Chap 16

348 22 0
                                    

Tak sangka Syahran membawa aku ke tempat ini. Tempat yang membawa sejuta kenangan bersama abang dan Rafiq. Bukit yang diatasnya terdapat taman yang indah bersama dengan tasik buatan manusia. Sungguh tempat ini memberikan aku sedikit ketenangan.

Kaki aku laju melangkah ke satu bangku untuk duduk. Bangku itu agak redup kerana berada betul - betul di bawah pokok. Kelihatan Syahran mengambil tempat disebelahku. Masih terdapat sedikit jarak antara kami.

“Hanna suka tempat ni? “ suaranya memecahkan kesunyian kami.

“Suka, sangat suka “ aku cuba mengawal sebak di hatiku. Terasa ngilu mencengkam hati ini.

“Mind to share with me? “ suara Syahran sedikit teragak - agak.

“I use to have a brother. Johan Emeriz, the one and only brother that I have and no one can replace him. He introduce me with his best friend, Rafiq. Hanna tak sempat kenal Rafiq lama sangat. Just a few years. But still have a lot of memories that we create together. Tempat ni salah satu tempat yang Hanna pergi dengan diorang. You know what? “ aku terdiam bagi mencari kekuatan untuk menyambungnya. Syahran turut diam seolah memberikan peluang untuk menyambungnya.

“Lepas abang, Rafiq adalah orang yang paling Hanna sayang. Sangat sayang. Diorang tu sebahagian dari hidup Hanna. Sebab tu lepas diorang takde. Hidup Hanna macam kosong. Huh, Hanna tau. Rafiq yang banyak ubah abang. Dan tak dinafikan yang dia pun ubah Hanna. Hanna terhutang budi sangat dengan Rafiq. Hanna tak boleh terima bila ma dan pa adalah punca semua ni. Hanna takleh terima. I lost both of them at the same time. Sakit Syah, sakit “ aku mula tersedu dalam berkata. Namun, aku tidak kesah semua tu asalkan hati aku puas.

“Kalau bukan sebab ma dan pa halau abang masa tu. Abang takkan keluar dan accident haritu. Dan Hanna takkan hilang abang dan Hanna masih ada Rafiq. Abang dan Rafiq tak tau yang Hanna dengar semuanya. Hanna tau ma dan pa selalu hina Rafiq. Kesian abang sebab mesti dia dalam dilema. Ma dan pa pentingkan diri. Selama ni Hanna ada abang je. Abang je yang selalu ada dengan Hanna. Pa pisahkan Hanna dengan abang dengan hantar abang masuk asrama padahal abang taknak jauh dari Hanna. Pa dan ma selalu act macam diorang kesah pasal kami. Tapi sebenarnya dia tak kesah langsung. Diorang hanya tahu yang harta diorang bertambah dari hari ke hari. Even orang akan anggap yang harta tu akan jatuh kat Hanna dan abang, kami taknak pun semua tu. Apa guna harta melimpah kalau Hanna dah hilang abang Hanna. Dan sebabkan diorang yang pentingkan diri tu. Hanna hilang Rafiq. Rafiq pergi sebelum Hanna sempat cakap yang Hanna sayangkan dia lebih dari seorang abang. Hanna nak selalu ada dengan Rafiq macam mana Hanna nak dekat dengan abang Hanna. Tapi.. “ nafasku tersekat - sekat kerana sendu yang datang bersama tangisku. Peritnya rasa hati ini.

“Dah Hanna, jangan siksa diri sendiri macam tu sekali “ pujuk Syahran.

“Tak Syah, Hanna dah tersiksa since abang dengan Rafiq pergi. Setiap hari fikiran Hanna takleh stop fikir pasal memori kami bertiga. Setiap saat hidup Hanna, ada diorang. Hati ni Syah, hati ni takleh abaikan apa yang jadi. Abang mati kat pangkuan Hanna. Mata ni sendiri nampak kereta diorang meletup. Hanna ada diorang je dalam hidup Hanna. Macam mana Hanna nak stop fikirkan diorang. Diorang yang selalu ada dengan Hanna, buat Hanna ketawa, pujuk Hanna bila Hanna down, buat kejutan masa birthday Hanna. Susah Syah. Can you imagine how much they important in my life? “

“Hanna terkilan bila ma dan pa sanggup halau abang masa tu. Hanna lagi terkilan sebab tak sempat pakai baju yang abang beli untuk Hanna. Hanna ingat lagi masa tu abang dengan Rafiq berpakat belikan Hanna baju kurung dan Rafiq belikan Hanna selendang. 2 benda yang Hanna tak suka “ aku ketawa namun air mata aku tetap mengalir.

“Yang Hanna pakai masa pergi kubur tu? “ soal Syahran.

“Haah, cantikkan? “ aku ceriakan suaraku.

Untitled DreamWhere stories live. Discover now