah memang tahu pasal ni? “ dugaan Kak Maya seakan menambahkan lagi batu di bahu aku.

“Hah? Betul ke? “ hati aku mula gusar memikirkan tentang apa yang terjadi ini. Sungguh aku buntu kerana memikirkan segala kebarangkalian yang akan berlaku. Terfikir untuk aku tarik diri dalam percaturan ini. Namun teringatkan amanat yang diberikan Emeriz membuatkan aku masih terus berhadapan dengan semua ini. Cukuplah aku menyepi selama ini.

“Entah, Mak Yam agak je. Tapi kalau Hanna dah tau, mestila dia gembira kan? Mak Yam tahu betapa dia sayangkan Rafiq. Kalau tidak, mustahil Hanna yang dulu jadi Hanna yang sekarang. Selama Rafiq tak ada, Hanna tak pernah ada sesiapapun. Di usia dia sekarang ni, sekurang - kurangnya mestila dah ada kawan lelaki. Ni tak, bukan setakat kawan lelaki, kawan perempuan pun dia takde. Fikirkanla, Mak Yam tau Rafiq dah cukup matang untuk faham “ seraya itu, Mak Yam beredar meninggalkan aku yang masih dalam kekeliruan menuju ke arah Hanna dan Zarith.

Hanna dan Zarith kelihatan sedang berbual kosong sambil bersantai di kerusi yang tersedia di kawasan pantai itu. Terbit rasa janggal di hatiku saat mengenangkan kemungkinan bahawa Hanna mengetahui tentang identiti aku.

Separuh dari diri aku terasa senang dengan kemungkinan tu kerana sekurangnya Hanna takkan terkejut dengan explanation aku nanti. Separuh lagi risau kalau kalau Hanna buat keputusan untuk jauhkan diri dari aku. Aku taknak hilang Hanna sampai satu tahap aku takut dia takleh terima diri aku yang jelas berbeza dengan Rafiq yang dia kenal.

Meskipun jiwa aku adalah Rafiq tapi jelas yang jasad aku adalah bukan. Jasad aku bukanlah lagi Rafiq yang Hanna kenal. Wajah aku dah totally lain dari Rafiq yang dulu. Mungkin masih ada iras tu, tapi tetap bukan Rafiq yang dia kenal.

Tapi kalaulah Hanna tau yang perasaan terhadap Hanna ketika menjadi Rafiq mahupun Syahran adalah tetap sama. Kasih sayang tetap sama. Pemegang hati seorang Syahran Rafique adalah tetap Johanna Emelda sama ada 7 tahun dulu, sekarang dan inshaallah selamanya.

***

Lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now