Chap 18

348 23 0
                                    

Jam berbunyi memaksa aku untuk bangun, kalau tidak kerana sudah berjanji untuk bercuti bersama - sama dengan mereka sudah semestinya aku tidak mengendahkan bunyi jam tersebut.

Aku melangkah lesu masuk ke dalam kamar mandi. Kemudian, aku melangkah masuk ke dalam walking closet aku bagi mencari pakaian. Semasa mencari pakaian, aku terkenang kata - kata Syahran yang mengingatkan aku untuk berpakaian yang sopan.

Seraya itu aku menggapai skinny jean aku bersama dengan T - Shirt plain berwarna purple. Bagi melengkapkan penampilan aku, rambut panjang paras bahu aku disorok di sebalik topi. Ikutkan hati, ingin saja aku mengikatnya.

Namun, rambutku agak lembab lagi. Terasa malas untuk menggunakan hair dryer. Setelah puas dengan menampilan diri, aku melangkah keluar dari kamar tidurku bersama dengan beg pakaianku. Ketika di tangga, aku disambut dengan kelibatan Zarith.

Untung kerana dia menawarkan diri untuk membantu mengangkatkan beg pakaian aku. Zarith keluar ke kereta bagi meletakkan beg pakaian aku dan meninggalkan aku berdua dengan Syahran di ruang tamu.

"Morning " Syahran menguntumkan senyuman manisnya seperti selalu. Wangian yang dipakai oleh Syahran mulai menusuk ke deria bau aku. Wangian yang seolah tidak asing dalam kehidupan aku.

"Morning, awalnya datang " tegurku sambil melihat ke arah jam tanganku. Okay, bukan dia yang awal kerana jam sudah menunjuk angka 8.45 pagi.

"Syah datang awal ke Hanna yang bangun lambat " bersama dengan smirk di wajahnya.

Aku terangguk malu kerana mengenangkan keterlanjuran aku tadi.

"Dah breakfast belum? " soalku bagi menutup malu.

"Belum tadi, sebab plan nak breakfast dalam perjalanan nanti. Hanna mestila belum breakfast kan? "

"Ouh, tapi tak silap Hanna. Mak Yam dah prepare breakfast. Apa kata Syah dengan Zarith breakfast kat sini je. Macam membazir pula " ajakku kerana mengenangkan Mak Yam yang semestinya telah menyediakan sarapan. Lagi pula aku kurang gemar makan di luar. Lagi lagi untuk sarapan. Mungkin sudah terbiasa dengan cara ma dan pa.

"Hm, okayla kalau Hanna cakap macam tu. Syah ikut je. Zarith, kita breakfast sini jela " Syahran berkata ke arah Zarith yang baru masuk ke dalam rumah.

Kelihatan Zarith kemas dengan pakaiannya, dia memakai skinny jean hitam bersama dengan T- Shirt plain berwarna putih. Rambutnya dirapi kemas seperti selalu, cuma kali ini aku perasan yang rambutnya sudah mula panjang.

Berbeza dengan Syahran, dia mengenakan baju berlengan panjang berwarna dark purple. Acap kali aku melihat dia memakai baju lengan panjang. Sepanjang aku kenal dia, dia sering berlengan panjang. Andai mengenakan baju lengan pendek, pasti akan digayakan bersama kemeja atau jaket. Syahran nampak matang di sebalik kaca matanya.

Sungguh, Zarith dan Syahran masing - masing punya karisma yang tersendiri.

"Ala, baru plan nak makan tempat selalu " bantah Zarith kepada abangnya. Wajahnya dimasamkan tanda tidak setuju dengan Syahran.

"Hanna ajak breakfast kat sini je. Mak Yam mestilah dah prepare sarapan. Lagipun Hanna tak biasa breakfast kat luar " pujuk Syahran bila melihat Zarith mula merajuk.

"Ouh, kalau Hanna cakap macam tu. Okay. Kesian pula kat dia " balas Zarith.

Syahran hanya tersenyum pendek melihat sikap adiknya yang sukar diduga. Aku sedikit cemburu melihat keakraban mereka. Teringat abang yang sering mengalah dengan aku. Walaupun sering juga dia mengusik namun usikan abang jugalah yang aku rindukan kini.

'Abang, adik rindu sangat dengan abang. Kenapa abang tinggal adik? Adik sayang abang, sayang sangat. Abang je yang adik ada. How I really miss you, abang ' hati aku merintih pilu.

Untitled DreamWhere stories live. Discover now