Chap 19

347 20 0
                                    

Sedari tadi, aku sedar tentang renungan dan pandangan Zarith yang agak asing dari apa yang sering aku peroleh. Namun, aku tetap abaikan apa yang berlaku kerana tidak wajar untuk aku layankan situasi ini.

Terbit juga rasa pelik kerana Zarith kurang bersuara, seolah - olah ada ssesuatu yang mengganggunya. Bukanlah aku katakan yang aku cukup mengenalnya namun perkenalan kami ini cukup membuatkan aku terganggu dengan perubahannya.

Berbeza dengan Syahran, dia kelihatan seperti selalu.

"Lepas ni kita nak pergi mana? " aku bersuara mengurangkan kesepian yang berlaku.

"Hm, Hanna nak pergi mana mana ke? Sebab Syah plan nak rest je. Malam ni baru kita gi mana - mana" Syahran memandang ke arah aku.

"Eh, takpela. Kesian pula dengan Syah sebab mesti penat. Dari tadi drive, you should rest " pujukku seolah faham dengan keadaan Syahran. Lagi pula kalau dia tahu yang aku nak pergi bersiar - siar di pantai, pasti Syahran akan berkeras ingin temankan aku.

"Wah, caring juga Hanna ni " usik Syahran bersama dengan senyumannya.

"Eh, mestila. Syah yang tak sedar " tanpa aku sedar, sikap kebudak - budakkan aku terserlah.

Syahran terdiam sebelum ketawa kecil. Aku juga turut ketawa. Mak Yam sudah beredar entah ke mana. Hanya ada aku, Syahran dan Zarith. Cuma Zarith berdiam diri dan sedang fokus dengan telefonnya.

"Dah lama sedar dah " Syahran mengusikku.

"Dah, dah. Pergi rest. Malam ni jangan nak mengelat " arahku sebelum menolak Syahran pergi.

"Okay, okay. Syah naik dulu. Zarith, abang naik dulu. Bye " balas Syahran sebelum beredar.

Aku dan Zarith hanya mengangguk. Keadaan menjadi sepi sahaja. Ketika itu, Zarith sedang berkira - kira untuk bangun dan beredar.

"Zarith " panggil aku setelah melihat Zarith sudah bangun untuk turut beredar.

"Ya " Zarith menyahut sambil memandang kosong ke arah aku.

"Temankan saya pergi pantai, boleh? " aku mengajaknya lembut, sekadar sebagai pujukkan.

"Hm, okay. Jomlah " ajak Zarith setelah lama berdiam.

"But, it's okay kalau Zarith nak rest. I'll go by myself, then " ujarku setelah melihat Zarith seolah berat menemani aku.

Tipulah kalau aku tidak terasa dengan layanan Zarith. Seraya itu, aku beredar dari meja tersebut. Berkira untuk melangkah ke arah laluan untuk ke pantai.

"Hanna, tunggula. Tadi awak yang ajak saya " panggil Zarith sambil berlari anak mengejar aku.

Kami hanya berdiam sepanjang berjalan di persisiran pantai. Keadaan berlanjutan sehingga aku mengambil tempat duduk di kerusi yang tersedia di situ.

"Awak okay? " suara Zarith mengusir kesunyian kami.

"Saya okay je. Awak yang macam tak okay. Diam je, cakap dengan saya pun tak " aku meluahkan persoalan aku sejak dari tadi.

"Kenapa? Awak kisah ke saya diam, tak cakap dengan awak " Zarith seolah menduga tentang perasaan aku ketika ini.

"Awak ni kenapa, Zarith? Mestila saya kisah. Tak senang tau bila tengok awak diam je. Saya ada buat apa apa yang sampai awak terasa ke? " pujukku kerana tidak senang hati aku andai Zarith terasa hati dengan aku, lagi pula Zarith sudah aku terima sebagai salah seorang dari sahabat aku.

"Hm, saya ingatkan awak memang dah tak kisahkan saya dah. Yala, bila dengan abang. Awak langsung tak hiraukan saya. Padahal saya ni yang kawan awak " Zarith bersuara dalam rajuk.

Untitled DreamWhere stories live. Discover now